Saturday 8 October 2016

[Throwback] Ride 4 Bukit 10.04.2011

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua pembaca setia MasukGear. Eh, malam eh..? Haah la.. Masa tengah karang ayat ni dah malam. Hehehe.. Takpelah, lupakanlah dulu hal malam tu. Ok, untuk entri kali ni ada sedikit unik dari entri-entri sebelum ni.. Hehe.. Kenapa plak unik? Sebabnya untuk cerita ceriti ride kali ni, aku amik cerita lama untuk dikongsi bersama. Mula-mulanya saja bukak laptop alih-alih terjumpa gambar-gambar ride 4 bukit tahun 2011 dulu. Gambar tak banyak pun. Tapi ada la sikit-sikit untuk dikongsikan.. So, apa lagi..? Jom sama-sama kita menelaah ye..



10.04.2011 (Ahad)

Pagi ni aku dah bangun awal. Seawal jam 5:45 pagi lagi aku dah siap-siap. Eh, apsal awal nau? Ye la.. Janji kumpul di BHP Gombak lepas tol Gombak tu jam 8:00 pagi. Pastu nak gerak jam berapa dari Melaka..? Haa... Jam 6:00 pagi lah aku gerak. Semalam dah siap isi minyak penuh-penuh dah. Maklum le hari ni nak ride. Lagipun ni ride pertama aku lah kiranya.. Hehehe.. Diorang nanti (geng Ninja 250r Malaysia) akan tunggu aku kat BHP Gombak lah..

Selepas siap-siap semuanya, dalam jam 6:00 pagi aku gerak dari Duyong, Melaka menuju Kuala Lumpur. Haha..

Sejam lebih aku menghabiskan masa atas highway. Lepas tu, aku singgah sekejap di RnR Seremban. Beli roti sikit dengan air Nescafe. Hehehe..

Perut tengah kosong, nak kena alas lah dulu.. Lapar.. Huhu.. Tapi aku lepak kat sini tak lama.. Mungkin 10 minit sahaja.. Lepas habiskan roti dan Nescafe, terus aku memecut menuju BHP Gombak.

Jalan pagi ni agak lancar. Maklum le hari ahad. Masih ramai yang ambil peluang hari minggu untuk rehat. Ketika melewati Ampang melalui MRR2 pun perjalanan lancar. Kereta tu ada la sikit-sikit. Tapi tak banyak la.. Hehe.. So, aku terus menuju puncak ke tempat kumpul kitaorang.

Aku sampai BHP Gombak lebih kurang jam 8:05 pagi. Masa ni belum kenal sapa-sapa lagi antara ahli.. Haha.. Cuak jugak. Motor banyak. Tapi takut silap group plak. Maklum lah masa ni mana ada Whatsapp segala bagai. Refer kat forum ajelah.. Masa tengah lepak sorang-sorang tu, ada sorang brader ni datang tegur.. Haha.. Dia pelawa minum sama kat cafe kat stesen minyak tu. Lepas tu makin lama makin ramai yang datang berkumpul kat sini.. Dari pelbagai group ada.. Tapi sayang.. Gambar bro tu takde dalam simpanan aku.

Masa ni aku dah siap minum dah.. So, lepak kat luar ajelah sementara menunggu ahli yang belum tiba..

Perbualan dan perbincangan yang tentunya hangat diperkatakan.. Haha.. Semua sedang mendengar taklimat dari bro Ali..

Orait.. Semua ahli dah sampai.. On the bike..!!!

Ekspedisi jelajah 4 bukit ni bermula seawal jam 8:37 pagi. Maaflah takde gambar on the bike sebab masa ni aku belum pandai amik gambar atas motor.. Huhu.. Untuk ekspedisi kali ni, kita akan jelajah 4 bukit iaitu Bukit Tinggi, Pahang seterusnya ke Genting Highlands, kemudian ikut jalan belakang Kuala Kubu Baharu menuju Frasers Hill dan last sekali dari Frasers Hill menuju Cameron Highlands melalui Sungai Koyan, Pos Betau seterusnya ke Ringlet, Cameron Highlands. Nanti aku akan sediakan video ride 4 bukit ni. Video ni khas dibuat oleh Along Z7 selaku sweeper untuk ride kali ni.. Ayuh kita menuju destinasi pertama iaitu Bukit Tinggi, Pahang.

Alhamdulillah.. Destinasi pertama kami berjaya takluki selepas lebih 30 minit atas motor. Jadi, kami lepak sekejap kat sini. Menghirup udara segar Bukit Tinggi.. Hehehe..

Sementara tu kita bergambar dulu lah.. Hahaha..Asyik je bro Ali tengok video yang Along rakamkan tadi.

Sebahagian dari jentera Ninja 250R yang berjaya menakluki bukit yang pertama..

Cak.. Hahaha.. Motor aku kat situ.. Hehehe...

Lebih 10 minit kami di sini sementara rehat sekejap dan juga ambil gambar. Maaflah tak banyak gambar yang aku ada.. Huhu.. Selepas rehat, kami akan menuju ke destinasi yang kedua pula iaitu Genting Highlands. So, dari Bukit Tinggi, kami akan turun semula naik Karak Highway dan menuju ke RNR Genting Sempah. Dari situlah kami akan panjat bukit kedua iaitu Genting Highlands.

Hampir sejam juga kami harungi liku-liku kehidupan perjalanan Karak Highway, menuju RNR Genting Sempah dan juga melayan selekoh-selekoh menuju puncak Genting Highlands. Alhamdulillah, semua ahli selamat sampai puncak Genting Highlands jam 10:05 pagi. Ok guys.. Kita lepak dulu sekejap kat sini ye.

Lepak jap lah kat sini. Restoran The Coffee Beans ni dah biasa jadi port persinggahan bikers-bikers yang naik Genting Highlands. Tak terlepas juga dari group kami yang jadikan tempat ni sebagai tempat lepak sekejap. Hehe..

Aku tak minum pun kat sini. Makan pun tak. Pagi-pagi tadi dah makan.. Hehehe.. Sekadar cuci mata je lah kat sini.. Banyak motor-motor besar kat sini. Antaranya ni haa.. Apa nama model Ducati ni haa aku pun dah lupo eh..

Aku rasa... Yang pakai full suit tu kot owner dia..? Haha.. Tahlah.. Erm.. Moh le kita menuju bukit yang ketiga pulak. Dah lebih 15 minit dah kita kat sini.. On the bike..!!!

Selesai sudah bukit yang kedua iaitu Genting Highlands. Laluan seterusnya selepas ni kami akan turun menuju Gohtong Jaya, kemudian dari situ, kami akan ambil jalan menuju Batang Kali, seterusnya ke Kuala Kubu Baharu. Dari KKB, kami akan terus ke Frasers Hill, iaitu bukit ketiga yang akan kami takluki. Jom kita teruskan perjalanan..

Semasa dalam perjalanan menuju Batang Kali, kami berhenti sekejap di Gohtong Jaya untuk sessi minum pagi. Kalau nak makan, pun boleh jugak. So, kami singgah sekejap di kedai mamak kat Gohtong Jaya. Apa nama kedai tu.. Haaa... Nasi Kandar Genting. Lokasinya sebelah Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Ada yang kelaparan, boleh le pekena roti canai ke.. Goreng-goreng pun ada..

Jom Kim, kita makan dulu.. Usah ditenung motor tu.. Tak lari punya.. Hahaha...

Baru sampai, biasa laa.. Sembang dulu.. Haha..

Wehh.. Jom le lepak dulu.. Haha.. Perut aku lapo ni.. Makan roti je tadi.. Hehehe..

So, kat sini le kami lepak.. Menghabiskan masa lebih setengah jam kat sini.. Untuk mengisi kekosongan perut ni.. Huhu..

Kalau dah siap makan, jom le kita masukgear.. Sebabnya lepas ni nak ke Frasers Hill plak..

Selepas semuanya selesai mengisi kekosongan perut, kamipun memulakan perjalanan. Seperti yang aku sebut tadi, perjalanan kali ni melalui Batang Kali, seterusnya Kuala Kubu Baharu dan terus menuju Bukit Fraser. Anggaran jaraknya nanti adalah 66km. Walaupun 66km saja, tapi masa yang diambil tu menghampiri sejam setengah perjalanan. Ye laa.. Nanti kita akan layan koner dari Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser..

Yess.. Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. Penat weh layan korner dari Empangan Kuala Kubu Baharu sampai ke Gap, Frasers Hill.. Mengharungi perjalanan penuh berliku sepanjang 23km ni sangat memenatkan.. Perlu tumpuan yang lebih. Akhirnya, kami sampai Gap, Frasers Hill tepat jam 11:50 pagi.

Masa ni laluan naik ke puncak Frasers Hill ikut waktu. Bukan macam sekarang ada laluan sehala naik dan turun. Kebetulan pula masa ni kami sampai, laluan yang dibuka adalah untuk turun, so kami ambil keputusan tak nak naik sampai puncaklah. Cukup sekadar sampai Gap je.

Kawasaki Z750 yang menjadi sweeper kami

Hahaha.. Tengok apa tu ramai-ramai..? Hehehe..

Kat sini pun kami tak lama lepak. Sebabnya nanti perjalanan untuk menakluki puncak ke 4 masih jauh. Hanya selepas rehat sekejap dan ambil gambar bersama, kami meneruskan perjalanan. Laluan seterusnya adalah dari Frasers Hill terus ke Bandar Raub dan kita akan melalui Felda Sungai Koyan untuk terus ke Pos Betau, seterusnya menuju Ringlet. Jom kita.. On da bike..!!

On the way ke Felda Sungai Koyan, kami singgah sekejap di Caltex Raub untuk isi minyak dan juga rehat sekejap. Ada yang dah lenguh pungkoq.. Haha.. Takpelah, rehatlah sini sekejap..
*Gambar dari Google Street View

Selepas isi minyak dan rehat, kami meneruskan perjalanan dan kami sampai di Sungai Koyan lebih kurang jam 1:30 tengahari. Wah, dah tiba masa untuk makan tengahari ni. So, apa lagi, stop dulu la kat sini.

Tadi kita dah isi minyak, sekarang ni kita isi perut yang lapar pulak. Ada yang kira lunch ni sebagai breakfast. Haha..

Tunggu sat ye.. Nak makan jap..

Orait.. Semua dah selesai..? Haaa.. Selepas selesai semuanya, kami teruskan perjalanan ke Cameron Highlands melalui Pos Betau, seterusnya ke Ringlet, Tanah Rata, Berinchang dan terus ke Simpang Pulai. Menyusuri jalan menuju ke Ringlet, banyak selekoh-selekoh yang boleh kita layan. Haha.. Best juga sambil-sambil ride, sambil layan selekoh. Cuma apa yang kurang bestnya adalah jalannya ada sedikit beralun-alun. Tak rata sangat. Tapi secara keseluruhannya layan selekoh sepanjang 80km ni agak seronok juga lah. Boleh la sambil-sambil layan selekoh, sambil-sambil belajar korner.. Hehe..

Sedar tak sedar, dah sampai Ringlet dah.. Jam dah tunjuk pukul 3:11 petang dah..

Lepak sekejaplah kat sini.. Sementara menunggu lagi dua orang yang tertinggal konvoi.. huhu..

Sambil-sambil tu, amik gambau lah dulu Kim.. Hehehe..

Ok, semua dah sampai.. Jom kita ke atas pulak.

Sementara menuju ke Berinchang, kami stop sekejap kat ladang teh. Bharat Tea Plantation nama diberi.. Haha.. Sapa-sapa nak beli teh, silakanlah.

Suhu kat sini pun dah agak sejuk dah. Lagipun cuaca mendung je.. Macam nak hujan..



Aku pun nak selpie jugak arr... Hahaa..

Selesai lepak di kedai teh tadi, kami naik atas lagi. Sampai Berinchang, kami singgah pula kat sini. Sambil-sambil nak makan aiskrim stroberi.. Hehe..

Kasi basahkan tekak dengan aiskrim dulu.. Tompoq tak makan aiskrim. Dia minum jus stroberi je..

Amcam geng..? Nak gerak jam berapa ni..? Sekarang dah 4:36 petang dah ni..

Minyak motor pun dah kurang dah ni.. Hurm.. Takpelah, isi kat bawah nanti lah..

Khirjoe cakap nanti abis air ni kita gerak turun ke Simpang pulai eh.. Hihi..

Hampir jam 5:00 petang jugak la kami gerak turun Simpang Pulai. Sebelum sampai Kampung Raja, sorang dari kami perasan tayar motor dia dah haus. Dah habis dah benang.. Mengalami kebotakan yang amat serius.. Tinggal sikit je lagi.. Ayooo.. Macam mana nie..?

Setelah berbincang sesama kami, kami ambil kata putus yang kita akan gerak dulu perlahan-lahan menuju Simpang Pulai. Nanti kat sana kita akan usahakan cari kedai motor untuk repair tayar tu. So, jom lah kita gerak sekarang. Ketika menuruni Cameron Highlands, hujan turun mencurah-curah. Memang basah habis. Tapi hujan tak lama, sekejap saja. Hampir sampai bawah, hujan dah berhenti dah.

Sebelum sampai Simpang Pulai, aku terpaksa stop kat stesen minyak Petronas sebab aku perasan minyak aku dah semakin menghampiri E. Kawan-kawan yang lain tak perasan aku berhenti sebab aku paling last. Huhu.. So, kasi full tank dulu lah kat sini. Petronas ni tak boleh cucuk kad kredit pulak.. Aduh.. Takpelah, pakai cash ajelah.. huhu..
*Gambar dari Google Street View lagi..

Bila dah sampai pekan Simpang Pulai, kami stop sekejap kat sebuah restoran milik seorang penunggang Ninja 250R jugak. Nama dah lupa dah.. Haha.. Sementara kami lepak kat situ, member yang mengalami kebotakan tayar tu dengan beberapa yang lain pergi mencari kedai motor yang ada jual tayar Ninja.. Pusing punya pusing, hampa belaka.. Semua kedai tutup. Maklum lah hari Ahad. Yang bukak pun kedai motor kecik. Setelah berbincang dengan owner kedai, dia bersetuju untuk pinjamkan tayar dia dulu.. Alhamdulillah.. Bila senang nanti, diorang tukar balik lah dengan tayar masing-masing. Untuk sementara waktu ni biar sampai untuk balik je..

Tadaa... Hahaha.. Dah dapat tayar owner kedai tu. Nanti owner kedai tu tukar yang barulah buat member aku ni. Pastu dia bayar balik lah..

Masa kat kedai makan kat Simpang Pulai tu, aku dah silap buat percaturan. Cash yang ada dalam walet aku hanyalah spare untuk isi minyak saja. Tengok semua kawan-kawan lain makan, aku terpaksa ikat perut memandangkan duit yang ada ni untuk isi minyak je.. Sedih dooo.. Perut lapar.. Hahaha.. Inilah dia sebab tak pernah ride jauh. Tak biasa dan tak tahu anggaran duit untuk petrol berapa ringgit.. Nak pinjam dengan kawan, malu.. Dah tu, mintak air suam je lah.. Bila ada member tanya "Eh, minum air suam je..?" Lantas aku menjawab "Eh, dah makan dah kat atas tadi..".. Tapi.. Hakikatnya...? Huwaaaaaa..... Allah je yang tahu.. huhuhu..

Kami gerak dari sini dah agak malam dah. Lepas maghrib. Kemudian diorang stop sekejap kat RNR mana tah untuk isi minyak. Laaa... Ada stesen minyak yang dekat rupanya.. Aku tak tahu.. Aku dah isi tadi kat Petronas. Selepas selesai full tank semua, kami terus memecut menuju Kuala Lumpur. Sementara aku pula nak balik Melaka lah. Hujan mula turun dan aku dah agak kebasahan dan kesejukan. 

Sampai Sungai Besi, aku stop sekali lagi kat Shell untuk kasi full tank kali terakhir sebelum sampai Melaka. Masa ni yang aku ingat yang sekali ngan aku adalah bro Ali dan bro Herry.. Sorang lagi kot bro Singapore tu.. Aghh.. Lupa dah.. Maklum le dah 5 tahun.. Hahaha.. Selepas bersalaman, kami berpisah kat sinilah. Aku sampai Duyung, Melaka tepat jam 12:00 malam. Fuhh.. Penat seh..

Total keseluruhan perjalanan yang aku lalui untuk hari ini adalah 935.7km bermula di Melaka dan berakhir di Melaka.. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sama-sama ride pada hari ini. Sesungguhnya inilah salah satu kenangan manis dan pahit buat aku yang tak mungkin aku dapat lupakan sampai bila-bila. Menahan lapar.. Duit tak cukup.. Hahaha...

Oklah, sampai sini dululah coretan dari aku buat tatapan semua kawan-kawan. Sebelum tu, jom lah kita layan dulu video ride ni yang dibuat khas oleh Along Z7..


Ok geng.. Chow dulu... Nak tidur dah ni.. Esok kerja.. Hahaha.. Jumpa lagi di lain masa..

Bye-bye semua...

-PokNik-
MasukGear

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete