Monday 10 April 2017

Ride Ikan Patin Durian Condong, Bukit Kepong, Muar

Assalamualaikum selamat malam buat semua pembaca setia MasukGear. Hari ni aku ada 1 stori yang nak diceritakan. Hurm, cerita apa tu..? Cerita pasal ride lah. Hehe.. Sebenarnya aku dah lama plan dengan Azman pasal ride ni. Tapi dari hari ke hari asyik tertangguh je. So, di kesempatan yang ada ni, Azman dah setuju nak ride sama-sama dengan aku dan aku pun ada ajak juga jiran aku iaitu Cikgu Iswadi.. Apa tunggu lagi..? Jom lah kita ride dan kali ni destinasi ride kami adalah ke Bukit Kepong pula. Buat apa kat sana..? Kat sana ada restoran yang menyajikan masakan ikan patin yang amat sedap. Haa.. So, jom kita ride..

04.04.2017 (Selasa)

Sebenarnya aku dah janji dengan Azman dan Cikgu Iswadi untuk berkumpul depan taman kami jam 6:15 petang. Kemudian jangkaan kami akan gerak sana dalam jam 6:30 petang. Sementara menunggu Azman The Kamen Rider datang, kita posing dulu lah ye..

Aik..? Cikgu Iswadi je ker yang nak posing..? Aku pun nak juga berswafoto.. Haha..

Sementara menunggu Azman, sempat juga aku check cuaca kat sana. Erm, nampak macam nak hujan je.. Macam mana nie..? Cikgu Iswadi macam dah frust dah. Manakan tidak, nak p pekena patin oii.. Haha..

Akhirnya tibalah jua Azman The Kamen Rider tepat jam 6:20 petang. Haha.. Sangat bergaya dengan jaket Milo nya itu.. Wow..!!! Helmet dan kasut pun sepadan dengan kaler motor.. Memang thorbaeikk..!! Hahaha..

Aik..? 3 orang je ke yang pergi..? Arghh.. Aku tak kisah pun.. Kalau Cikgu Iswadi tak jadi pun aku ngan Azman akan ke sana jugak. Ni plan ride lama yang tertangguh.

Sebelum gerak, sekali lagi aku check cuaca dan tanya Azman.. Eh, Azman cakap hujan dah gerak ke Mersing.. Haha.. Kita ada peluang untuk sampai ke sana tanpa hujan..

Jadi, tanpa membuang masa, kami pun memulakan perjalanan menuju restoran kat Bukit Kepong tepat jam 6:25 petang

perjalanan kali ni kami akan singgah kat Petron Simpang Kerayong dulu. Buat apa kat situ kalau tak kasi full tank dulu.

Aksi Cikgu Iswadi bersama Abe Che Kamen Rider yang sempat aku rakam..

Steady bang.. Lepas ni isi minyak dulu

Akhirnya sampailah kami kat stesen minyak Petron. Kasi full tank kat sini dulu sementara menunggu masa untuk pulang..

Dah siap full tank, ayuhlah kita gerak ye..

Sementara tu, aku pun nak selfie jugak.. Huhu..

Akhirnya sampailah kami kat Bandar Tangkak. Tapi bukan Tangkak destinasi kami. Masih jauh perjalanannya.. (Bang, jangan la buang sampah merata-rata ye bang..)

Sementara stop sekejap kat traffic light, sempat lagilah aku selfie.. Bersama Mr. Kamen Rider kat belakang tu haa..

Perjalanan diteruskan lagi sementara jam pun dah menunjukkan pukul 7:06 malam (jam kat motor aku tu tolak 10 minit).. Mengikut perancangan, kami akan sampai sana jam 7:30 malam.. Hurm..

Hari dah semakin gelap dan sang mentari dah mula pergi meninggalkan kami semua.. Juga anda..

Kayuh punya kayuh, pulas punya pulas throttle, akhirnya sampailah kami kat simpang nak masuk ke dalam. Kedai ikan patin tu tersorok lebih kurang 2 km ke dalam kebun kelapa sawit dan juga getah.

Selepas 7 minit meredah belantara, sampai juga kami kat sini.. hehe.. Sebenarnya masa masih awal lagi..

Meja pun masih banyak yang kosong..

Tadaa.. Haha.. Akhirnya sampai juga NMax aku ke kedai makan ikan patin ni. Ditemani dengan Yamaha 135LC dan juga SYM Sport Bonus 115..

Sementara masa masih ada ni, jom kita tunaikan kewajipan dulu..

Selepas menunaikan kewajipan, kami pun mencari meja untuk kami landing dengan makanan sekejap lagi..

Eh, dah licin ke..? Cepat.. Huhu.. Eh, takde la bang, ni orang lain punya la.. Diorang dah berlalu, minta tuan kedai kemaskan lah...

Biasa la ye, sementara menunggu makanan yang belum kunjung tiba, kita selfie lagi sekali..

Sekitar ruang makan yang terapung.. Huhu..

Sementara menunggu Cikgu Iswadi ke tandas tu, kami dah order lah siap-siap. Antara makanan yang kami order adalah :-

- Nasi putih
- Ikan patin masak Pais
- Ikan patin masak stim
- Sotong goreng tepung satu pinggan
- Udang satu pinggan
- Sayur pucuk paku satu pinggan
- Minuman sila bancuh sendiri ye.. Hehe..

Lebih kurang setengah jam kami menunggu, maka datanglah hidangan kami.. Hehe..

Kelihatan Man teruja dengan lauk pauk yang dah sampai.. Hehe..

Inilah dia menu yang kami pesan tadi.. Auwmmm.. Apa-apa hal, jom lah bedal dulu.. Nyam-nyam

Tanpa menoleh kiri dan kanan, kami bedal sampailah makanan dah habis.. Ada nasi putih je yang tinggal sejemput..

Ini udang terbaeik broo.. Hahaha..

Selepas kekenyangan, sudah tiba masa untuk kami pulang dan inilah jumlah kerugian pada malam ni.. Hehe..

2 jam setengah juga kami ambil masa untuk lepak dan sembang dan makan kat sini. Sekarang dah tiba masanya untuk kami semua pulang ke pangkuan Melaka.. (maaf tiada gambiran masa on the bike sebab masa tu dah gelap)..

Selepas sejam ride, kami berhenti sekejap kat Shell Taman Maju untuk bersalam-salaman sebelum pulang ke rumah masing-masing.. Jangan pula masuk rumah orang lain ye..

Aku dan Cikgu Iswadi sampai taman perumahan kami jam 11:10 malam. Jadi, sementara tuan motor duk sembang-sembang, kasi dia rehat lah dulu..

Aku sambung borak kat sini pula sementara menunggu detik jam 12:00 malam

So, sampai sini dulu coretan untuk kali ni. Nanti kalau ada cerita yang best, akan ku share kan lagi kat sini. Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang.. Chow dulu..

Assalamualaikum dan selamat malam

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment