Monday 11 September 2017

Ride TTS @ Kopi Mansur, Senawang

Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua pembaca Masukgear. Salam aidil Adha juga buat semua pembaca setia, semoga anda semua sentiasa di bawah limpah rahmat dari-Nya yang Maha Esa. Aku nak minta maaf buat semua kerana cerita ride ni sebenarnya dah lama. Oleh sebab aku bercuti raya, so cerita ni agak lama tertangguh dan tak sempat aku karang. So, sekarang ni dah ada masa sikit. Hehe.. Ride kali ini agak special sikit kerana ianya adalah kolaborasi bersama antara Geng NMax Selatan dan juga Geng Bawang. Haha.. Dan sebenarnya pada peringkat asal, kami semua plan nak ke Ikan Patin Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar. Namun beberapa hari sebelum kejadian, aku call kedai ikan patin tu dan aku diberitahu yang pada hari kejadian tu, kedai tutup. Huk alohh.. So, destinasi alternatif adalah ke Kopi Mansur Senawang.. Ni idea Ah Fook ni selaku peneraju utama NMax Selatan. So, di sini ada aku sertakan sedikit coretan untuk ditatap bersama-sama.. Moh kita..

Mengikut plan asal, kami semua akan jumpa kat Tol Ayer Keroh jam 4:30 petang dan 5:00 petang kami akan masuk highway menuju Simpang Ampat. Ah Fook ada kat sana nanti. So, ada beberapa orang ahli Geng Onion atau lebih dikenali sebagai Geng Bawang yang nak ikut.



Aku akan tunggu beberapa kawan yang lain kat Petronas Bemban sementara En. CEO a.k.a Kamen Rider akan tunggu kat Tol Ayer Keroh.

Moh kita ke Petronas Bemban

Aku sampai Petronas Bemban jam 4:30 petang dan beberapa minit je selepas tu, Cikgu Helmi pun sampai.. Waaa... Mutut balu.. Hahaha..

Mengikut perkhabaran, Azrul pun nak join sama. So, kita tunggu dia lah sekejap. Katanya nak mekap jap. Dan tiba-tiba yang sampai selepas tu adalah Shah bersama jentera barunya iaitu SYM Sport Rider 125.. Erm, betul ke nama model tu..? Hahaha.. Lupa laa.. Rasanya dah betul tu Sport Rider..

So, moh le sama-sama kita tunggu kemunculan Azrul.. katanya dah nak pakai helmet dah tu.. Hihi..

Jeng-jeng.. Hampir jam 5:00 petang maka timbullah peserta yang ditunggu-tunggu.. Haha..

Orait, sebelum gerak kita kasi selfie dulu lah satu kali.. Jom perah throttle.. Takleh nak masuk gear sebab automatik.. Huhu..

Maka, perjalanan pun diteruskan menuju ke Tol Ayer Keroh. Erm, kelajuan konvoi kali ni kena hadkan kepada 75kmj sebab motor Cikgu Helmi masih belum habis pantang.. Haha..

Bestnya rasa bilamana dapat berkonvoi bersama-sama.. Hehehe..

Owhhhyeaahhh!!!!!

Kami tiba di tol Ayer Keroh jam 5:13 petang. Sementara tu Azman da Kamen Rider dah sampai.. Haha.. Dah lama sampai..? Dia cakap dah kematu bountout.. Hihi..

Kelihatan Shah dan Azrul mula menghampiri titik pertemuan kami bersama Encik CEO..

Bila dapat ride, muka alaa sinyummm.. Eh, kenapa yang kat belakang tu sampai terkangkang-kangkang tu..? Hurm..

Owhhyeahhh...!!! Hahaha.. Patut la.. Excited sangat tu.. Haha.. Ni lah penampilan sulung Cikgu Helmi setelah dua tahun berehat dari dunia permotoran dua roda.. Hehe.. Jom kita..

Selepas semua dah bersedia, perjalanan pun bermula jam 5:14 petang dengan hentian pertama adalah Tol Simpang Ampat. Ah Fook dah membebel dah tu, kat mana la geng dari Jasin ni.. Hihi.. Sorry Fook, jap eh. Nanti kami sampai la..

Aksi sulung selepas 2 tahun merehatkan diri. Rindu nak ride ngan Cikgu Helmi. Lama gila dah tak ride ngan dia.. Hahaha..

Nampak hensem la dengan kelajuan 75kmj.. hihi..

Keadaan lalulintas masa ni agak sibuk sikit. Tapi perjalanan masih lancar.

Kelihatan Azrul memberi isyarat supaya Kamen Rider meningkatkan lagi kelajuan SYM nya..

Aksi "Gaban minta baju" yang sempat aku rakam.. Fuhh.. Nasib baik tak bertukar..

Tengah syok-syok layan highway, tiba-tiba ada BMW S1000R potong sayur kami dengan lahapnya tanpa belas kasihan. Fuh.. Dia memang laju.. Tapi tak selaju shuttle speed camera handset Samsungku.. Hahaha..

Ayuh Shah, kita gi tempat Ah Fook.. Dia dah tunggu lama dah tu.. hehe..

Akhirnya, sampailah kami ke susur Simpang Ampat. Masa ni dah pukul 5:33 petang.

Fuhh.. Penat ke..? haha.. baru sampai Simpang Ampat.. Hehehe..

Mana Ah Fook? Haaa.. Tu diaa...

Nak mengenali Ah Fook dari jarak dekat? Haa.. Ni dia.. Hehehe.. Muka alaa sinyummm maa.. (Lawa seat..!!)

Orait, jom on da bike..!! Sebelum tu, kasi sekali lagi swafoto.. (tinggi wooo windshield Ah Fook..)

Selepas jumpa Ah Fook, kami meneruskan perjalanan menuju Senawang.

Peace yoo...

Ah Fook dari pandangan Posterior.. Huhu..

Pergh... Memang best woo dapat ride sama-sama.. Hahaha..

Keriangan jelas terpancar di wajah cikgu Helmi bilamana dapat kembali ride bersama rakan-rakan seperjuangan..

Eh, dah masuk Negeri Sembilan dah.. Haa.. Dah tak jauh dah susur Senawang tu..


Masih lagi atas highway.. Hehe..

Peace yoo.. haha.. Steady eh Fook.. Dengan windshield tinggi, pasti perjalanan lebih lancar tanpa tanparan angin yang kuat

Ayuh beraksi lagi.. Haha.. Maklum le nak rembat laju-laju tak dapat sebab cikgu Helmi punya motor masih dalam pantang..

Ayuh kita beraksi lagi sementara Azman kat belakang cuba memecahkan halangan angin yang merempuh muka beliau..

Lagi 1km nak sampai tempat terjun gaung.. Hehe..

Cuaca petang ni pun agak baik dan langit pun cerah je.. Santai-santai je ride kali ni.. Hehe.. (aku sambung taip esok la ye.. Mata ngantuk lak..)

Orait.. Bersambung lagi kita dalam episod Ride Kopi Mansur.. Hehe.. So, kami masih lagi meneruskan perjalanan dan kami akan exit menuju Senawang kerana lokasi Kopi Mansur adalah dari Senawang menuju ke Kuala Pilah.

Sedang asyik masyuk ride, aku terpandang objek besau datang dari arah belakang. Bila diamati betul-betul, sebuah bas dengan kelajuan melebihi NMax aku sedang meluncur melepasi aku dan rakan-rakan yang lain.. Hehe.. Kasi snap sekeping buat tatapan sahabat aku, Wan Bas.. Hahaha..

Kasi sekeping lagi gambiran bas, khas buat Wan Bas yang mungkin sedang bekerja di saat ini.. Hihi..

Sementara dua buah bas sedang meluncur laju menuju utara, kami pula exit simpang Senawang.. Waaa.. Dah nak sampai dah ni..

Melalui laluan motor kat Tol Senawang.. Dapat rasa agak sempit laluan ni.. Huhu..

Orait, kita dah melepasi tol Senaang. Dikhabarkan dari Ah Fook, kami akan bertemu Amad (NMax) kat Shell selepas Tol Senawang. Tapi.. Kalau diikutkan, Shell tu dah menuju masuk highway balik. Haha.. Acaner nie..? Ah.. Apa-apa hal, kasi swafoto sekali lagi untuk ke berapa tah.. Lupa dah..

RR = Rider Racing Sport Rider 125i.. Bapak jimat minyak motor ni.. huhu..

So, aku mencadangkan kepada Ah Fook yang kita cari meeting point yang lain lah. Erm, Petronas barangkali.. Kasi Ah Fook leading dulu lah..

Besau Mydin kat Senawang ni..

Perjalanan diteruskan lagi, mencari tempat untuk berjumpa Amad..

Dan adakala berhenti seketika untuk mencari hala tuju.. Eh, dah jalan 83km dah tapi masih belum turun pun lagi bar minyak eh..? Hurm.. hahaha..

Dan akhirnya jumpalah satu stesen minyak Petronas sebelah kiri jalan. So, kita tunggu Amad kat sini lah ye.. Jam sekarang dah menunjukkan 6:33 petang dah.. Tegak je posisi Cikgu Helmi.. Hahaha..

Okeh, kasi aku plak berswafoto dengan MCX aku..

RS150R milik Azrul yang dikhabarkan bakal merentasi sempadan Malaysia - Thailand nanti.. Haaa...

Ni lah dia stesen minyak Petronas Matahari Heights.

Kira-kira 10 minit selepas tu, muncullah Amad dengan BNS beliau.. Lawa.. Siap ada spot light lagi..

Amad kata dia nak swafoto dengan Ah Fook.. Haaa.. Silakan.. Silakan..

Jom Mie kita gerak sekarang.. Jam dah hampir pukul 7:00 malam dah ni..

Maka tanpa berlengah masa, kami semua pun menuju ke Kopi Mansur. Kedai kopi ni terletak betul-betul selepas selekoh highway LEKAS nak menuju ke Kuala Pilah.

Haa... Ni lah dia Kopi Mansur. Kami sampai sini jam 7:05 malam..

Apapun jom kita parking motor dulu ye..

Sambil parking, sambil tangkap gambar VAN.. Hehe.. Hensem tak dia..?

Berdiri dari kiri : Ah Fook, aku, Cikgu Helmi dan Amad.. Hehehe..

Haaa.. amik tempat duduk dulu ye.. Sementara menanti kopi yang dipesan tadi, jom kita layan borak dulu.. Hehe..

Yeahhh...!!! Man dah tak sabau nak menghirup kopi Mansur yang sedap tu.. Yeahhhh!!!!

#kopitumpah, #kopipowermrmanshor, #kopileleh

Suraupun disediakan di sini untuk umat Islam menunaikan solat..

Suasana sekitar gerai Kopi Manshor..

4 minit menanti dengan penuh debaran, maka tibalah minuman yang dipesan..

Fuhh.. Betul-betul leleh siot..

Ni pula yang berais.. Nampak macam sedap.. Hurm.. Apapun jom kita hirup dulu.. Slrpppppp....!!!

Eh, ada campuran Fatimah yang kena kacip ke..? Hehe.. Mungkin ianya hanya sekadar stiker kot..?

Takpelah, moh kita cuba dulu..

Sementara aku order yang sejuk, Man pula order yang panas. Disebabkan untuk kasi kopi lambat habis, kena minum macam ni lah jawabnya.. Sebab kopinya sedap sangat-sangat.. (Itu pendapat Man la.. Aku ni bukan seorang penggemar kopi..)..

Kira-kira 23 minit selepas tu, bro Megat pula tiba.. Sila-sila.. Kasi order dulu ye..

Untuk memudahkan diorang sediakan makanan, kami sepakat untuk order menu yang sama.. Nasi lemak ayam.. hehe.. Tadaa.. Dah sampai dah.. Jom kasi tala dulu..

Posing lapar tetapi tetap bergaya.. Yeah..!! Bos sayang Man.. Auwmmm...

Sebelum makan, jom le kita baca doa dulu ye.. Hihi.. Amin..

Aku pun nak masuk juga.. hehehe.. Enterprem la sekali..

Sedap tak Mie..? Sedapppp...!!! Fuhh..

Fook, makan dulu.. Lepas makan baru jawab call eh.. Hihihi.. Jgn marah sifu Ah Fook..

Sedap ko bey..? Memey sedap..!! Sedap sengoti.. Uuuu...

Bro Tun pula tiba lebih kurang jam 7:45 malam.. Dia datang ngan Kawasaki GTR.. Wow...

Takpelah.. Jom kasi order lagi.. Haha.. Apa yang Amad musykilkan kepada bro Tun tu..?

Erm.. Ada satu kemusykilan la.. Ni sikat sapa ni..? Tiba-tiba aku terpandang sikat ni.. Macam pernah tengok le.. Hahaha..

Topik demi topik, kita bincangkan dan bahaskan kat sini.. Sambil menghirup kopi yang sedap dan segar..

Lebih dua jam kami di sini.. Dan sudah tiba rasanya kami mengundur diri.. Bang, kira berapa..?

Selepas di kira, ni lah kerugian kami malam ni.. Huhu.. Ok la tu harganya takde la mahal sangat.. (Err.. Errr...Err... )

Sebelum beransur pulang, jom kita selfie semua sama-sama.. Cak..!!

Dengar kata ada beberapa orang ahli dari NM1M dari Kula Lumpur juga datang ke Kopi Mansur tetapi memandangkan masa dah agak lewat, kami semua terpaksa gerak dulu lah.. Tak sempat pula nak jumpa diorang..

Tapi aku kena singgah sekejap kat Sate Tulang Senawang sebab nak tapaukan sikit untuk orang rumah. Aku sampai sini jam 9:52 malam.. Sempatlah aku tapau sate dulu ye..

Wah, kebetulan pula malam ni ada perlawanan bola separuh akhir antara Malaysia dengan Indonesia untuk sukan SEA.. So, sementara tunggu pesanan siap, sempat la Azman, Shah, Azrul dan beberapa yang lain tengok bola dulu.. Hihi..

Tengah dok tunggu sate, tiba-tiba datang seseorang tegur aku.. Eh, bro Shahmie dari NMax Brotherhood.. Hahaha.. Tq Mie sudi tegur tadi. Kalau awak tak tegur tadi, memang saya tak perasan dah.. Hihi.. Kirim salam pada bro Fendy sama ye..

Kasi bakar lagi.. Bakar.. Bakaarr....!!!

Selepas lebih 30 minit menunggu, akhirnya siaplah pesanan sate tulang aku. sebelum gerak balik Melaka, sempat sekali lagi kasi selfie dengan Geng NMax Brotherhood.. Nanti lain masa dan ketika, kita jumpa lagi ye..

Okay, dah tiba masa untuk kita kayuh motor masing-masing pulang ke Melaka.. Tapi, kami dikhabarkan geng NM1M dah sampai kat Kopi Mansur.. Haaaa.. So, jom lah kita ke kopi Mansur sekali lagi. Bukan untuk minum, tapi untuk bersalam-salaman dengan geng NM1M..

Jadi, untuk tidak menghampakan harapan kawan-kawan, kami pusing semula dan bergegas ke kopi Mansur sekali lagi.. Haha..

Kami kat sini sekejap sahaja.. Cukup sekadar bersalam-salaman. Goll...!! Alhamdulillah, Malaysia menang 1-0 dengan Indonesia.. Hehe.. Ajomm selfie sekali.. Sempena kemenangan Malaysia malam ni.. Hihihi..

Ok gais, kami kena gerak dulu ye.. Hari pun dah beransur malam.. Dah jam 10:41 malam dah. Ayoo.. Jam berapa nak sampai Melaka ni..? Hahaha..

Crett cett.. cettt... Vrommm.. Jom kita golek tayau.. Haha.. Azman, Shah dan juga Azrul dah tunggu kami kat Shell sebelum Tol Senawang..

Dipendekkan cerita, kami semua singgah dulu kat Shell Senawang sementara Cikgu Helmi nak topup minyak dulu..

Azman pun kelihatan ceria tu.. Maklum lah perut dah kenyang.. Balik nanti katanya nak tengok bola dulu kat kedai mamak.. Hehe.. Jom la kita..

Sebelum gerak, bro Megat dapati tayar belakang motornya macam tak cukup angin.. Pancit ke..? Tahlah, Ah Fook tengah check tu..

Lepas Ah Fook check, kasi tuan dia pula check.. Hehe.. Ooo.. Mungkin ada bocor halus.. kasi pam sekali lagi.. Sebenarnya Megat akan ride sama-sama kami semua menuju selatan dan dia akan exit menuju Rembau dan kami semua akan terus ke Melaka..

Kami melewati Tol Senawang dah agak lewat. Jam pun dah melepasi 11:00 malam dah. Ayuh kita pulang..

Yeahh!! ke kiri lah.. Kalau ke kanan nak ke Kuala Lumpur pula.. Haha..

Ride waktu malam ni memerlukan lebih fokus memandangkan pandangan kita agak terhad kat jalanraya.. Cuaca malam ni pun agak sejuk.. Huhu..

Sorrylah gambau waktu malam agak kabur.. huhu..

54 minit juga kami mengayuh sebelum sampainya kami kat Tol Ayer Keroh..

Kami bersalam-salaman kat sini dan masing-masing pulang ke sarang masing-masing.. Terima kasih buat semua peserta ride kali ni kerana sudi sama-sama redah highway semata-mata untuk menikmati keenakan kopi Mansur.. haha.. Insya'Allah ada masa dan ketika, kita ride lagi ye..

Aku sampai rumah tepat jam 12:31 malam.. 

So, secara keseluruhannya mengikut meter motor aku, penggunaan minyak untuk ride sejauh 186 km malam ni adalah 2.2 Liter untuk 100km perjalanan. Erm, agak jimat juga lah jika ride dalam kelajuan yang sederhana.. Hehe.. So, sehingga jumpa lagi ye dalam kisah ride yang akan datang.. Nak ke mana pula lepas ni? Hurm, entahlah.. Nak cross border ke..? Tunggu dan lihat ajelah ye.. Hihi..

Jumpa lagi ye..

Adios...

-PokNik-
MasukGear


5 comments:

  1. HAHAHAHHAH kene pergi tempat terjun gaung tu. amik gambor dari atas ...
    lepas ni ride ke Siam pulak. Geng Bawang go international!!

    ReplyDelete