Saturday 20 May 2017

Ride Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum.. Selamat malam semua kawan-kawan dan teman-teman sekelian. Salam permotoran dua roda dari MasukGear buat semua pembaca. Pertama sekali, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang tiba minggu depan. Lagi 7 hari je lagi. Semoga puasa kita semua kali ni penuh sebulan ye.. Hehe.. Satu lagi, aku nak mintak maaf kerana lambat update stori ni. Huhu.. Kekangan kerja dan beberapa entri bilik satu lagi pun masih tertangguh. Ni pun dek kerana nak ride ke Bukit Fraser esok, aku gagahi jua cuba siapkan stori kari kambing ni. Hehehe.. Doakan semoga kami semua selamat pergi dan balik esok ye.. So tanpa membuang masa, jom kita ikuti kisahnya..


 Sebenarnya ride kali ni dianjurkan oleh group NMax Selatan. Dan idea ni dicetuskan pada 24 April 2017. Manakala tarikh ridenya pula adalah sempena cuti Hari Buruh iaitu 01 Mei 2017. Hurm.. Dah lama jugak cerita ni diperam ek..? Haha.. Takpe.. Tak basi.. Boleh baca bila-bila nak ye.. Hihi.. So, aku ada bertanya kepada pengemudi group iaitu Ah Fook, kalau-kalau ada kawan yang nak join. Dia kata ok je. Jadi, aku ada ajak kawan-kawan lain dan hanya Azman dan Ijat je yang menyahut. Ah, 3 orang pun jadi. Hehe..

Pada mulanya aku dan Azman je yang ikut ride ni. So, memandangkan Azman dah kat sana, aku kena siap awal sikit. Janji dengan Ah Fook jam 7:00 pagi kat tol Ayer Keroh.

Jalan Ayer Panas Bemban pun sejuk je pagi ni. Tapi aku nak kena topup sikit minyak ni kasi penuh.

Nak pusing ke Caltex, macam dah jauh pulak. Aku isi Petronas je lah kali ni untuk topup minyak yang dah sedia ada.. Bila dah siap isi minyak, Ijat mesej nak ikut. Konfirmasi di saat akhir menyebabkan aku terpaksa lepaskan Ah Fook gerak dulu meninggalkan kami kerana jam dah melangkaui 7:00 pagi dah. Huhu..

Sambil menunggu Ijat bersiap-siap, sambil selfie dulu sekali dua. Haha.. Nampaknya Ah Fook dah gerak menuju Tol Pagoh. Dan nanti diorang akan tunggu kami kat Tol Pagoh.

Tadaa.. Tepat jam 7:17 pagi, tibalah Ijat. Tanpa membuang masa, kami bergegas ke Tol Ayer Keroh kerana Azman dah membuang masa kat situ menunggu kami.. Huahuahua.. Sorry eh Man. Ijat lambat. Ko marah Ijat. Jangan marah aku..

Tapi... Man tak marah. Sebaliknya keceriaan jelas terpancar bilamana dapat bersua muka dengan Ijat. Huhuhu.. Yok kita teruskan perjalanan.

Perjalanan diteruskan seawal jam 7:33 pagi, dan secara anggaran kasar, kami dah ketinggalan hampir setengah jam di belakang Ah Fook dan kawannya.

Perjalanan diteruskan sementara cuaca pula amat baik sekali. Dengan angin yang sojuk je, bisa membuatkan matamu layu beb..

Chak..!! Ahahaa.. Berswafoto kita ye.. Hehehe..

Kelajuan tetap maintain 80 - 90kmj saja..

Aksi Ijat yang sempat ku rakam.. Haha..

Inilah aksi-aksi yang sempat dirakam.. Zasss..

Man pun (a.k.a Encik CEO) apa kurangnya beraksi di ranjang atas highway.. Senyum sokmo deh..

Keadaan trafik pun agak lengang pagi ni.

Kadang kala ada sesetengah tempat tu diselimuti kabus yang agak tebal..

Inilah yang dinamakan santai, bilamana sentiasa ada motor-motor yang memotong kami..

Akhirnya sampailah kami kat Tol Pagoh selepas 46 minit di atas highway. Kami lepak sekejap saja kat sini sebab ada lagi rakan-rakan lain yang tunggu kat Tol Yong Peng pula.

Ayuh kita sama-sama gerak ke Tol Yong Peng.

Perjalanan diteruskan, dengan cahaya matahari dah mula memanchorkan cahayanya..

Gembira sungguh Ijat dapat ride.. haha.. Tetiba bila tiba di Hentian Yong Peng Selatan, perut Ijat buat hal.. Haha.. So, kami terpaksa lah tunggu Ijat lepaskan hajat yang tertangguh

Sambil-sambil tunggu Ijat lepaskan hajat, boleh le kita lepaskan hajat lain. Pecahkan jerawat ke.. Isi masa terluang.. huhu..

Nampaknya 10 minit saja Ijat perlukan masa itu.. Haha.. Dahlah, lupakanlah dulu pasal hajat Ijat. Dah siap semua, jom kita ke Tol Yong Peng..

Selepas beberapa minit ride, maka tibalah kami kat Tol Yong Peng.

Melalui laluan motor pastinya kena lebih berhati-hati..

Rupa-rupanya semua dah ada menunggu kami kot..? Hahaha.. Sorry gais di atas kelewatan yang tak diduga..

Sementara take 5 sekejap kat sini, ada juga yang nak azan di kala Subuh dah hilang di pagi hari.

Sebenarnya ni baru 1st time aku jumpa dengan geng NMax Selatan. Haha.. Abg Zal tu pun baru hari ni aku jumpa.. Kali pertama katanya.. hehe..

Selepas habis masa rehat (cheh, amcam kat sekolah plak ada masa rehat..hehe), perjalanan akan diteruskan menuju ke Kari Kambing 40 Hari. Tapi minyak motor Encik CEO dan Ijat dah agak kekurangan. Tak apa, Ah Fook cakap nanti kita singgah kat pam minyak kat depan tu haa..

Aalng-alang dah singgah sini, aku pun kasi full tank juga lah NMax aku. Kerugian di sini tak banyak. RM6.91 sahaja. (1 sen tu kasi belanja je laa..Hehee..) Ok, semua dah siap full tank..? Ijat dah siap..

Man pun dah siap.. Haha.. Tengok tu muka ala sinyumm...

Akhirnya selepas semua kasi full tank, perjalanan diteruskan semuala. Cuaca pun dah agak membahang dah ni walaupun jam baru menunjukkan pukul 9:30 pagi

Kelihatan logamaya, lambaian kaabah Ijat dan juga senyuman Man di situ.. Hahaha

Steady boh.. Kawe lapar.. Hahaha

Deretan motorsikal berkuasa tidak tinggi dalam menuju satu matlamat. Makan nasi Kari Kambing 40 Hari..

Yuhuu.. Steady boh..

Gejala bukan sosial dah mula muncul bila perut tidak full.. Lapar dah tu sebab tu dah jadi macam tu..

Tengah-tengah ride, datang sorang lagi dari group NMax Selatan join konvoi kitorang. Maaf aku tak tahu nama empunya badan tapi NMax beliau sangat lawa.. Siap ada side box lagi..

Akhirnya.. Sampailah jua.. Perghh.. Ramainya manusia nak kenyangkan perut kat sini..

Meja pun tadak kosong. Aiseh, macam mana ni..?

So, aku, Man dan Ijat dapatkan dulu meja dan cop meja tu sementara kawan-kawan yang lain pi beratur dulu. Nanti korang dah dapat makan, kita tukar plak kasi kami beratur pula ye..

Tengah-tengah tekak kering, tiba-tiba Abg Zal datang bawa air sirap ais 2 jag. Perhh.. Hilang lah dahaga ni.. Hehe.. Tq Bang Zal..

Apa lagi, kasi hantar report dulu lah.. Hihihi..

20 minit juga Ah Fook dan kawan yang lain beratur baru dapat makanan. Okeh, sekarang giliran kami beratur pula ye.. Selamat menjamu selera.. Bon Apetite.. (Ye ke eja macam tu..? lantak lah.. Hihi)

Uh, lamanya kena beratur.. huhu.. Dulu pernah sekali ride kapchai dengan kawan-kawan kat sini.. Tahun lepas. Tahun ni datang lagi.. Haha..

Hah tudia ramainya orang..

Akhirnya dapatlah kami makanan yang kami idamkan. Huhu.. Siap aku tapaukan 1 bungkus.. Hehe..

Haha.. Tunggu le kami habis makan dulu yo..

Dah selesai semua, kami meneruskan perjalanan. Ke mana..? Katanya nak gi Hospital Pantai Batu Pahat. Anak pada sahabat NMax Selatan kita masuk wad kat situ. So, alang-alang dah ada kat sini, lanjut terus ke sana pula lah.

Aksi Ah Fook yang sempat aku rakam. Sorry gais, masih segan nak rakam banyak-banyak.. Hehehe..

Masa ni dah sampai Ayer Hitam. Masih dalam perjalanan menuju Hospital Pantai Batu Pahat.

Ni baju milo kawe. Nati kawe nok paka wak ride gi Bukit Fraser. hahaha..

Kami stop sekejap kat BhP kawasan mana tah ni. Ianya hilang dari radar aku.. Huhuhu.. Salah seorang dari kami tak dapat nak sama-sama melawat anak sahabat kami tu sebab dia ada hal..

Keadaan trafik masa ni dah mula sibuk dengan kenderaan berat serta ringan.

Tapi ada ketikanya ia lengang pula.. Cuaca pun redup dan sedikit mendung. Tapi hujan tak turun..

 Yeahh.. Dah masuk Batu Pahat.

 Akhirnya sampailah kami kat Hospital Pantai Batu Pahat.. Cuaca terik sangat. Panas.. Maklum lah jam pun dah pukul 12:03 tengahari. Dah terbayang dah aircond hospital.. huhu.. Kalau bulan puasa macam ni punya panas, tak tau lah macam mana.. huhu..

 Hahh.. Lega... Dapat aircond..

So sekarang ni kami masih menunggu sahabat kami (bapa kepada budak yang tak sihat tu) supaya boleh bawa kami semua naik melawat anaknya. Dan kira-kira 5 minit selepas tu, sahabat kami pun tiba. Dia yang bawa kami naik lift ke wad anak dia. Aku doakan semoga anaknya cepat sembuh dari penyakit yang dihidapi..

 Selesai semua, sebelum balik nak kena cucuk duit dulu lah. Mana tau lepas ni nak makan lagi ke.. Atau nak minum kat mana-mana ke.. Man, cucuk lebih sikit ye..

 Dah siap cucuk, ayuh le kita gerak balik Melaka..

 Panas, bahang, sinar mentari, dah jadi kebiasaan buat semua penunggang motor

Uuuhh... Sedak bawok muto nih..

 Sementara ada kesempatan, aku snap je mana yang dapat. Ni kawan Ah Fook (maaf  lupa nama.. huhu..)

 Hahaha.. Macam banyak je gambo ko Jat.. Hihi..

 Kami singgah sebentar kat sini untuk tunaikan kewajipan. Tak lama kami kat sini. Dalam 20 minit je..

 Sebelum gerak, kita regrouping sekali lagi.. Erm.. Dah ada yang mengalami simptom-simptom halusinasi bilamana badan terhidrasi.. Huk aloh..

 Steady.. Steady.. Lepas ni (kata Ah Fook) kita berhenti minum sekejap ye. Pekena air kelapa pun best juga. Dan menurut bro Epul Muar, ada satu gerai air kelapa kat Jalan Salleh ke jalan apa tah.. (kalau tak silap aku laa..). Katanya sedap air kat situ.. Haha.. Jom..

 Kami sampai kat Petronas hampir jam 3.00 petang. Sementara singgah sini, Azman dan Ijat kasi full tank motor masing-masing. NMax tak perlu buat penambahan petrol kerana tangki minyaknya yang berkapasiti 6.6 Liter itu masih mampu untuk meneruskan perjalanan hingga ke Bemban.. Haha..

 Orait, siap isi minyak, moh kita bersantai-santai kat sini pulak. Pekena air kelapa dengan pisang goreng dan cendawan goreng.. Pehh..

 Penat agaknya si dak Man tu.. Kesian dia.. kahkahkah..

 Ah Fook merenung dalam ke arah kerepek tu, menunjukkan tanda dah sampai waktunya untur beransur pulang..

 Semua dah kenyang..? Jom kita balik Melaka. So, kat sini kami berpisah dan bersalam-salaman. Sampai sini dulu pertemuan kita untuk kali ni. Semoga ikatan ukhuwah ini akan terus kekal berpanjangan sampai bila-bila.

 Destinasi terakhir kami adalah Bemban. So laluan kami adalah dari AMJ terus masuk simpang nak ke Bemban.

 Esok dah mula kerja, kereta pun dah mula banyak..

 Kami sampai Bemban jam 4:33 petang. So, berpisah dulu kita kat sini.. Nanti kita bertemu lagi ye.

 Masa balik, sempat aku bagi Man cuba NMax aku.. Sementara aku pula menunggang SYM Sport Bonus 115SR nya.. Hehehe..

Dan aku sampai kat kawasan rumah aku jam 4:43 petang. Alhamdulillah, semuanya selamat pergi dan balik.

Secara ringkasnya, ride kali ni memakan jarak sejauh 268km dan penggunaan minyak petrol adalah pada kadar 2.5Liter/100km.. Jimat tak..? Hehee..

So, sampai sini dulu coretan aku untuk kali ini. Kemaafan dipinta andai ada tersalah kata terlanjur kata-kata.. Sehingga bertemu lagi di lain episod.. Selamat malam..

Chow...

-PokNik-
MasukGear

2 comments:

  1. Terbaikk poknikk👍👍
    >>epul muo

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Epul Muo kerana sudi baca blog dan cerita hamba ni.. Hehe..

    ReplyDelete