Sunday 24 September 2017

Ride Hari Malaysia bersama NMax Selatan Sekitar Melaka

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca setia MasukGear.. Alhamdulillah, hari ni kita telah melangkah masuk ke tahun baru hijrah 1439H. Dan dikesempatan yang ada ni, ingin sekali aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 1439H. Semoga tahun ini akan membawa lebih kejayaan kepada korang semua.. Sementara ada kesempatan, di sini ada satu cerita ride yang nak distorikan kepada semua pembaca. Ride ini adalah ride yang dianjurkan oleh Team NMax Selatan sempena Hari Malaysia 16 September 2017. Ride kali ni hanyalah sekadar pusing Melaka sahaja. Namun begitu, apa yang dititikberatkan di sini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara semua ahli NMax Selatan. Terima kasih buat Yamaha dan juga Kedai Motor Ban Chye di atas tajaan ride ini.. So, di sini aku ada menyediakan kisah ride kali ini.. So, sediakan popcorn, dan jom kita telaah sama-sama..

 16 September 2017, seperti yang dirancang, aku bersama Cikgu Helmi bertolak dari Kg. Kesang Jaya menuju ke Petronas selepas Tol Ayer Keroh. Laluan yang kami lalui adalah ikut jalan belakang iaitu Kesang Pajak dan terus melalui UTeM dan seterusnya ke Petronas Tol Ayer Keroh.


 Ride ini dah dirancang agak lama, kira-kira 2 minggu sebelum tarikh kejadian. Dengan usaha keras dari Ah Fook selaku leader NMax Selatan, Alhamdulillah ride berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.. Alhamdulillah sekali lagi..

 Aku dan Cikgu Helmi gerak dari Kesang Jaya jam 8:17 pagi dan RV point yang pertama adalah Petronas Tol Ayer Keroh. Pagi tadi hujan lebat dan sekarang dah agak gerimis sikit-sikit. Trek masih basah, tak dapat nak meratah selekoh Kesang Pajak. Hehehe..

 Minyak motor aku tinggal 1 bar je lagi. Tapi aku tak isi pun, redah je memandangkan jarak dari Kesang Jaya ke Petronas Tol Ayer Keroh hanyalah berjarak 16km. Dan kami sampai Petronas jam 8:45 pagi. Aku hanya topup RM10.00 je kat sini. Dah nak penuh dah tangki NMax aku tu.

 Kami rehat seketika kat sini sambil menunggu ahli lain yang belum sampai. Lepas ni destinasi pertama kita adalah Taman Mini Malaysia. Kita tak masuk ke dalam sana. Cuma bersarapan di restoran depan Taman Mini Malaysia.

Untuk ride kali ni, ada beberapa lokasi yang kita akan singgah atau lawati. Antaranya ialah :-
1. Taman Mini Malaysia (sarapan)
2. Perigi Hang Tuah
3. Kedai motor Ban Chai, Melaka
4. Asam pedas Pak Man
5. Mendaki Bukit St. John (Bukit Senjuang)
6. Masjid Cina, Krubong
7. Cendol Krubong

 Selepas semua sampai, jom kita gerak ke sana. Restoran tersebut terletak agak dekat dengan Petronas. Kira-kira tak sampai pun 1km.. Haha..

 Sampainya kami kat sana, terus susun motor elok-elok kasi cantik punya. Nanti nak ambil gambar buat kenangan.

 Haa masuk sini. Ikut sini.. Atur kasi cantik-cantik ye.. Baik bos.. Hehe..

  Jom susun motor dulu.. Lepas tu kita bergambar. Perut dah nyanyi lagu Keroncong Kuala Lumpur dah ni..

 Ok, siap sedia semua. Kita bergambar dulu. Lepas tu baru kita gi makan.. Haha
NMax Selatan @ Taman Mini Malaysia

Ok, gambar dah ambil, so sekarang ni tunggu order diambil pula.. Huhu..

Sementara menunggu pesanan tiba, masing-masing memicit ler.. Apa lagi..? Hehehehe

Semua sibuk ngan henset masing-masing.. Hahaha.. Maklum le pesanan belum dapat lg..

Apa pun baik aku selfie dulu dengan rakan-rakan.. Haha..

Singgah Jap Cafe, beroperasi setiap hari di Taman Mini Malaysia

Aku inginkan roti canai sebagai santapan pagiku, namun sudah habis ditempah. Jadi, inilah dia habuan pagiku untuk hari ni.. Huhuhu.. Bersama teh ais sebagai pembasah tekak..

1 jam 45 minit masa dihabiskan kat sini. Sambil sarapan, sambil bincang pasal aktiviti selepas ni. Borak punya borak, tak terasa jarum jam melewati masa dengan pantas.. Sekarang tibalah masa untuk kita gerak ke destinasi kedua pula, iaitu Perigi Hang Tuah.

Sebelum gerak, selfie dulu dengan orang yang sedang berselfie.. Hehe..

kami meninggalkan perkarangan Taman Mini Malaysia jam 10:41 pagi. Agak lama kami di sini untuk sarapan dan berbual sesama ahli.. Huhu..

Takpe, ayuh kita ke Perigi Hang Tuah pula.. Kat sana nanti boleh lah lepak sekejap. Sambil menikmati suasana sekitar perigi Hang Tuah.

Untuk ke perigi Hang Tuah, kami memilih laluan Seri Negeri, seterusnya ikut simpang Bukit Katil, menuju ke Simpang nak ke Duyong dan terus belok kiri menuju Perigi Hang Tuah.

Cuaca pun agak cerah pagi ni walaupun awal pagi sesudah Subuh tadi, hujan mencurah agak lebat.

Melewati Taman Seribu Bunga.. Kami tak berhenti kat sini kerana kat sini hanyalah bunga semata-mata.. Hurm.. Nak jadi Mat Bunga ker..? Haishh..

Perjalanan diteruskan lagi.. Sebenarnya jarak dari Taman Mini Malaysia ke Perigi Hang Tuah tak jauh pun. Dalam 12 km je.. Aku pergi kerja sehari pun pergi balik dah cecah 50 km sehari.. Haha..

Sekali-sekala aku kat depan, sekali-sekala aku kat belakang, biasa la.. Nak ambil gambar.. Hehe..

Aksi bro Megat yang sempat aku rakam. Haha.. Kawan aku cakap NMax dengan sidebox ni nampak macam mini Kawasaki GTR.. Haha..

Eh, pakcik tu bukan geng NMax Selatan ye.. Haha.. Tapi, dia pun naik skuter jugak. Kalau nak join, jom le pakcik.. Tapi kena balik amik helmet dulu laa..

Selepas 26 minit ride, maka sampailah kami kat Perigi Hang Tuah. Ok, jom susun motor elok-elok dulu dan kita melawat Perigi Hang Tuah sekejap lagi eh..

Haa.. Ni lah dia Perigi Hang Tuah. Sapa-sapa nak cuba bermain timba, silakanlah.. Hehe..

Sedikit info :
Mengikut sumber, Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah; seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Cer telek nampak muka sapa kat dalam perigi tu..? Haha..

Siapa-siapa nak basuh muka, basuh tangan, basuh kaki, waima basuh satu badan pun dipersilakanlah.. Hehe..

Haa tu dia.. tu dia.. tuuu haaa.. Apa tu yang ditunjukkan tu..? Cer kabo sket..

42 minit sahaja kami kat sini.. Sudah tiba masa untuk gerak. Tapi sebelum tu, amik gambar le dulu kasi kenangan kat Perigi Hang Tuah..

Chak..!! NMax Selatan @ Perigi Hang Tuah.. Yeaahh!!!

Sekarang giliran couple pula abadikan kenangan kat sini.. Hehe...

Ok, jom kita ambil gambar kat tempat parking Perigi Hang Tuah pula.

Masa agak mencemburui kita, jadi kita kena teruskan perjalanan menuju Kedai Motor Ban Chye pula..

Kami gerak dari Perigi Hang Tuah jam 11:49 pagi. Inilah beberapa aksi dari ahli NMax Selatan yang berjaya aku rakam.. Haha.. Aksi Owee dengan NDG nya..

Jom.. Jom..

Aksi penglipur lara yang sentiasa menceriakan suasana dalam family NMax Selatan, Bang Jijie.. Yeahhh!!

Satu-satunya jentera NVX yang ingin turut serta dalam ride kali ni.. Pehhh.. Dapat juga aku nengok Yamaha NVX depan-depan..

Ok bang.. Steady eh.. Sambil bercuti ke Melaka, sambil join ride Hari Malaysia.. Terbaik..!!!

Yeahhhh!!!! Hahahahaha... Gimmi five..!!

Cuaca hari ni agak tak menentu. Ada kalanya cerah, ada kalanya sedikit mendung. Tapi kami semua tetap meneruskan perjalanan menuju Kedai Motor Ban Chye..

NVX beraksi bersama NMax.. Hehe..

Selfie sekali. Aku pun nak juga enterprem.. Huhu..

Kami sampai kedai motor Ban Chye tepat jam 12:08 tengahari. Ketibaan kami disambut oleh wakil dari Ban Chye Motor, dan juga seseorang insan yang amat meminati Yamaha.. Yeaahh!!

Ban Chye Motor.. Jom kita cuci-cuci mata dulu..

Z900, sebuah jentera naked dari Kawasaki yang menggantikan Z800..

Yang merah coklat tu pula Kawasaki Vulcan S 650, model easy rider dari Kawasaki yang menggunakan nadi penggerak yang sama dengan Kawasaki ER6. Cuma enjinnya ditala kembali untuk kesesuaian kegunaan sebuah jentera easy rider..

Eh, ada sedikit juadah yang disediakan dari pihak Ban Chye Motor. Terima kasih banyak-banyak ye..

Siapa-siapa nak beli motor terpakai pun ada juga dijual di sini dengan harga berpatutan.

  Mula-mula aku terpandang ada sorang kawan tu pasang sesuatu kat NMax dia.. Eh, korang pasang apa tu? Dia cakap dia pasang penyangkut kat bawah kunci NMax tu.. Berapa ringgit? Erm, RM5.00 je.. Eh, aku pun nak pasang jugak lah.. Haha.. Murah tu..
Tadaaa... Ni dia penyangkut plastik yang berharga RM5.00 tu siap pasang. Boleh la buat aku sangkut air batu ke, kuih muih ke..

Terima kasih buat Ban Chye Motor di atas tajaan anda untuk ride kali ni. Terima kasih Yamaha dan terima kasih juga buat seseorang yang sanggup bertungkus-lumus dalam menjayakan ride kali ini.
NMax Selatan @ Ban Chye Motor

Kami meneruskan perjalanan meninggalkan Ban Chye Motor tepat jam 1:00 tengahari dan destinasi keempat kami sekejap lagi adalah Asam Pedas Pak Man yang terletak dekat Jalan Ujong Pasir, betul-betul dekat dengan Balai Polis Bandar Hilir.

Jarak perjalanannya tak jauh. Lebih kurang 10 minit je..

Deretan Geng NMax Selatan dari pandangan belakang..

Oh ya, di pertengahan jalan, kami terpaksa stop sekejap kat Shell kerana ada yang nak penuhkan tangki motor beliau. So, lepak sekejap sebelum memulakan perjalanan..

Ok, selesai semuanya? Jom kita ke Asam Pedas Pak Man. Ada yang tak sabar nak makan asam pedas dah ni..

Kami sampai sini jam 1:13 tengahari. Erm, nak kena cari parking dulu ni..

Parking luas. Sebelah kiri jalan.. Jom park motor dulu. Pasni boleh pekena asam pedas..
NMax Selatan @ Asam Pedas Pak Man

Haa tu dia Asam Pedas Pak Man, sebelah Perhentian Kuih Kampong tu. Belakang sikit je tu.

Tapi bila kami sampai je, pehh.. Ramai gila orang.. Nak kena beratur dan menanti kekosongan meja yang ada.

Sebenarnya kami hampir putus asa memandangkan keadaan kedai Asam Pedas Pak Man yang terlalu ramai pelanggan. Sehinggakan kena beratur dulu untuk dapatkan meja. Ah Fook dah bagi cadangan, apa kata kalau kita tukar lokasi? Kita makan tempat lain..? Tapi ramai yang cakap, alang-alang dah sampai sini, kita tunggu aje la ada mana-mana meja kosong. Kalau ada kosong tu, duduk je. Tak perlu tunggu kawan-kawan yang lain. So, masing-masing cuba memburu meja yang kosong untuk bersama-sama makan tengahari kat situ. Menghirup kuah asam pedas yang sedap, pastinya membuatkan ramai geng NMax Selatan ni dah ngences.. Haha.. Takpe, jom cari meja kosong dulu..

Masih lagi meneliti kot-kot ada yang dah siap makan..

Alhamdulillah, penantian kami tak lama. Dalam lebih kurang 15 minit je. Kebetulan ada satu keluarga yang dah siap makan, so kekosongan mejanya itu berjaya kami isi.. Haha.. Ada juga sebahagian dari kami makan kat tempat lain. Takpe, janji semua dapat makan. So, order dulu lah..

Dah siap order, kita suafoto la sekali. Buat kenangan kat Asam Pedas Pak Man.. Hehe..

Waiting time kat sini tak lama.. Dalam 10 ke 15 minit je. Pastu sampailah juadah yang diorder. Kali ni aku order nasi putih bersama asam pedas tetel dan sirap limau ais. Haa.. Dah dapat makan ni, jom lah kita makan dulu ye..

75 minit kami habiskan masa kat sini. Fuh, memang sedap. Terima kasih buat pihak yang terlibat kerana sudi sponsor makan tengahari kami. Burp..!! Kenyang.

Ayuh semua kita naik atas jap. Atas..? Ke mana tu? Kita menuju ke destinasi ke 5 kita. Haha.. Apa lagi kalau bukan Bukit St. John atau juga dikenali sebagai Bukit Senjuang.

Destinasinya sangat dekat, kira-kira 5 minit je perjalanan. Jom kita..

Selepas gerak dari Asam Pedas Pak Man, susur sikit je selepas trafic light tu, dah sampai jalan menuju ke atas bukit Senjuang. Ni lah dia jalan naik ke atas..

Sambil mendaki, sambil selfie.. Haha..

Dah sampai atas, kita susun NMax dulu kasi cantik.. 
NMax Selatan @ Bukit Senjuang

Ayuh kita mendaki.. Erm, ada juga beberapa orang yang taknak daki sama. Semput katanya. Takpelah, siapa-siapa yang kurang fit nak panjat naik atas tu, rehat ajelah kat bawah ye..

Ayuh kita panjat dulu.. Erm, nak kata tak tinggi, nampak tinggi jugak. Tapi takde la tinggi sangat. Hurm, mana satu ni tinggi ke tak? Tinggi juga la..

Langkah demi langkah ku gagahi jua demi menawan puncak Senjuang.

Akhirnya sampailah kami kat atas. Takde apa yang menarik pun kat atas. Cuma banyak juga meriam-meriam lama kat sini.

Dan dari atas Bukit Senjuang ni boleh nampak lautan dan pantai.

Kelihatan masing-masing cuba mengimbau sejarah yang lepas.

Bahagian yang berbumbung belah kiri tu mingkin tempat stor menyimpan peluru agaknya.

Bila dibelek-belek dekat meriam, terperasan satu formasi nombor yang mungkin membawa maksud tahun meriam ni dihasilkan. Erm, tahlah.. Hihi..

Kami kat atas ni tak lama. Dalam 15 minit je. Takde apa yang agak menarik perhatian kami semua untuk lepak lama kat atas ni. Lagipun cuaca agak panas. Berpeluh beb..!! Haha..

Jam dah menunjukkan pukul 3:00 petang. Jom kita ke destinasi ke-6 iaitu Masjid Cina, Krubong. Kena cepat sikit ni sebab dah pukul tiga dah. Harapan semoga sempat tunaikan solat Zohor kat sana..

Perjalanan diteruskan menuju Masjid Cina yang mana memakan masa mungkin dalam stengah jam ride ke sana. Takpe tak perlu laju-laju, janji semua selamat sampai.

Sekarang kami memasuki kawasan Melaka Sentral. Bertemankan terik mentari petang, memang berasap beb.. Haha..

Sambil tunggu trafic light merah, sempat lagi Cikgu Helmi layan sembang dengan driver lori tu. Tah apa yang diborakkan aku pun tak tau. Haha..

Beberapa minit selepas tu, kami dah hampir sampai dah ke Masjid Cina, Krubong. Sekarang dah sampai kawasan Stadium Hang Jebat dan masjid tersebut terletak belakang stadium

Tadaa... Akhirnya sampai juga kami kat sini. Sekarang dah jam 3:43 petang. Apapun Solat Zohor dahulu..

Sambil-sambil tu terpandang sejenis kumbang duk lepak kat sini.. Hehe..

Cantik betul senibina masjid ni..

Sedikit info :
Salah satu mercu tanda yang makin dikenali oleh pengunjung yang berkunjung ke Melaka ialah Masjid Cina Melaka. Masjid ini terletak di Krubong, Melaka, berdekatan dengan Stadium Hang Jebat dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negeri Melaka. Mengikut info, senibinanya dipengaruhi seni bina dari masjid-masjid di China khususnya di daerah Beijing, Shanghai dan Xi'an. Pengaruh ini bukan sahaja dilihat melalui reka bentuknya, bahkan hiasan sekitar kawasan masjid termasuklah kolam dengan ikan koi, landskap pokok buluh, seni kaligrafi China dan kewujudan pagoda-pagoda yang melengkapkannya.

Ruang utama solat

Ini pula ruang luar sebelum masuk ke ruang utama solat

Selesai menunaikan solat, kita rehat-rehatkan badan dulu ye.

Lepas ni kita ambil gambar kenangan kat sini eh.

Masjid Cina Negeri Melaka. Sangat cantik senibinanya..

Sebelum gerak, sempat lagi kami semua abadikan kenangan kat sini. Sementara sebelum ambil gambar, ada sekeluarga tu berhajat untuk bergambar bersama-sama kami. Wah, bertuah rasanya kami kerana ada orang lain yang nak bergambar bersama-sama.. Hehe.. Jom la kita ambil gambar sama-sama..
NMax Selatan @ Masjid Cina, Krubong

Banner ride Hari Malaysia 2017 khas buat NMax Selatan.

Selepas selesai semua, jom kita gerak ke lokasi terakhir kita iaitu Cendol Krubong. Katanya cendol ni sedap sangat. Haha.. Aku dah terbayang nak makan cendol durian. Kot-kot ada, boleh try cendol durian. Hihi..

Matahari dah mula condong tapi masih berbahang. Kelihatan semua muka dah penat tu. Haha.. Takpe, jom kita pekena cendol dulu.

Akhirnya kami sampai cendol Krubong jam 4:50 petang. Fuhh.. Dahaga.. Dahagaa.. Haha..
NMax Selatan @ Cendol Krubong

Kasi susun NMax dulu cantik-cantik.. Hehe

Jom semua pekena cendol..

Ni dia gerai Cendol Rojak Krubong milik Bro Nizam, salah seorang dari ahli keluarga NMax Selatan.

Wah, laju Abg. Jijie.. Pelan-pelan la tunggu saya punya belum dapat lagi ni.. Hehe..

Masing-masing menunggu order masing-masing. Rileks Pian.. Haha..

Sementara cendol aku belum sampai, kasi selfie dulu la satu kali..

Bang Zal, makan dulu. Handset tu nanti jap lagi la balas whatsapp.. Hehehe.. Jangan marah ye bang. Gurau-gurau je..

Oleh kerana perutku kembali meruntun kelaparan, aku order rojak mee sekali.. Haha.. Sedap woo rojak ni.. Nanti ada masa dan ketika, aku nak repeat sekali lg. Hehe..

Lebih sejam kami di sini.. Dan tibalah masanya untuk kita semua berpisah. Begitu cepat masa berlalu.Seakan mencemburui kita..

Err.. Mungkin bertukar-tukar nombor telefon kot..? Atau bertukar pendapat..? Hurm..

Sempat juga bro Nizam (owner Cendol Krubong) mengiringi kami sampai kat parking motor.

Panaskan enjin dulu..

Mengikut info dari Ah Fook, bro Amad nak singgah sekejap berjumpa dengan semua Geng NMax Selatan. Katanya nak lepaskan rindu.. Hehe..

Tadaa.. Akhirnya sampai jua Amad dan Tun untuk bertemu mata dengan kami semua.

Selepas bersalam-salaman, kami berpisah kat sini. Masing-masing bawa haluan masing-masing

Walaupun kita semua terpisah dengan jarak, namun kenangan yang terukir antara kita tetap terpahat di sanubari ini.

Insya'Allah di lain masa dan kelapangan, kita pasti dapat bertemu lagi. Aku bersama Cikgu Helmi balik Jasin lalu Durian Tunggal dan aku sampai rumah jam 6:48 petang.

So, sampai sini dulu coretan ride aku bersama dengan Geng NMax Selatan. Insya'Allah di lain masa, kita jumpa lagi ye.. Di sini aku sertakan juga video ride yang aku hasilkan khas untuk NMax Selatan. Haha, maaflah kualitinya tak elok sangat. Ok ye semua, aku chow dulu.. 

Khas buat anda semua

Bye.. Adios..

-PokNik-
MasukGear

3 comments:

  1. Alhamdulillah....tq pok nik..garapan yg sguh indah...terbaiik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tq sudi baca coretan ambo yang tak seberapa ni.. :-)

      Delete