Saturday 22 April 2017

Ride Sate Tulang Senawang, Negeri Sembilan

Assalamualaikum.. Selamat petang semua kawan-kawan. Alhamdulillah, ride ke Senawang pada 14.04.2017 lepas berjalan dengan lancar walaupun sekali sekala disimbah hujan. Sebenarnya ride ke Senawang ni semata-mata untuk pekena sate tulang je. Memandangkan partner ride aku (sudah semestinya Mr. Rider Karmen da CEO) nak mencuba sate tulang, so moh le kita ride ke sana.. Haha.. Jom kita..

Aku janji ngan Azman (da rider karmen) kat tol Ayer Keroh jam 8:00 malam. Kumpul sana dan terus geraklah. Jadi, lepas Maghrib terus aku bergegas ke sana..


Untuk mempercepatkan masa perjalanan, aku terpaksa mencuba laluan UTeM kerana situlah laluan terdekat untuk aku sampai Tol Ayer Keroh. Jadi, dari rumah aku kena lalu Kesang Pajak dululah. Terus ke UTeM dan terus ke Tol Ayer Keroh.

Petrol dah siap sedia isi dah masa balik dari kerja petang tadi. Harap-harap dapat le cover perjalanan aku pergi dan balik. Hehe.. Malas plak aku nak tuang banyak kali.. Hehehe.. Nasib baik tangki petrol NMax aku agak besar. Dapat la isi full tank 6.6 Liter.

Jalan Kesang Pajak agak gelap tapi bila dah masuk Jalan UTeM, cerah terang benderang. Aku ada perasan gate UTeM akan ditutup dari jam 1900 - 0700 saja. Nasib aku baik sebab aku tiba kat gate UTeM dah hampir jam 8:00 malam. Dan nasib baik masih buka gate tu.

Selepas penat melayan selekoh jalan Kesang Pajak dan selekoh dalam UTeM, maka sampailah aku kat Tol Ayer Keroh jam 8:01 malam. Eh, mana partner aku tak sampai lagi ni..?

Tadaa.. Dia tiba sejurus beberapa saat selepas aku sampai.. Haha.. So, macam mana nie..? Nak gerak sekarang ke..? Haaa... Moh le gerak sekarang. Kita berdua je pun yang ride malam ni.. Hehe..

So, kami mulakan ride tepat jam 8:02 malam. Kami terpaksa mengharungi sejauh 67km lagi sebelum sampai destinasi. Erm, lebih kurang hampir sejam juga lah kalau ride dengan motor kecik ni. Kalau superbike, sekejap je perah.. Huhu.. Namun begitu, kami terpaksa stop sekejap bawah flyover sebelum susur ke Rembau kerana hujan mula lebat. Hurm..

Harapan kami agar hujan ni reda sikitlah sebab kalau boleh aku tanak kecewakan harapan partner ride aku ni.. Hehehe..

Ada juga beberapa rider yang lain yang berhenti bersama-sama kami sebab hujan.

Aku tanya Man, macam mana nie..? Nak redah ke atau nak masuk gi Rembau ke..? Tapi dengan nada yang yakin, Man jawab, Jomlah kita redah. Aku akur sahaja memandangkan nadanya mirip seorang CEO sedang memberi arahan kepada anak buahnya.. Tabik Tuan Singh CEO..

Tanpa melengahkan masa, kami redah jua hujan dengan penuh harapan semoga sampainya kami nanti, hujan sudah mula berhenti. Lagipun perut dah lapar juga dah ni. Ayuhlah kita teruskan perjalanan. Orang kata kalau tak redah hujan tak kentill namanya.. haha.. Tapi aku redah juga hujan, bukan sebab kentill atau tak kentill, tapi sebab permintaan dari seorang partner.. Pehh.. Akhirnya, sampai juga kami kat Sate Tulang Senawang.. Tepat jam 9:22 malam. Alhamdulillah, hujan dah mula berhenti.. So, apa-apa hal, jom kita order dulu..

Tadaa.. Minuman yang diorder dah sampai dan tanpa segan silu aku terus menikmati minuman tersebut sebab partner aku dengan gaya seorang Ketua Pegawai Eksekutif telah mengarahkan aku untuk berbuat sedemikian. Tanpa vokal yang keras, hanya tunjukkan jari sahaja aku sudah faham maksudnya.. Hahaha

Sate kami sampai tepat jam 9:30 malam. Cepat juga order kami disiapkan. Dengan yang aku tapau pun dah siap juga.

Ayuh Man kita menikmati keenakan dan kelazatan sate tulang kat sini.. Hehe..

Partnerku hampir terinzal bilamana menikmati sate yang sangat enak dan menyelerakan.. Fuhh...

Opss.. Dia bangkit semula setelah hampir tewas dek penangan sate tulang tadi.. Fuhh.. Ayuh Man..

Dan selepas 50 minit bertarung, akhirnya Man tewas juga.. Tinggal 3½ batang dari 10 batang sate yang tak dapat dia habiskan. Fuhh..

Nampaknya jelas terpancar di raut muka partner ride ku yang dia sangat-sangat terkilan dan kecewa di atas ketewasannya dari cengkaman sate tulang tadi.. Huhu.. Bersabarlah wahai teman..

Bila kekecewaannya mula pulih, kami mula siap-siap untuk pulang ke Melaka. Kami mula gerak jam 10:55 malam dan sebelum masuk highway, kami akan stop sekali lagi kat Shell sebab Man nak isi minyak sekejap.

Fuhh, nampaknya kekecewaan Man dah pulih sepenuhnya dan keceriaan mula terbit dari hati dan sanubarinya sebab dapat bermain-main dengan pam minyak.

Lepas je siap isi minyak, terus Man memecut laju.. Meninggalkan Sate Tulang Senawang dengan seribu kenangan yang pastinya tak dapat dilupakan. Aku dengat kudrat yang ada, cuba menghampiri, mendekati Man dan mengekalkan jarak antara aku dan dia.. Hehe..

Sekejap dekat, sekejap jauh Man tinggalkan aku. Maklum lah keupayaan pecutannya agak memberangsangkan dengan bantuan kuasa yang dikerahkan dari kebuk pembakaran sebuah jentera SYM.. Haha.. Thorbaeikk..!!!

Walaupun Man jauh meninggalkan aku, namun cahaya bulan yang hampir purnama tetap ada dan sentiasa menemaniku hingga ke tol Ayer Keroh. Alhamdulillah, masa balik cuaca sangat baik. Tak hujan pun walau setitis.. Hehe..

Akhirnya hampir jam 12:00 malam kami sampai tol.. Aku perati je Man layan selekoh Tol Ayer Keroh.. Hehe.. Memang steady la Man..

Selepas layan korner Tol Ayer Keroh, kami meneruskan perjalanan pulang. Man pulang ke Taman Tasik dan aku pula pulang ke Kesang Jaya. 

Selepas berpisah untuk sementara waktu di Simpang Seri Negeri - MITC, aku teruskan perjalanan pulang yang hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. Eh, sekejap.. Masih lagi berbaki hampir 17km perjalanan. So, terima kasih buat partner ku kerana sudi ride dengan aku. Dan aku berharap agar dia habiskan baki sate yang dia bawa balik tu eh.. Hehe.. So sehingga jumpa lagi di lain ride, challo dulu.. Byee...

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment