Saturday 15 October 2016

Kawasaki Ninja 650 2017

Baru-baru ini, beberapa model baru telah dilancarkan oleh Kawasaki sempena berlangsungnya Intermot ( International Motorcycle, Scooter and E-Bike Fair ) di Cologne, Jerman. Namun begitu, antara model yang menarik minat penulis kali ini adalah Kawasaki Ninja 650. Model ini bakal menggantikan model ER6F yang sedia ada sekarang ini.


Untuk model kali ni, ia hadir dengan beberapa rekabentuk baru dan sekali imbas, ianya kelihatan seperti ZX10R di bahagian depan. Dihadirkan dengan nadi penggerak yang sama dengan ER6F, enjin ini ditala semula untuk penghantaran tork yang lebih baik pada pusingan enjin rendah dan sederhana. Namun begitu kuasa kudanya dikurangkan 3ps untuk memenuhi kriteria EURO 4.

 Enjin 6 kelajuan ini juga ditala semula untuk lebih penjimatan petrol yangmana ianya dikatakan 8% lebih jimat dari model sebelumnya. Dengan berat 193kg, ianya lebih ringan 19kg dari abangnya.

 Sistem bahan api pula adalah dari jenis pancitan dan ianya didatangi dengan sistem EFI, throttle body berkembar 36mm dua injap. Sistem clutchnya juga didatangi dengan slipper clutch dan ketinggian pelana juga diubah kepada kedudukan 790mm untuk tunggangan yang lebih selesa.

 Panel meternya pula disusun kemas dengan info-info yang berguna untuk penunggang. Kali ini, beberapa penambahnaikan dilakukan yangmana ianya didatangi dengan penunjuk kedudukan gear dan juga shift light.

 Ninja 650 2017 juga didatangi dengan sistem ekzos paip penuh dari Akrapovic yangmana ianya pasti akan menambahkan sedikit sebanyak kuasa pada jentera ini.

 Jentera ini juga dilengkapi dengan lampu belakang jenis LED dan ianya disusun dalam bentuk X supaya tampak lebih elegan.

Sistem brek hadapan adalah jenis disk berkembar 300mm dua omboh. Manakala sistem brek belakang pula jenis disk tunggal 220mm. Kuasa pembrekan jentera ini didatangi dengan sistem ABS Bosch 9.1M. Untuk tayar hadapan, ianya hadir dengan saiz 120/70ZR17M/C (58W) dan untuk belakang pula ianya dilengkapi dengan tayar bersaiz 160/60ZR17M/C (69W).

 Dimensi keseluruhan jentera ini adalah (P x L x T) 2,055mm x 740mm x 1,135 mm dan ianya hadir dalam satu jenis warna sahaja buat masa ini iaitu skim warna Kawasaki Racing Team (KRT).





-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment