Wednesday 28 June 2017

Ride Fraser's Hill

Assalamualaikum.. Salam lebaran dan salam Syawal buat semua pembaca MasukGear. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya kerana kita semua sukses melalui cabaran dan dugaan di bulan Ramadhan yang baru saja berlalu dan sekarang kita sedang meraikan kemenangan kita sebulan berpuasa. Di sini aku nak minta maaf banyak-banyak kepada semua pembaca nun di luar sana seandainya selama ni aku ada mengguris hati dan perasaan kalian semua. Maaf zahir dan batin buat semua ye.

So, sempena Syawal yang dah masuk hari kelima ni, aku ada satu cerita yang nak aku storikan. Cerita ni sebenarnya dah lama dah. Sebelum puasa lagi tu. Haha.. Tapi sepanjang bulan puasa aku tak menulis geng.. Aku perbanyakkan rehat je dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ni dan habis puasa, baru le aku start menulis balik. So cerita ride kali ni adalah cerita sebelum puasa dan ianya agak panjang untuk ditelaahkan.. Haha.. Erm.. Apa ceritanya..? Ceritanya adalah.. Kisah Ride Fraser's Hill.. So, jom sama-sama menelaah..

21.05.2017 (Ahad)

Sebenarnya ride kali ini dirancang agak lama dah. Lebih kurang dua minggu sebelum hari kejadian. Selepas diwar-warkan kepada rakan-rakan, hanya 5 orang sahaja yang berani menyahut cabaran ride kali ini. Kerana apa..? Erm, mungkin kerana ride kali ni dan seterusnya adalah ride dengan motor kecik. Haha.. So, pada hari kejadian, seawal jam 6:47 pagi lagi aku dah siap-siap untuk ke Petronas Bemban kerana kat sana nanti Pais dan Ijat akan tunggu aku kat situ.

Selepas semuanya dah ready, moh le kita ke Petronas Bemban. Azrul pun nak ikut tapi dia cakap dia mungkin agak kelewatan kerana The Mark II Rebornnya belum dibaikpulih sepenuhnya lagi. Azman pula akan tunggu kami di Tol Ayer Keroh kerana beliau dari Taman Tasik Utama. Lebih dekat kalau dia terus ke sana.

Aku sampai Petronas Bemban jam 6:59 pagi. Seperti yang dijanjikan, kami akan kumpul di Petronas Bemban jam 7:00 pagi. Haha.. Sesampainya sana, Ijat dan Pais dah ada dah tunggu aku. Hehe.. So, aku pikir ada baiknya kalau kita gi sarapan dulu kat kedai Abg Man kat selekoh sebelah Masjid Ulu Duyong tu. Pekena roti canai pun best jugak. Jom kita ke sana..

Namun sesampainya kami kat sana, sungguh hampa. Huhu.. Kedai tutup.. Hoho..

Aku pikir baik le kita ke Tol Ayer Keroh dulu. Kumpul sama-sama Azman dan boleh decide nak terus gerak kul berapa..

Perjalanan diteruskan menuju Tol Ayer Keroh dan kami tiba sana tepat jam 7:22 pagi. Kelihatan Azman dah menunggu kami di sana.

Kami rehat seketika di sini sementara aku cuba call Azrul. Dan dia cakap memang dia agak sedikit kelewatan. Jadi, keputusan diambil yang kami akan gerak dulu lah dan kami semua akan tunggu Azrul kat RnR Seremban. So, jom kita gerak..

Perjalanan bermula jam 7:40 pagi menuju Bukit Fraser dan pit stop kami selepas ni adalah RnR Seremban. Sementara tunggu Azrul, boleh le kami kenyangkan perut kami yang belum sarapan lagi ni.. Haha.. Motor pun kena kasi full tank juga kat sana nanti.

Cuaca pagi.. Macam biasa lah.. Sejuk dan nyaman.. Dan semua masing-masing masih cargass lagi.. Hehe..

Kami mengekalkan kelajuan sederhana je memandangkan semuanya motor kecik. Huhu..

Dalam semua peserta, aku dapat rasa yang Azman The Kamen Rider lah yang paling happy. Haha.. Tengok tu raut wajahnya sangat-sangat ceria dan masih tersenyum walaupun dalam helmet. Hehe..

Keadaan lalulintas ketika ni masih lengang dan sejuk je suasana pagi ni

Peace yoo.. Jom kita menuju puncak RnR Seremban.. Perut dah lapar ni..

Kira-kira 57 minit atas highway, maka sampailah kami kat stesen Petron, susur nak ke RnR Seremban. Apa-apapun Ijat dan Azman terpaksa kasi full tank dulu kat sini.

Es Wai Em masih lagi cemerlang setakat ini. Cuma kena kasi dia minum dulu. Dah agak derhargaa dah dia cakap.. Hahaha..

Sementara aku dan Pais masih tidak memerlukan tambahan petrol memandangkan tangki petrol kami yang agak besar.. Hehe.. Cheh, poyo je..

Orait, semua dah selesai kasi full tank dah..? Jom lah kita sarapan dulu. Kat depan sana tu ada kedai mamak. Boleh pekena roti canai kat situ.

Sampainya kedai mamak, terus kami oder minuman dan makanan. Aku? Pastinya roti kosong dan roti tulur.. Haha.. Sementara menunggu Azrul, kasi kenyang perut dulu lah. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 8:57 pagi..

Kami jumpa seseorang kat sini.. Sape tu..? Hahaha.. Encik Bob bersama familinya. Katanya nak hantar anak.. Hehe.. Lama tak jumpa Yincheik Bob.. Erm.. Jom sambung makan dulu.. 

Makan sudah. Minum pun sudah. Tandas pun sudah. Semua masih menunggu kemunculan Azrul yang masih belum nampak kelibatnya. Aku cuba hubungi beliau melalui panggilan suara namun tiada jawapan. Aku hantar pesanan ringkas, tiada berbalas. Aku hantar juga pesanan melalui aplikasi Whatsapp, tapi tak sampai. Hanya satu tick saja. Hurm.. Macam mana ni? Jam dah 9:45 pagi dah ni. Dah hampir sejam kami kat sini.. Erm.. Aku tanya Azman, macam mana ni? Nak tukar destinasi ke? Kalau tak pun, kita panjat Genting Highlands je lah. Azman semacam agak kecewa dan dengan tegasnya dia jawab alang-alang kita dah plan ke sana, kita teruskanlah walaupun dah lewat. Ride tetap ride. Ayuh kawan-kawan semua. Kita kasi on ini ride!! Kita tunggu je Azrul muncul.. Yeahhhhh!!!! Pais dan Ijat mengangguk tanda setuju..!! Kita tunggu Azrul..!!! 

Krik..! Krik..!! Krikk..!! Krikk...!! 11 minit kemudian..

Sedang kami memandang muka masing-masing, tiba-tiba Azrul muncul..!! Haha.. Dia muncul bersama anak saudaranya yang juga teruja untuk mendaki Bukit Fraser bersama The Mark II Reborn nya itu. Wah..!! So, apa lagi..? Ayuh le kita teruskan perjalanan. Namun, Azrul dan anak saudaranya belum sarapan lagi daaa... Hurm.. Takpelah, jom lah kita sarapan dulu walaupun kami semua dah sarapan.. Haha..

Aaa.. Oder dulu bey..!!

Kami semua teman Azrul sarapan dulu la ye.. Hehe..

Sekitar tempat parking motor kami.. Sebelah kedai je..

Selesai sudah Azrul sarapan bersama anak buahnya. Dan dah tiba masanya kami semua akan meneruskan perjalanan menuju Bukit Fraser. Sebelum teruskan perjalanan, kita kasi swafoto dulu lah..

Selepas selesai sessi sarapan dan isi minyak kasi penuh motor Azrul, perjalanan pun diteruskan semula dan jam pun dah menunjukkan pukul 10:18 pagi. Ayuh semua..!!

Perjalanan diteruskan dan kali ni kami akan melalui Jalan Istana seterusnya Jalan Kuching dan melalui bulatan Segambut. Kemudian kami akan menuju ke Batang Kali dan seterusnya ke Kuala Kubu Baharu.

Peace yo.. Azrul bersama anak buahnya menunggang The Mark II Rebornnya. Harap-harap The Mark II nya tu tak meragam lah ye.. Huhu.. Perbanyakkan doa bro supaya ianya sampai puncak.. Hehe..

Sementara menuju Kuala Lumpur, sempat pula aku kena snap dari belakang.. Haha.. Thanks Ijat kerana sudi snap gambar aku.. Hihi.. Dapat juga aku enterprem..

Ijat nak selpie tu.. Jom semua.. Kita enterprem..

Sedang asyik masyuk aku duk amik gambar Azrul, tiba-tiba aku terpandang bendaalah ni.. Cheh.. Sapa-sapa yang laju memang bendaalah ni tak kasi chance laa.. Tunggu surat kat rumah noo.. Haha..

Nah!! Biasa dia amik gambar orang. Kali ni biaq aku amik gambaq dia plak..! Padan muka dia.. Hahah.. Err...

Selepas berhempas pulas dengan kamera AES tadi, keadaan kembali ceria semula.. Dan cuaca pun agak mendung ja.. Sesekali mentari muncul menunjukkan dirinya dan kembali sembunyi di sebalik awanan yang tebal..

Dan semangat semua ahli masih kentil.. Chayyok..!!

Sebelum sampai Tol Sungai Besi, hujan baru je lepas turun dan keadaan jalan masih lagi basah. Kami semua terpaksa perlahankan kelajuan jentera masing-masing kerana bimbang dengan keadaan jalan yang pastinya agak licin.

Selepas memasuki Jalan Istana, cuaca kembali membahang. Dan masa ni aku lead depan. Kira-kira beberapa minit selepas masuk jalan Istana ni, aku dapati konvoi tertinggal jauh ke belakang. Apakah aku terlalu laju..?

Aku terpaksa berhenti sekejap dan ketika itu Azman call bagitau motor Azrul ada sedikit masalah. Gear tak boleh free katanya.. Eh, timing agak tinggi ke apa masalahnya aku dah lupa.. So, aku kena tunggu sekejaplah kat tepi jalan. Dalam 10 minit selepas tu, tibalah Azrul bersama ahli-ahli yang lain.. Haha.. Aku dah rasa cuak dah. Teruskan ke atau pusing balik.. hihi..

Tapi, kami dah amik keputusan untuk teruskan jua walau apapun masalah yang timbul. Haha..

Perjalanan masih diteruskan dan sekarang kami dah masuk Jalan Kuching menuju ke Bulatan Selayang menuju Batu Caves..

Ketika kami kat simpang nak ke Kg. Nakhoda, cuaca agak panas. Kelihatan Azman pun dah macam dehidrate dah tu. Man, nak air ke..? Dia cakap semua masih under control.. Ok, cantek.. Semua masih steady..

Gambar ni pula ditembak oleh Ijat dari belakang sekali.. Haha..

Kemudian selepas tu perjalanan masih diteruskan menuju ke Kuala Kubu Baharu dan sekarang ni kami melalui Empangan Batu dekat dengan Ulu Yam. Jalan kat sini bengkang bengkok. Best juga layan korner.. Haha..

Haa.. Tengok papan tanda tu. Selekoh merbahaya sepanjang 6km..

Tapi aku layan juga lap kiri.. kanan.. kiri.. kanan.. Haha.. Last-last dah tak nampak member kat belakang. Ni nak kena stop sekejap ni..

Aku stop sekejap kat tepi jalan dan beberapa minit je Azman dah sampai. So, kami tunggu lah Azrul, Ijat dan Pais kejap lagi.

Kira-kira dua minit selepas tu, muncullah mereka dengan senyuman yang penuh girang.. Hehe.. Eh, rupa-rupanya anak buah Azrul tumpang Pais.. Hehe..

Peace yoo.. Erm.. Tu tunjuk peace ke nak cocok mata tu..?

Selepas tu, tunggangan diteruskan dan mukaku sempat ditangkap oleh Oppo R9s Ijat ketika aku follow beliau dari belakang..

Selepas aku potong Ijat, Yincheik CEO pula dengan rakusnya memulas throttle dan mengerah keringat Es Wai Em nya hingga ke titisan terakhir demi untuk menuju puncak Bukit Fraser

Terkadang, kelihatan juga Pais kat belakang aku.. Haha..

Kami dah hampir sampai Kuala Kubu Baharu dan bila stop kat trafic light je, mula lah nak berswafoto.. Hoho.. Sorry Pais, muka ko tak masuk. Kasi masuk tangan ajelah ye..

Sedang menuju Petron Kuala Kubu Baharu, aku terpandang kereta ni. Cantik nombor pletnya..

Kami sampai Petron Kuala Kubu Baharu tepat jam 12:28 tengahari. So, kami akan berehat sekejap kat sini.. Kasi full tank motor. Gi tandas, beli air mineral, check apa yang patut.. So, aku kasi full tank kat sini dan kerugiannya adalah RM11.82 untuk 5.68 liter.

Jom kita rehat dulu.. Kalau ada yang nak call orang rumah, sila-silakanlah ye.. Hehe..

Mengambil kesempatan yang ada ni, sempat juga Azrul check angin tayar kerana sebentar lagi kita akan membelah selekoh-selekoh tajam menuju puncak Bukit Fraser.

Seperti yang diwar-warkan, ride kali ni adalah ride bercenderamata.. So, kesempatan yang ada ni boleh la aku sampaikan cenderamata kepada semua ahli ride kali ni.. Hehehe.. Dan kelihatan Azman kat belakang tu dah kembali ceria.. Haha..

Kami di sini tak lama.. Sekadar hampir 20 minit saja sebab nanti kami akan stop untuk rehat sekali lagi di kawasan empangan Sungai Selangor Kuala Kubu Baharu, sebelum mengharungi liku-liku jalanan menuju puncak Bukit Fraser.

Ayuh kita teruskan perjalanan.. Nanti sekejap lagi kita rehat eh..

Perjalanan diteruskan menuju kawasan rehat berdekatan empangan dan cuaca pun dah semakin membahang. Namun itu tidak mematahkan semangat semua ahli ride kali ini.. Haha.

Hampir jam 1:00 tengahari barulah kami sampai sini. Erm, kata sepakat diambil iaitu kita akan rehat kat sini dulu sebelum kita teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Haa.. Elok lah tu.. Boleh le kasi tegang-tegangkan urat sarap..

Fuh, laju naw Azman amik lap.. Nasib baik tak cecah tongkat.

Dah sampai tu, yok le kita rehat dulu.. Kelihatan Azman sungguh terpegun dengan aksi seorang wanita membelah kelapa tanpa melihat pada buah kelapa tersebut. Hurm.. Hebat bukan..? Syabbas bettey..

Dah lama aku tak datang sini. Last sekali pada 12.04.2015 dulu iaitu masa ride bersama-sama dengan Geng Carrot. Tapi masa tu empangan kering, tak macam sekarang ni.. Air melimpah.. Waa.. Bertuah rasanya bila dapat tengok keadaan ni. Erm, jap aku cari gambar empangan masa kering.

Haa.. Jumpa pun.. Ni lah dia perbandingan keadaan masa empangan kering dan juga empangan dilimpahi dengan air. Fuh.. So amazing.. Uhuk.. Cakap omputih pulak..

Sementara kami semua sedang menikmati keindahan alam, Ijat pula tak kurang sibuknya dengan gambiran-gambiran perfumenya.. Hehe..

Shoot jat.. Jangan tak shoot.. Owhhyesss...!!!

Tengah sibuk aku duk layan Ijat ambil gambar, rupa-rupanya diorang dah belasah aiskrim dah. Waaa... Nak jugak..!! Hahaha.. Tq Azrul kerana sudi belanja kitorang.. Kesedapan aiskrim ni tidak terkata enaknya..

Tadaa... Aku pun dapat juga satu.. Hahaha..

Fuhh.. Kenikmatan makan aiskrim memang tak terkata lagi.. Slurrppp..!!! Pehh... Memang thorbaeikkk!!!

Dah habis makan aiskrim, kami menikmati keindahan tasik buatan manusia pula.. Damai je terasa.. Pengunjung pun tak ramai masa ni..

Ada yang keletihan, sudah terdampai dipukul badai.. ada juga yang kekenyangan makan aiskrim.. Ada juga yang ajak berswafoto..

Cak..! Ahahaha...

Sebelum gerak dari empangan ni, aku dah set siap-siap ketinggian relatif tu jadi 0meter sebab nanti dah sampai puncak, aku nak tau berapa ketinggian Bukit Fraser dari Empangan Sungai Selangor..

Inilah barisan jentera yang bakal menggegarkan Bukit Fraser sekejap lagi.. Haha.. Bergegau ker..? Hukk aloh.. Hehe

Sebelum gerak, kasi NMax berselfie dulu.. Hehe..

Ayuh kita.. Hirup udara dalam-dalam.. Ceria-ceriakan diri anda ye.. Hehehe

Ijat pun dah mula bersiap sedia untuk mengharungi liku jalanan mendaki Bukit Fraser. So, kami gerak dari empangan menuju Bukit Fraser tepat jam 1:29 tengahari.

Sementara tu sempat lagi aku layan ride, selfie dulu sekejap. Erm, kali ni aku terpaksa simpan dulu kamera aku. Aku rasa inilah masanya untuk aku mencuba dan menguji keupayaan NMax hingga ke tahap tertinggi.. Hahaha.. Jom kita layan korner dulu..

Selepas kamera disimpan rapi, aku terus menguji jentera NMax ku ke tahap maksimum. Kiri, kanan, kiri, kanan.. Semua liku-liku aku redah dengan keupayaan diriku sendiri. Banyak juga korner berpasir yang menyebabkan aku hampir hilang kawalan. Namun nasib baik aku sempat kendalikan skuterku dengan baik. Tongkat tengah; kiri dan kanan bahagian sudah sagat jalan. Huhu.. Tapi aku layan juga dan pada aku, keupayaan NMax sebenarnya agak memuaskan juga.. Hehe.. Ok, untuk review penuh pasal NMax nanti, aku akan buat satu entri lain eh.. Tunggu..

Selepas berhempas pulas layan korner tadi, akhirnya sampailah aku kat Gap, iaitu 8km sebelum sampai puncak. Bila dikira balik, ianya memakan masa selama 27 minit. Wah, boleh tahan.. Erm, percaya atau tidak, ianya memakan masa yang sama dengan ride bersama ER6 aku dulu.. Pehh.. Biar betik..? Huhu..

Inilah kesan sagatan pada tongkat tengah sebelah kiri..

Dan ini pula kesan dari sagatan dengan tar pada bahagian belah kanan.

Sementara menunggu Azrul dan Azman, Pais sedang beri tunjuk ajar macam mana nak layan selekoh dengan bagus. Haha.. Itu dia sifu Pais @ Spais..

Aku apa lagi? Selfie ler.. Hihi..

Ijat pula ajak untuk berselfie, ah.. Moh ler.. Hehe..

Beberapa minit selepas itu, Azrul dan Azman pun sampai dan mereka pun tak lepaskan peluang juga untuk bergambar sama-sama..

Jam dah pukul 2:00 lebih petang dah ni. Jom lah kita naik atas. Boleh lunch sekali kat atas sana..

Freaser's Hill, here we come.. Haha.. Owhhh yezzzaa...!!!

Masa kami naik, cuaca agak mendung. Tak panas dan sepanjang jalan naik atas tu, kekadang awan lalu je membelai muka kami.. Haha.. Rasa basah siot..

Pais dan Ijat dah ke depan dah sementara aku kat tengah-tengah. Belakang aku adalah Azman sementara last sekali adalah Azrul. Aku risau sebenarnya, takut The Mark II Reborn kepunyaan Azrul buat hal.. Harap-harap dia sihat sampai menuju puncak eh..

Fuh.. Sekali-sekala follow Ijat layan korner macam best juga.. Hehe

Tadaaa... Tepat jam 2:21 petang kami sampai Bukit Fraser. Cuaca sekarang ni agak sejuk. Adakala berkabus, adakala terang..

Buat pertama kalinya NMax ku sampai Bukit Fraser. Fuhh.. Sungguh tak ku sangka.. Hihi..

Sedang syok layan cuaca sejuk, tiba-tiba kelihatan kelibat Azman The Kamen Rider.. Haha.. Dia slow sikit sebab nak tunggu Azrul. Tapi makin ditunggu, makin tak sampai.. Huh.. Alamak..

Senyuman kepuasan hampir t**in**l bilamana dapat menjejakkan kaki bersama Es Wai Em nya kat sini.. Hoowyeahhh!!!

Tapi, inilah yang paling aku respect. Haha.. The Mark II Reborn (dengan tuning enjin yang tak betul) berjaya menakluk Bukit Fraser.. Hahaha... Tahniah..!!

Lepas tu, apa lagi? Bergambar dulu lah di sempadan antara dua negeri. Motor aku sekarang ada kat tengah-tengah antara Negeri Selangor dan Pahang. Motor Ijat ada kat Pahang sementara motor Pais dan motor Azrul ada kat Selangor.

Yezzaaa... Ini baru internasionale.. Haha.. Man kat Selangor.. Azrul kat Pahang.. Huh.. Memey..!!!

Ok, ayuh kita berswafoto bersama-sama..

Dah siap amik gambar, jom le kita penuhkan perut yang kosong ni. Dah lapar ni.. Hahaha.. So, kami memilih untuk makan kat restoran D'Puncak. Walaupun beberapa feedback yang kurang memuaskan kat internet tentang kedai ni, tapi kami lepak juga kat sini. Hehe..

Ok, boleh amik nasi ye. Mintak maaflah, nasi ada sedikit mentah. Tadi dapur kurang elok. Rosak. Hahh..! Mentah..? Ah, lantak lah mentah ke apa ke.. Perut aku dah lapar, belasah aje le..

Makan kat sini, macam biasa lah iaitu air dapat topup sebanyak mungkin tapi hanya guna 1 cawan je untuk seorang. Tapi harga makanan ada sedikit mahal lah. Tapi disebabkan lokasinya yang agak menarik, aku tak kisahlah. Bukan selalu pun datang makan kat sini.. Hehe..

Selfie sekali lagi dengan batang gembira.. Eh, dengan selfie stick.. Hehe..

Bila dah kenyang, apa lagi..? Rasa macam nak tido je.. Hehe..

Semua perut dah kenyang. Sementara menunggu nasi jatuh ke dalam usus, kita bincangkan dulu hal-hal berkaitan isu-isu semasa.

Tengah syok borak, tiba-tiba lalu sebuah van bomba dengan siren. Aih, erm, ada apa-apa ke yang berlaku tu?

Dah siap makan, kami jalan-jalan sekitar sini. Menikmati keindahan alam semulajadi.

Selfie lagi.. Haha..

Dan ada juga yang mengalami halusinasi seawal jam 3:27 petang.. Huhu..

Oklah, jom kita ke masjid dulu lah. Kat sana pun boleh lepak juga. Boleh la juga solat jamak qasar..

Sampai je kat masjid, baru aku teringat kat empangan kat bawah tadi, aku dah set ketinggian relatif jadi kosong. Masa makan kat atas tadi, lupa nak tengok ketinggian. So, kat masjid ajelah. Jadi ketinggian masjid dari empangan Sungai Selangor tadi adalah 983 meter. Wah, tinggi jugak..

Ayuh kita selfie lagi untuk ke sekian kali sebelum menunaikan kewajipan.. Huhu..

