Tuesday 24 July 2018

[Throwback] Tengkujuh Ride 2017/2018 (Hari Pertama)

Assalamualaikum, selamat malam dan salam perpaduan buat semua pembaca setia MasukGear. Apa khabar semua..? Diharap semoga semuanya sihat lah ye di samping yang tersayang. Dan aku harap masih ada lagi yang setia membaca coretanku untuk kali ini.. Hehe.. Erm, rasa agak kekok pula sebab dah lama tak menaip dan mengarang cerita merapu ni. Hurm.. Sekejap je menaip dah rasa kebas dah jari-jemari ni. Haha.. Tapi takpelah, bolehlah korang cari pop corn dan sambil meratah pop corn tu, jom sama-sama menelaah cerita yang bakal aku ceritakan nanti.


Orait, cerita ini adalah cerita ride sekumpulan Geng Onion atau juga dikenali dengan nama jolokan Geng Bawang, ke negeri Cik Siti Wan Kembang.. Dan ride kali ini adalah sebagai ride penutup 2017 serta ride menyambut kedatangan 2018. Haaa... Ride yang bertarikh 30.12.2017 - 01.01.2018 ini bermula dari Ayer Keroh, Melaka menuju ke Kelantan dan balik semula ke Melaka. Jom sama-sama kita ride ke Kelantan.. Zaasss....


30.12.2017 (Sabtu)

Ride ni sebenarnya dah lama dirancang. Lebih kurang sebulan sebelum kejadian. Selepas beberapa siri perbincangan dilakukan, kata putus diperolehi yangmana konvoi akan berlepas dari Ayer Keroh sebelah petang lah memandangkan pagi tu aku dan Kamen Rider masih bertugas. Ride kali ini juga dianggotai oleh beberapa orang Bawangians yang kentill dan berani menyahut cabaran. Antaranya ialah :-

Aku sendiri - Yamaha NMax 155
Kamen Rider - SYM 115SR
Mat Mata - Yamaha 135LC
Pais Spais - Yamaha FZ150
Semarak Api Membakar - Honda Wave Ultimo 125
Bro Helmi The Dragon - Yamaha NMax 155 (Sampai Senawang je..)
Bro Shah Rizan - SYM 125i (Bergabung meletop kat Kuala Lipis, Pahang)

 So, sebelah pagi, aku ngan Kamen Rider kena kerahan tenaga dulu lah. Kami kerja sampai jam 1:00 tengahari. Selepas itu, kami sepakat akan jumpa dan lunch dulu di kedai Bibik, Bukit Beruang..

 Dipendekkan cerita, lepas habis waktu kerja kami, aku dan Kamen Rider lepak dan lunch dulu kat kedai Bibik bersama dengan Bro Helmi The Dragon.. Ye lah, kasi full perut dulu lah sebelum full tank kan motor.. (Man, bila kau bersanggul tu? Macam ninja kamikaze pulak aku tengok..)

 Beberapa minit selepas itu, Pais pula datang.. Yang lain mana..? Oh, nanti kita semua akan berkumpul sekali lagi kat BhP Ayer Keroh untuk full tank kat situ.

 Orait, selepas makan, kami semua terus ke BhP dan akan berkumpul semua kat sana. Full tank dulu kat situ dan rehat sekejap. Jauh perjalanan yang nak ditempuhi nanti ni. Hehe..

 Ok, selepas semua ada, kita baca doa dulu semoga dipermudahkan perjalanan kami.. Dan bacaan doa kali ini adalah seperti biasa, dikepalai oleh Kamen Rider kita, Encik Meay.. 

Selepas selesai bacaan doa, kami semua memulakan perjalanan tepat jam 2:04 petang. Laluan kali ini adalah Ayer Keroh - PLUS Highway - MRR2 - Gombak - Karak Highway - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Kota Bharu dan jarak perjalanan yang akan kami tempuhi hari ini adalah melebihi 500km.. Phiew.. Jauh tu.. Huhu.. Takpe, jom kita mulakan kayuhan..

 Baru je masuk Tol Ayer Keroh, kelihatan kelibat penampakan makhluk merah yang besar.. Waa.. So, aku dedikasikan gambar bas Mayang Sari ni buat peminat tegar bas seantero Malaya, Wan @ Bas.. Yeah...!! (pstt.. Apa khabar Avantiz...? Hehe..)

 Baru beberapa minit perjalanan, kelihatan arakan awan nano yang jelas kat sana.. Menandakan hari mau hujan daa..

 Ride bersama bro Helmi The Dragon tak lama, hanya sekadar Senawang sahaja. Beliau ada hal lain yang tak dapat dielakkan. Terima kasih bro. Sudi ride dengan kami walaupun sampai Senawang..

 Selepas bersalam-salaman dengan bro Helmi The Dragon, kita teruskan kembali perjalanan dan hentian seterusnya adalah RnR Seremban.

 Dipendekkan cerita, kami tiba di RnR Seremban lebih kurang jam 3:10 petang. Aku dan Pais tak isi pun kat sini memandangkan minyak motor kami masih ada. Yang lain tu, silalah kasi full tank ye..

 Selepas siap isi minyak, kami rehat sekejap sambil kendurkan urat yang tegang.. Dan sempat juga lah kami berswafoto kat sini.. Haha.. Dah, jom on the bike...

 Selepas rehat seketika, kami teruskan semula perjalanan kami dan sekarang kami dah mula masuk MRR2. Keadaan trafik ketika ini agak sesak dengan kenderaan-kenderaan berat pun banyak juga..

 Sebelum sampai Ampang, hujan mula menunjukkan tanda seolah-olah bila-bila masa je dia akan turun. So, aku terpaksa simpan dulu lah keperluan lain yang tak kalis air.. Huhu..

Selepas simpan semua peralatan yang tak kalis air, kami mula redah hujan yang mula mencurah-curah. Sampai kawasan Tesco Ampang, bukan main lebat lagi hujan turun. Ah, perjalanan kena teruskan memandangkan sekarang pun dah pukul 4:15 petang dah ni.. Kena teruskan juga.. Kamon..

Selepas kawasan Zoo Negara tadi, hujan mula berhenti dan masuk Highway Karak, dah tak hujan. Alhamdulillah, harap-harap dapat keringlah seluar kami yang agak kebasahan ni.. (Inilah Terowong Genting Sempah, iaitu menjadi sempadan antara Negeri Selangor dan Negeri Pahang)

*Sedikit info : Terowong Genting Sempah adalah terowong lebuh raya yang pertama di Malaysia. Terletak di Lebuhraya Karak, terowong sepanjang 900 meter ini menghubungkan antara kawasan Gombak di Selangor dengan Genting Sempah di Pahang. Tempoh pembinaan terowong ini ialah dua tahun iaitu dari tahun 1977 hingga tahun 1979. Terowong ini dibuka secara rasminya pada tahun 1979 oleh bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi, Dato Abdul Ghani Gilong.

Terowong ini pernah menjadi terowong jalan raya terpanjang di Malaysia sebelum kedudukan tersebut dirampas oleh Terowong SMART sepanjang 4 km yang dibuka pada tahun 2007. Asalnya terowong Lebuhraya Karak ini hanyalah terowong tunggal dengan dua lorong sahaja tetapi terowong tambahan bagi lalu lintas ke arah timur telah dibina antara tahun 1995 hingga 1997 apabila Lebuhraya Karak dinaiktaraf daripada lebuh raya tunggal dua lorong kepada lebuh raya ekspres kembar empat lorong.

Sumber : Wikipedia

Inilah kali pertama aku lalu terowong Genting Sempah dengan NMax aku.. Dan aku percaya, ianya juga kali pertama buat Kamen Rider dan SYMnya.. Hehe..

Setengah jam juga kami harungi Lebuhraya Karak yang pastinya berbukit-bukau itu.. Barulah kami sampai Petronas sebelum Tol Bentong.. So, kat sini kita akan rehat sekejap ye. Eh, rehat lama la sikit. Makan apa yang patut, solat dan juga lakukan sesi regangan badan..

Minuman wajib ni kalau ride.. Hehe.. Kurangkan mengantuk, tingkatkan kefokusan ketika menunggang..

Jap lah, aku nak selfie sat..

Sejam juga kami kat sini.. Berehat, solat dan isi minyak motor. So, kerugian aku untuk minyak kat sini adalah RM11.60 untuk 4.59 liter petrol.. Eh, masih ada lagi tu. Huhu.. Tapi aku tanak amik risiko la kang nanti mati motor tengah jalan, susah pula.. Huhu.. Orait, semua sudah siap, jom kita kayuh lagi.. Haa..

Amcam Man, dah boleh ke kita gerak..? Dia cakap, simpanlah semua hendset dan wallet kerana langit dah mula mendung. Dan kita semua mungkin akan mengalami kebasahan..

Haaa... Tengok tu, bukan main sarat dah awan nano tu.. Tah bila-bila dia boleh turun.. huhu..

Selepas selesai je kami melepasi Tol Bentong, bukan main lebat lagi hujan mula mencurah. Dan sepanjang perjalanan ni, memang aku dah tak ambil gambar dah memandangkan semua handset dan wallet ada aku simpan kemas bawah seat NMax ku.. Hehe.. Senang.. Dan sepanjang melewati bandar Raub, hujan masih lebat dan tiada tanda ianya mahu berhenti.. Takpelah, jom lah kira ride perlahan-lahan..

Selepas bandar Raub, hujan mula gerimis dan ada sesetengah tempat dah mula berhenti. Kami teruskan juga perjalanan ini dan sampai Petron Kuala Lipis dah pukul 7:45 malam dah. Tingg.. Haaa, Bro Shah dah mula menjelmakan diri dia kat sini.. Haha..

Kat sini lah kami lepak sekejap, memandangkan bro Shah pun dah tunggu kami kat sini.. (saja ku biorkan gambo ni senget.. Haha.. Kasi adjust sindirii laa.)

Perjalanan agak kelewatan sedikit kerana salah seorang dari ahli ride kami sesat. Dia masuk lorong menuju ke Bandar Kuala Lipis. sebenarnya dia dah konpius bila aku cakap Petron Kuala Lipis. Dia ingat Petron tu ada kat dalam bandar Kuala Lipis. Sebenarnya Petron tu hanyalah terletak di pinggir jalan menuju ke Gua Musang.. Erm.. Takpelah, hanya beberapa minit je kami tunggu.. Hehehe.. So, selepas Shah dah semua dah ready untuk bersama menyambung kembali ride ke Kelantan, maka kami gerak dari Petron ni jam 8:07 malam dan destinasi selepas ini adalah RnR lama Gua Musang. Selepas ni, kami takde stop mana-mana dah dan tiada gambiran on the bike memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu sekejap hujan, sekejap berhenti hujan.. 

Perjalanan kali ini agak jauh kerana kami akan meredah laluan lebih kirang 115km dari Petron Kuala Lipis ke RnR Lama Gua Musang.. Dan laluan kali ini juga kami berpeluang melalui jalan pintasan baru Bukit Tujuh.. Iaitu kami tak lalu lagi jalan Bukit Tujuh yang berliku-liku dan berbukit-bukau.. 

Selepas hampir dua jam kami ride, tibalah kami kat RnR Gua Musang. So, kat sini kita kasi full tank motor dulu eh. Selepas tu baru lah kita kasi full tank rider plak.. Kat sini, aku kerugian RM13.11 untuk jumlah 5.18 Liter dan jumlah perjalanan setakat ni dari Melaka adalah dah menjangkau 405.2km.. Peh.. Dah agak jauh dah tu..

Ok, dah siap full tank motor, moh le kita makan pulak..

Nyum-nyum lah dulu..

Selepas lebih dari setengah jam kami kat sini, dah tibalah masanya untuk kami meneruskan perjalanan yang berbaki lebih kurang 170km lagi. Erm, sebelum kami gerak, hujan mula mencurah turun. Namun begitu, perjalanan mesti diteruskan memandangkan kami semua dah kesuntukan masa. Jam pun dah menunjukkan pukul 10:48 malam dah. Jom kita redah hujan.. Yeahhh..!!! Sekali lagi tiada gambiran on da bike ye.. Huhu..

Selepas berhempas pulas berhujan sepanjang perjalanan, kami berjaya juga sampai Shell Kuala Krai tepat jam 12:17 pagi.. Kat sini, aku tak isi minyak sebab tangki NMax masih mencukup untuk teruskan perjalanan sehingga ke Kota Bharu, Kelate.. Hehehe.. So, kita lepak lah sekejap kat sini sementara yang lain tengah kasi full tank..

Selepas hampir setengah jam kat sini, masing-masing dah mula berhalusinasi.. Dan aku rasa tak boleh la nak rehat lama kat sini memandangkan destinasi terakhir kita masih jauh nun di sana.. Huhu.. So, jom lah on the bike...!!

So, kayuhan demi kayuhan dilakukan menuju ke destinasi terakhir kita.. Perjalanan dah tak jauh dah. Sebelum tu, aku dah siap-siap tempah chalet dah kat sungai Pengkalan Datu dan kunci dah siap-siap adik aku dah ambil dah. Haa.. Malam ni kita akan menginap di Kota Pengkalan Datu Resort (Dulu dikenali sebagai Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar)..

Hampir 90 minit juga kayuhan terakhir kami. Akhirnya sampailah kami kat Kota Bharu, Kelantan.. Hehe.. Semua dah kelaparan dan kebuluran balik dah. Mana tidaknya, ride malam dalam hujan dengan sejuknya lagi, pastinya banyak bakar kalori.. hehehe.. So, kita stop makan dulu kat Restoran D'Wan, Pulau Melaka.. 
(Lokasi gps : 6.118044, 102.294078)

Sementara menunggu adik aku tiba, kita makan dulu deh. Kat sini ada pelbagai menu masakan yang pastinya enak belaka.. Antaranya ialah seperti yang Kamen Rider tunjuk tu.. Hahaha.. Amcam..? Ada beran nak order..?

Mat mata pun kelihatan layu di hujung mekar dah tu. Mana tidaknya, sekarang dah pukul 2:22 pagi dah. Hahaha.. Gila ngantuk doo..

Selepas dapat kunci dengan adik aku, lantas kami panggil akak owner kedai tu untuk kira berapa kerugian dari permakanan kami ini. Dan selepas tu, terus kami menuju ke Kota Pengkalan Datu Resort..

Selepas dah masuk bilik, aku dah rasa macam hanyut dah kepala ni.. huhu.. Orait, semua dah kepenatan, aku pun dah ngantuk. Seluar dah basah.. Haha.. So, pagar chalet kami menjadi mangsa tempat sidai seluar lah. Malam pun dah pagi dah. Jam pun dah 3:30 pagi. Jom lah masuk tidur dulu ye..

Sebelum tidur, saksikanlah dulu video hari pertama kami iaitu dari Melaka ke Kota Bharu, Kelantan.. Sampai sini dulu ye untuk malam ni.. Bye semua...

Jumpa lagi esok..

Adios...

-PokNik-
MasukGear

4 comments:

  1. Kamen Rider Kabuto24 July 2018 at 08:35

    Mcm kenal mr kamen rider.Dulu die juga pejuang seperti kami menentang kejahatan.skrg dah xde job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tu la.. Sian dia.. Skrg keje dia ride ajelh..

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha.. Lain kali, kena join la.. Hehe.. Baru best..

      Delete