Tuesday 5 December 2017

Ride Ke Krabi, Thailand 2017 (Hari Kedua)

10.11.2017 (Sabtu)

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Erm.. Sorry lah aku ambil masa agak lama untuk sambungan hari kedua ni. Harap korang tak jemu membaca sama-sama kisah kami ni ye.. Hehe.. Huarghhh... Pagi ni aku bangkit awai sikit. Maklum lah mana tau kot-kot geng malam dah sampai ke belum.. Erm, aku dah kasi lokasi homestay ni kat diorang. Tunggu diorang sampai ajelah. Sementara itu, Bro Helmi The Dragon ada bagitau yang dia nak keluar sat. Nak gi sarapan katanya. Erm, Bro Shah pula keluaq sat. Dia pi servis mutu dia sat. Tinggailah aku sorang-sorang.. Huwaaa...

Sementara menunggu Bro Helmi The Dragon balik dari sarapan, aku duk layan tibi je la.. Erm, tapi rasa macam lama plak Bro Helmi The Dragon keluaq.. Dia pi mana tu? Sarapan ka atau melencong ke tempat lain? Dia habaq dia ada beli sarapan untuk kitorang sekali. Tapi kami tunggu ja dia balik ni.. Tapi belum sampai-sampai lagi ni haa.. Hehe..

 Laa.. Rupa-rupanya sempat lagi dia p sembang borak dengan orang kampung yang tengah duk mancing. Hahaha..


Memang betui-betui jadi orang kampung sini dah Bro Helmi The Dragon.. Hehe..

Alhamdulillah, coccyx aku takde la rasa sakit sangat sebab malam tadi selepas makan malam, aku telan dua biji ponstan sebelum tidur. So, bangun pagi ni memang rasa segar je. Perjalanan semalam sejauh 667.2km tu tak terasa sangat kepenatannya.. Haha..

Lebih kurang dalam jam 9:15 pagi juga lah Bro Helmi The Dragon sampai rumah. Dengan membawa dua bungkus nasi lemak ayam bersama dua plastik teh tarik ikat mati, menjadikan perut aku dan Shah kekenyangan pagi ni. Tapi kata Bro Helmi The Dragon, harga sarapan kami amat murah. Haha.. Dah siap makan, kita lepak jap lah tunggu geng malam tadi sampai. Anyway, thanks alotzz buat Bro Helmi The Dragon kerana meraikan sarapan kami pagi ni.. Haha.. Murah rezeki ko Mie..

 Sedang asyik masyuk layan perasaan, tiba-tiba keheningan pagi kami diganggu dengan gegak gempita jeritan dari ekzos Honda RS Bro Helmie dan FZ milik Faiz Mustakim. Wah, diorang geng malam dah sampai la.. Haha.. Jom masuk homestay dulu..

 Diorang tiba tepat jam 10:35 pagi. Sementara menanti waktu check out, kasi la diorang geng malam rehat dan tidur sekejap barang seminit dua.. Hehe..

Bila jam di tangan dah menunjukkan pukul 11:40 pagi, aku terpaksa kejutkan diorang semua. Masa untuk check out dah hampir tiba. Ataupun dengan erti kata lain, kita dah nak kena gerak cross border dah ni. Wah, hati mula excited dan membuak-buak je rasa nak cross border. Haha, maklum la ni kali pertama aku masuk Siam dengan motor aku. Hehe.. Dolu-dolu kala, pernah juga aku masuk Siam tapi dengan kereta. Ni pula nak cuba dengan NMax.. Hehe.. Jom-jom..

 Selepas doa selamat dikepalai oleh Azrul, kami mula MasukGear menuju border Wang Kelian jam 12:15 tengahari.

 Cuaca pagi ni.. eh.. tengahari ni amat baik sekali. Panas dan terik je.. Tapi tak terasa bahang panas mentari tengahari ni kerana bahang nak masuk Siam lagi kuat rasanya.. Hehe..

 Sempat juga Faiz Mustakim bersama Bro Helmi The Dragon menunjukkan tanda peace yo.. Haha..

 Jarak antara border Wang Kelian dan homestay yang kami menginap tu takde la jauh sangat. Lebih kurang 41km je. Jom kita teruskan perjalanan menuju sempadan Malaysia - Thailand.

 Aku lebih suka berada sekejap depan dan sekejap belakang supaya gambiran-gambiran teman seperjuangan tidak tercicir ditelan arus masa.. phuih.. haha.. tah apa aku tulis ni..

 Ada kalanya kami layan korner juga, lebih-lebih lagi jalan Kaki Bukit ke Wang Kelian.. Huhu..

 12:57 tengahari, kami sampai kat Caltex Wang Kelian, stesen minyak terakhir sebelum kita cross border.

 Sempadan Malaysia - Thailand hanyalah 3.5km dari stesen minyak Caltex ni. Wah, dah tak jauh dah. Dekat sangat dah tu. Oklah, selesai kasi full tank kat sini, kita rehat sekejap ye.

 Sementara waktu rehat yang ada, sempat juga kami abadikan stiker Geng Carrot kat sini dan orang yang bertanggungjawab untuk abadikan stiker ini adalah tak lain dan tak bukan iaitu Bro Helmi The Dragon. Yeahhh..!!!

 Tudia.. Sempat jua kami abadikan kenangan Geng Carrot kat situ. Walaupun agak senget, tapi stiker tu tetap legend.. Terbaeik.. Hahaha..

 Hahaha.. Aku pun nak abadikan juga kenangan kat sini.. Hihi..

 Selepas siap kasi full tank untuk NMax dan tampal stiker Geng Carrot, boleh lah aku basahkan tekak sekejap sebelum gerak. So, kerugian aku kat sini adalah RM9.00 untuk 3.90 Liter petrol dan juga RM3.50 untuk air Nescafe bersama roti sudipp kapp.. Hehehe..

Ok..!! On da bike..!!!!

 Selepas beberapa minit perjalanan dari Caltex Wang Kelian, maka tibalah kami kat Sempadan Wang Kelian. So, kat sini kita keluarkan dulu siap-siap passport kita kerana nanti passport kita akan di scan kat imigresen Malaysia.

 Ok, apabila passport dah ready, pegang passport tu (atau kalau nak gigit pun boleh..) dan terus memandu atau menunggang motor ke kaunter Imigresen Malaysia. Sampai je kat kaunter tingkap, huloq je passport anda. Diorang akan scan je, pastu kasi balik passport tu kat kita..

Orait, part belah Malaysia dah settle. So, dah siap scan passport, terus memandu atau menunggang mutu anda ke belah Thailand pula. Bila dah cross sikit border Malaysia - Thailand, parking dulu kenderaan anda. Haa.. Kat sini ada beberapa prosidur dan juga wang basahan tekak yang perlu disediakan. Relaks.. Nanti aku bagitau satu per satu..

 Baiklah, motor dah parking kan..? So, keluarkan passport korang berserta dengan Arrival and Departure Card 2 salinan.. Dan juga borang TM2 dan TM3. Dan jom kita beratur kat Imigresen Thailand. (Psst.. Jange lupo deh duo rial buh dale passport.. Hehe..)

Orait, kat sini, nanti pihak Imigresen Thailand akan ambil borang Arrival, dan TM2 dan TM3 akan dichop dan diambil untuk arrival.. serta passport akan dichop masuk. Harus diingat, jangan dicicirkan borang yang ada ni, kerana ianya akan diserah balik ketika kita keluar dari Thailand nanti.

Ok, dah selesai urusan imigresen Thailand. Sekarang ni kita nak kena selesaikan urusan Kastam Thailand pula iaitu urusan kemasukan kenderaan ke negara Siam. Ok, sebelum proceed ke kantor Kastam Thailand, sila keluarkan geran kenderaan anda, beserta dengan butiran kenderaan yang anda beli kat JPJ dulu tu la.. Lepas tu keluarkan sekali mana-mana borang yang masih ada dan passport yang dah dichop tadi. Hahaha.. Dah sedia semua dokumen tersebut, terus ke bilik Kastam Thailand yang terletak bahagian hadapan hujung sedikit bangunan tu. Pintu ada kat tepi tu. Dah ketuk, masuk le. Pastu serahkan dokumen-dokumen yang perlu tu kat diorang. Oh ya, jange lupo deh sini nok keno bui limo rial.. Haha.. Selitlah dale passport bulih, bui tange pun bulih. So, satu soalan je dia tanya aku, warna motor.. Haha.. Dan dah siap nanti diorang akan kasi satu borang printed dengan tulisan cacing.. Huhu.. Declaration form katanya.. Semua borang yang ada tu, simpan lah elok-elok ye..

Haa.. Ni dia contoh borang dia.. Aku amik kat internet je ni.. Hehe.. Aku punya lupa nak snap. So, borang ni jaga elok-elok. Buat lah macam nyawa sendiri. Hilang kalu, banyak masalah masa nak keluar nanti..

 Ok, semua dah selesai, jom kita swafoto beramai-ramai.. Haha.. Opss.. Mana bro Helmie RS pergi..?

 Yeah..!! Kami dah sah masuk Telen dah.. Yeehaaa...!! Hehe..

Bila semua dah selesai, kami take 5 jap. Aku nak setup roaming simkad Digi aku jap. Shah pun sama. Sebelum kembara Telen ni, aku dah activate siap-siap dah roaming untuk simkad aku. Atas pakej postpaid aku, aku dapat free roaming untuk panggilan 60 minit ke Malaysia dan juga roaming data 5 GB.. Haha.. Nak details lebih lanjut, klik sini.. Hehe.. Tq DiGi..

Kalau kat belah Siam, kami dikehendaki pilih DTAC TriNet untuk disambungkan line handset Digi

Dan bila dah siap sambung, akan keluar huruf R menandakan ianya dah tersedia Roaming. Yeahh!!

 Bila dah siap setup roaming handset aku, tiba-tiba aku terpandang sesuatu kat dalam semak.. Haaa.... Batu sempadan antara dua negara laa..

 Malaysia belah sini..

 Sini pula Thailand.. Hehe..

 Apa-apa hal, kasi abadikan dulu lah kenangan kat sini..

 Shah ada tunjuk kat sana tu ha ada lagi yang lagi besar.. Hehe.. Tapi, aku dah malas nak ke sana.. Sebab semua dah tak sabar nak mulakan perjalanan ke Krabi. Kita dah berada kat Telen dah ni.. Hehe..

 Orait, semua dah ready..? Jom kita... Doo doo dooo doo ter tham... Yeah..!

 Ride kali ni dikepalai oleh Azrul selaku penunjuk arah kita.. Aku tak tau pun mana arah nak ke Krabi. Tapi kalau dah terpaksa, aku guna je la Google Maps.. Haha.. Data dah ada.. Hehe..
p/s : Shah, beg belakang hang nak jatuh tu.. Senget jee aku tengok..

 Cuaca di bumi Siam ketika ini sangat baik. Ada juga gumpalan sang Komulonimbus berarak di ufuk langit..

 Terus ke atau belok kanan..? Haa.. Kita ikut kepala depan. Dia terus, kita terus. Dia belok, kita belok.. Hihi..

 Perut dah lapar. Jam pun dah menunjukkan pukul 2:30 petang (waktu Malaysia) dah. So, kami singgah dulu di satu kedai makan untuk isi perut kami pula. Lokasi kedai ni adalah dalam kawasan Chalung, dalam Wilayah Satun, bersebelahan dengan Tesco Chalung.. (gps loc : 6.7255340, 100.0661120)

 Aku makan nasi campur ja dengan teh ais dan ais kosong. Kerugian kat sini adalah THB55 (RM7.05).. Erm, harga agak berpatutan jugak lah.

 Selepas 45 minit kami kat sana, kami teruskan kembali perjalanan. Lagu Doo doo doo do ter tham masih terngiang-ngiang kat telinga ni.. Hehe.. Ah, layankan ajelah..

 Perut sudah kenyang, hati ada senang.. Yeah..!! Good.. Good..

 Tapi arakan awan nano tu membuatkan hati tadak senang.. Huhu.. Tapi kami teruskan jua perjalanan. Nanti hujan turun kang baru kita benti dan simpan segala barang-barang yang tak kalis air.. Hehe..

 Sepanjang perjalanan, aku perasan mamat ni macam ada sedikit nak provoke ke apa tah aku pun tak tau. Sekejap dia laju.. Potong konvoi kitorang dan duduk kat tengah-tengah dalam konvoi kitorang. Pastu dia slow balik. Aku potong dia jauh dan maintain balik 90kmj. Kemudian dia datang balik, potong aku dan duk kat depan.. Haha.. Aku buat tak tau je lah. Tanak layan dia. Maklum la negara dia.. Mungkin dia sakit perut nak ehem-ehem kot..?

 Tengah syok layan perasaan, awan nano makin banyak dan menuju ke arah kami. Dan terasa titisan halus butiran air dah mula jatuh ke bumi..

 Apa lagi, kami stop sekejap kat tepi. Simpan handset dan wallet bawah seat motor. Thanks to Yamaha kerana buat storage yang besar bawah seat untuk model NMax.. Hehe..

 Siap simpan semua, jom kita teruskan kembali perjalanan ni..

Hujan tak lebat pun. Datang sekali lalu je. Pastu dah berhenti dah. Dan kadang-kadang tu dia turun balik. Hehe..

 Ada masa dan ketika, hujan turun sangat lebat. Huhu.. Nasib baik siang lagi. Nampak juga la jalan..

 Macam tadi lah, kejap kang dia stop balik.. Huhu..

 Selepas lebih kurang 90 minit ride, akhirnya kami singgah sekejap kat stesen minyak PTT untuk isi minyak pula. Seluar dah basah ni.. Hihi.. Lokasi PTT ni adalah dalam kawasan Thung Yao, Palian iaitu dalam Wilayah Trang (gps loc : 7.208240, 99.716705)

 Hurm.. ??? Apa yang Azrul sedang fikirkan tu..? Bro Helmi The Dragon dah siap isi dah manakala Faiz FZ tak isi minyak pun. Pehh, maklum la tangki FZ beso..

Shah pun kasi full tank motor dia dan aku pun sama. So, kerugian minyak kat sini untuk NMax aku adalah THB90.00 (RM11.55) untuk 3.13 liter. Aku isi Gasohol E10 je lah. Murah..

 Sambil orang lain isi minyak, kita pau dulu apa yang ada.. hehehe

 Yezzzaaaa.. Lepas isi minyak, kita posing plak.. Haha.. Posing maut, khas dari Bro Helmie RS

 Inilah dia harga minyak semasa kat Thailand. So, tadi aku isi 95 Gasohol E10 (kaler oren tu) dan harga seliter adalah THB28.76 (RM3.70).. Pehh.. Walaupun murah, tapi mahal jugak wooo.. Hehe..

 Yeah..!! Masih jauh perjalanan kita ni.. Huhu..

 Shah gelak sambil berkata, "Haa haa haa.. Helmet sangkut.. Pehhh".. Hehe.. Sorry bro.. Gurau2 je eh..

 Jom selfie sekali sama-sama..

 Sian dia penat.. Tidolah ye.. Malam nanti leh berjaga pulak.. Haha..

 Selepas 20 minit stop tadi, kami teruskan kembali perjalanan.

 Masa dalam perjalanan, kadang-kadang hujan turun dengan lebat, dan kemudian ia berhenti..

 Mentari pula memanchorkan cahayanya bila awan hilang dari halangan..

 Filing gud..? Yeah.. Gud lah sebab tak hujan dah.. Hihi..

 Aksi Bro Helmie RS dan Faiz FZ yang sempat aku rakam.. Phieww..

Selepas kira-kira sejam kami ride, barulah kami perasan yang kami dah tersasar dari landasan laluan yang benar. Aiseh, macam mana nie? Apa-apa pun, swafoto dulu satu kali.. Hehehe.. Jam dah pukul 6:00 petang (waktu Malaysia) dah ni..

Erm, takpe.. Kita tengok Google Maps dulu.. Nanti sat nak ambik henset.. Sekarang ni kami berada di Route 403 berdepan dengan Wat Tangkhapum Putthawat. Kalau kami maju depan sikit lagi, boleh tengok The First Rubber Tree in Thailand.. Hehe..

Kami tersasar agak jauh. Lebih 20 km dari jalan yang perlu kami lalui. Dan kami juga hampir-hampir nak sampai kat Stesen Keretapi Kantang.. Hanya 1.3 kilometer je lagi. Takpe, adat la tu dalam mengembara, pasti ada tersesat haluan. Bak kata pepatah Melayu, "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan".. Susah senang kita hadapi bersama.. Huhu.. Emo pulak.. Haha..

So, jom kita pusing balik dan cari Rute 4008 kerana Route ni akan bawa kami ke Route 4046.

Sebenarnya dari Route 404 tadi (jalan depan Trang Airport), kami belok kiri ambil Route 419 dan sepatutnya kami terus cari Route 4046. Tapi kami tersalah simpang. Terlalu awal kami ambil simpang, langsung terus kami masuk Route 403.. Huhu.. Takpe, jom kita cari jalan ke Krabi. Yeahhh!!

Hari semakin gelap, matahari dah mula menghilang dari pandangan kami

Namun perjalanan harus diteruskan demi untuk mengejar masa. Perut dah mula terasa keroncongnya, tapi ku tahan Jebat.. Huhu.. Bukan setakat perut rider je kena isi, jentera kami semua pun nampaknya dah derhargaakan bahan bakarnya demi untuk membawa kami sampai ke destinasi..

Kira-kira jam 7:25 malam (Waktu Malaysia), tibalah kami kat satu stesen minyak mana tah. Huhu.. Oh ya, PTT ni adalah PTT Sai Khao, terletak tepi Route 4 (Phetkasem Road) , dalam daerah Khlong Thom, iaitu dah berada dalam Wilayah Krabi, Thailand. (gps loc : 7.750883, 99.256993).. Eh, dah masuk Wilayah Krabi dah..? Yeahhh!! Dah tak jauh dah tu.

Klick..!! Selfie dulu untuk ke sekian kali.. Hehe.. So, kerugian kat sini adalah THB93.00 (RM11.95) untuk 3.23 Liter.

Sedang berehat sebentar untuk memulihkan tenaga yang hilang, aku terpandang satu mesin ATM cucuk duit macam pondok telefon je kat luar bangunan. Takde pula orang bom ke.. Tarik pakai 4wd ke.. Haha.. Kalau kat Malaysia ni, rasanya dah lama arwah mesin duit ni.. hihi..

Ok, jam dah hampir pukul 8:00 malam (waktu Malaysia) dah. Kita kena gerak kembali menuju hotel yang telah ditempah.. yang mana yang pastinya sedang menunggu kehadiran kami. Adeh.. Berbelit pulak nak baca.. Hihi..

Sekali-sekala hujan turun membasahi kami. Dan sekali-sekala ianya berhenti, seolah-olah memberi laluan kepada kami untuk mencari lokasi hotel tu.

Ayuh.. Teruskan usaha untuk mencari hotel Rooms Republic. Ianya terletak dekat-dekat je dengan pantai Ao Nang, Krabi (gps loc : 8.041470, 98.816977)

Selepas berhempas pulas, akhirnya sampailah kami kat hotel Rooms Republic. Dengan pakaian yang hampir lencun, kita check in hotel dulu lah. Kita letak beg dulu pastu siap-siap untuk keluar makan pula.. 

Sian aku tengok Pais.. Ride sepanjang hari untuk hari ni.. Pehh...

Inilah dia keadaan bilik kami.. Cantik, luas dan ada balkoni (walaupun balkoni mengadap bangunan belakang..) haha..

Ini pula sabun mandi dan shampu.. Sekarang ni diorang dah tak kasi miniature shampoo dan shower gel dah..

Ini pula sinki. Sapa yang tak kenal bendaalah apa ni, datang jumpa aku.. haha..

Ini pula sekitar depan receptionist.. Ada meja pool lagi.. Nak main? Bayo arr..

Bahagian belakang nun hujung jauh di sana dekat dengan tulisan Rooms Republic tu ada swimming pool kecik. Ada juga jakuzi sebelah swimming pool tu.

Secara keseluruhannya, hotel ni agak baguslah. Harga satu malam pun takde la mahal sangat. Erm, kalau tak silap aku harganya satu bilik untuk satu malam adalah THB950.00 (RM122.10).. Cuma yang menjadi masalah sikit adalah hotel ni takde lift bro.. Waaa... Nak kena panjat tangga tu.. Huhu.. So, kalau ada sapa-sapa ke Krabi dan bawa orang tua, hotel ni tak disarankan.. Kesian nanti orang tua kita nak kena panjat tangga.. Haish..

Oklah, kita tinggal dulu pasal hotel tu.. Jam dah pukul 10:06 malam (waktu Malaysia) dah. So, jom lah kita jalan-jalan dulu sekitar pekan Ao Nang, Krabi..

Sambil-sambil tu, ada juga yang berhajat nak beli jus pisang fresh.. Fuhh...

Ok, sekarang dah sampai masa untuk order makanan. Perut dah semakin berkeroncong.. Memaksa kami untuk memendekkan masa pusing sekitar pekan Ao Nang.. Apa-apa hal, jom kita order dulu.. Haa.. Pilih lah nak makan apa dalam menu tu..

Oder ikut sorang-sorang eh.. Haha.. Nasib baik tukang ambil oder boleh cakap Melayu. Tapi Melayu pelat loghat Kelantanlah sebab dia asal Narathiwat kalau tak silap aku..

Aaa.. Pening kawe weh nok makey gapodio nih...

Orait.. Oder dah settle (kecuali Shah yang belum settle order).. Jom kita abadikan kenangan kat sini.. Nama restoran ni adalah Bangboo Halal Seafood Restaurant.

Alamat : 420/14-15 4203, Tambon Ao Nang, 
Amphoe Mueang Krabi, Chang Wat Krabi 81000, 
Thailand

GPS loc : 8.034944, 98.830140

Suasana makan kat sini agak best.. Cuma, harga makanannya mungkin agak mahal la bagi aku. Tapi takpelah, biasa la tu tempat tumpuan pelancong..

Haa.. Ni dia nasi goreng belacan.. Hehee.. Sedap jugak.. Hihi.. Nyum-nyum..

Kelihatan Pais FZ sedang asyik pula bersembang dengan Bro Helmi The Dragon.. Haha.. Jom la makan dulu bro..

So, lepas makan, sudah tentulah perut kenyang. Bila dah perut kenyang, pastilah rasa suka hati.. Haha.. Tapi, kocek seluar je yang tak berapa nak suka hati. Huhu.. So, jumlah kerugian aku kat sini adalah THB247.00 (RM31.75) hanya untuk nasi goreng belacan + teh ais + ais batu + air mineral botol kecik. Berbaloi tak..? Haha.. Berbaloi lah tu.. Makan kat tempat orang, kena redho lah dengan harganya.. Hehe..

Sebelum balik hotel, kasi selfie satu kali lagi depan kedai makan tu.. Huhu..

Selepas semua kenyang, kami balik hotel lah.. Ngantuk dah ni.. Nak tido dah ni.. Jam pun dah menunjukkan pukul 12:30 tengah malam dah (waktu Malaysia)..

Sebelum tidur tu, jom lah bantu aku buat kira-kira perbelanjaan aku untuk hari ini eh..

Minyak @ Caltex Wang Kelian = RM 9.00
Minuman @ Caltex Wang Kelian = RM 3.50
Urusan kastam dan imigresen Thai = RM 7.00
Makan kat Chalung, Satun = RM 7.05 (THB 55.00)
PTT Thung Yao = RM 11.55 (THB 90.00)
PTT Sai Khao = RM 11.95 (THB 93.00)
Bangboo Restaurant = RM 31.75 (THB 247.00)

So, total perbelanjaan untuk hari ini adalah RM 81.80

So, seperti semalam, sebelum masuk tidur, aku dedikasikan video ni khas untuk korang semua (hari kedua pulak la).. Selamat menonton.. Hehe..


Oklah, sampai sini dululah untuk hari ini.. Mata dah ngantuk dah. Esok nak gerak ke Krabi Bike Week dan seterusnya ke Danok pulak.. hehe.. So, kita jumpa esok eh.. Bye-bye semua.. Selamat malam..

Adios..

-PokNik-
MasukGear


2 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha.. Aku ni.. Tulis cerita macam ni.. Sekadar buat kenangan je Mie.. Bila kawan-kawan baca dan rasa seronok, sudah cukup memadai bagiku.. Itulah habuan buat aku..

      Delete