Inilah pertama kali aku lihat penarafan kebersihan untuk masjid dan Masjid Sultan Mahmud ni mendapat gred Aiaitu penarafan paling bersih. Kidipap..!!

Inilah masjidnya.. Bersih kan..?

Selepas 37 minit kami kat sini, maka dah tiba masanya untuk kami pulang ke Jasin. Jam pun dah menunjukkan pukul 4:12 petang dah. Dah agak kelewatan dah ni.. Jom kita..

Sebelum turun ke bawah, sempat lagi kami abadikan kenangan kat sini. Memang terbaeik baq hang.. Hehe..

Dah siap abadikan kenangan, jom kita turun. Dan laluan balik Jasin nanti adalah dari Bukit Fraser - Sang Lee - Bentong - Pekan Karak - Simpang Durian - Simpang Pertang - Bahau - NS Cement - Gemencheh - Batang Melaka - Selandar - Kesang Jaya.

Masa turun kena pelan-pelan je.. Kena lebih hati-hati..

Sampai kat sini, stop sekali lagi abadikan kenangan. Banyak nau kenangan yang nak diabadikan..

Sementara ada masa, sempat la Azrul tuning karburatornya kasi cun cun melecun..

Aku pun nak selfie jugak lah.

Klik..! Dah siap selfie, jom kita turun.

Masa turun, aku ada juga pecut sikit. Seronok le Pais duk cucuk aku kat belakang. Tapi tiba je kat lorong pintas melalui Kg. Sang Lee, aku stop sekejap supaya ahli-ahli lain tak terlajak sampai Raub.

Bila semua dah sampai, ayuh kita teruskan perjalanan menuju Bentong melalui Kg. Sang Lee..

Laluan ni agak sunyi. Permukaan jalan pun agak baik cuma sesetengah tempat tu jalan tak berapa elok. Kena lebih berhati-hati. Anjing-anjing liar pun banyak juga berkeliaran kat tepi jalan.

Masa lalu Kg. Sang Lee, aku terpandang satu tugu iaitu tangan pegang buah durian. Haha.. Unik..!!

Man, mana buah duriannya..? Hahaha

Dah habis jalan ni nanti kami akan jumpa satu simpang tiga. So, belok kanan lah untuk menuju ke Bentong. Kalau kiri nak ke Raub.

Akhirnya sampailah kami kat Bentong. Lepas ni kita teruskan lagi naik sikit lebuhraya Karak menuju ke Kg. Karak lama..

Simpang ni sila belok kiri eh.. Kalau kanan nanti sampai KL la ko.. Haha..

Pais di kanan..

Kamen Rider di kiri..

The Mark II di depan.. Haha.. Dah tak jauh dah Pekan Karak tu..

Ijat mana..? Haa.. Ni ha Ijat sedang amik gambau.. Nasib baik la ada Ijat. Dapat jugak aku enterprem. Hihihi..

FZ bergandingan dengan SYM.. Dengan berlatar belakangkan gunung-ganang.. Pehh.. Sungguh marbeless..

Kami sampai Petronas Karak jam 6:15 petang. Wah.. Dah agak lewat rasanya.. Perjalanan jauh lagi derr... Huhu..

Sementara berehat seketika kat sini, Azman dan Azrul serta Ijat kasi full tank dulu motor dia. Aku..? Erm, minyak masa isi kat Kuala Kubu Baharu masih ada lagi.. Haha.. Pais..? Dari Melaka tadi dia belum isi-isi lagi. Haish.. Motor pakai air kot..? huhu..

Azman sedang mengamati kehebatan sebuah motorsikal yang dituning sendiri oleh pemiliknya.. Iaitu Azrul..

Eh, eh.. Gatai plak.. Huhu.. Oklah, jom kita gerak sekarang. Matahari dah beransur terbenam dah tu. Risau nanti kita sampai malam kat Jasin. err.. rasanya memang kita akan sampai malam dah ni.. Huhu..

Perjalanan diteruskan setelah hampir 20 minit kami merehatkan diri. Kali ni, konvoi dikepalai oleh Azrul sendiri..

Aku pula kat belakang Azrul, sementara diorang tiga biji motor ni kat belakang aku. Sempat lagi korang posing ye..

Hari semakin gelap. Perjalanan pula agak sedikit perlahan sebab ada bas kat depan. Nak potong, jalan sempit. Haish, ikut je le kat belakang.. Teruskan perjalanan..

Hari semakin gelap. Dah masuk waktu Maghrib dah ni. Kami sepakat yang kami akan berhenti seketika untuk solat Maghrib. So, masjid kat Kg. Simpang Durian lah menjadi pilihan kami. Sebab ni je masjid yang ada sekitar sini.. Huhu..

Selesai menunaikan kewajipan, perut pula dah semakin lapar. Jadi, kedai makan pilihan kami adalah kedai makan berdekatan masjid. So, jom le lepak dulu kat sini..

Oleh kerana pelanggan agak ramai, kami terpaksa berkongsi kasih meja dengan pelanggan lain. Dengan kakitangan pula tak cukup, menyebabkan pesanan kami lambat sampai. Kami hanya order nasi lemak dengan telur je. Tapi ianya memakan masa 27 minit untuk sampai ke pangkuan kami.. Hehe.. Takpe, kami tak kisah pun. Kami faham kakitangan tak cukup..

Ayuh kita bedall dulu.. Burpp..!!!

Dah siap makan, tiba masa untuk gerak balik Jasin. Jam pun dah pukul 9:05 malam dah. Aiseh.. Minyak aku dah agak kekurangan tapi rasanya boleh sampai Bahau kot..? Takpe, kita cubalah eh. kalau mati di tengah jalan, boleh guna minyak spare Azman.. Hehe.. Konvoi kali ni aku yang lead sebab katanya jalan sangat-sangat gelap. Motor aku lampu led kononnya terang la.. Huhu.. Boleh laa.. Takde la terang sangat. Hihi..

So, perjalanan diteruskan.. Dengan mengharungi kegelapan malam yang sangat pekat. Sehinggakan selekoh tajam kat depan pun hampir tidak jelas kerana terlalu gelap. Tapi kami harungi jua kira-kira 47 minit sehinggalah kami sampai Petron Bahau untuk topup minyak. Aku topup minyak di sini dan kerugiannya adalah RM11.50 untuk 5.53 liter.

Bila semua sudah selesai, kami gerak meninggalkan Petron Bahau tepat jam 10:08 malam. 

Ini adalah laluan terakhir yang perlu kami tempuhi untuk sampai Kesang Jaya, Jasin. Laluannya adalah Bahau - Kilang simen NS - Felda Bukit Rokan Utara - Gemencheh - Batang Melaka - Jus - Selandar - Kesang Pajak dan seterusnya ke Kesang Jaya. Laluan ni juga agak gelap dan ada beberapa selekoh tajam sebelum sampai Gemencheh. Kena lebih berhati-hati kalau lalu belah malam. Kalau sorang-sorang, memang tobat aku tak lalu naik motor jalan ni. Gelap siot.. Haha..

Selepas lebih sejam kami harungi kegelapan, akhirnya sampailah kami kat Kesang Jaya jam 11:22 malam. Apa-apa hal, kita minum dulu ye.. Eh, nak makan pun boleh.. Haha.. Peh, badan penat doo.. Rasa macam zombie bawak motor je.. Ikut je ke mana motor pergi.. Huhu..

Selepas makan dan minum kat kedai makan Khalil kat Kesang Jaya ni, kami berpisah kat sini je. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat tanpa sebarang masalah yang besar. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang sudi ride dengan aku hari ni. Ride dari pagi sampai malam woo.. Haha.. Takpe, jadikan ride ni sebagai pengalaman untuk ride yang bakal diadakan nanti. 

Oklah, aku nak masuk tidur dulu lah. Esok kerja pagi beb.. Hurm.. Sehingga bertemu lagi di lain masa.. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan ye.. Sehingga jumpa lagi..

Adios..

-PokNik-
MasukGear

1 comment: