Friday 17 August 2018

[Throwback] Tengkujuh Ride 2017/2018 (Hari Kedua)

Huarghhh.. Asslamualaikum.. Selamat pagi semua.. Fuhh.. Aku bangkit awal sikit hari ni. Erm, yup.. Perut lapar.. Lepas ni ingat nak sarapan dulu.. Cuma, aku duk fikir jugak ni.. Nak bawa ke mana la diorang pasni. Erm, takpe, jom kita sarap dulu neh.. Sementara itu, hanya aku, Kamen Rider dan juga Mat Mata yang dah bangkit.. Dan kami bertiga yang dah ready nak keluar sekejap.. Hehehe..

Sementara yang lain belum bersedia untuk sarapan, kami bertiga sarapan dulu lah. Sebelum keluar, Kamen Rider perasan ada sesuatu yang tak best terjadi kat tunggangan beliau.. Ah..!! Skru tangki minyak enjin dah loose.. Sudah.. Macam mana ni..? Takpe, kita sarapan dulu.. Lepas ni aku bawa gi kedai motor Pok Soh.. Haha..


Jam di tangan aku menunjukkan pukul 9:15 pagi dah. Tapi itu waktu cepat 10 minit. So, waktu sebenar sekarang adalah 9:05 pagi.. Jom kita makan dulu. Kali ni kami bertiga pekena nasi berlauk kat kedai depan masjid Kampung Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan

Kira-kira sejam selepas tu, barulah kitorang ke kedai motor Pok Soh yang terletak kat Pekan Kota Jembal.. Dekat je jaraknya tu.. Hehe.. Nah, kali ni dalam sejarah, Yes Wai Yem Kamen Rider direbahkan dan ditidurkan untuk seketika demi merawat penyakit buasir yang dialaminya..

Selepas semuanya selesai, kami balik chalet balik dan kelihatan semua ahli-ahli dah bersiap sedia dah untuk keluar berjalan-jalan.. Kelihatan juga Kamen Rider dengan girangnya membuat 'burn out' di atas timbunan batuan kecil, menunjukkan motornya dah kembali sihat.. Hehe.. (aksinya boleh dilihat dalam video pada akhir entri ni nanti ye.. Hihi..)

Jam kat tangan Pais menunjukkan pukul 11:26 pagi.. Erm, sekarng ni kami sarapan dulu sekali lagi memandangkan Wan Semarak, Pais dan Shah belum sarapan lagi.. Hehe.. Aku, Kamen Rider dan Mat Mata hanyalah minum je..

Orait, selesai sarapan, kami kasi full tank pula kat Caltex Panji sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami hari ni iaitu pusat bebas cukai Pengkalan Kubor

Jam sekarang dah pukul 12:30 tengahari dah dan sinar mentari tengahari memanchor dengan agak membahang juga.. 

Namun itu tidak mematahkan semangat juang yang kentill para peserta ride kali ini

Semua ok ker..? Okay.. Gud.. Gud.. Haha..

Kira-kira 45 minit selepas tu, sampailah kami kat Pengkalan Kubor. Ok semua, jom jalan-jalan dulu. Sapa-sapa nak shopping ke apa, dipersilakanlah. Masing-masing bayo sendiri eh.. Kahkah..

Kami pusing-pusing sekitar pasar Pengkalan Kubor ni dan aku tak beli apa-apa pun. Sekadar cuci mata je.  Tapi yang lain tu ada juga yang shopping.. Hehe..

Selepas lebih sejam pusing pasar Pengkalan Kubor, masing-masing dah kepenatan dah.. Hehe.. Lek arr.. Lepas ni ada lagi destinasi yang kita nak lawati ni.. Hehe..

Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, sempat lagi aku abadikan kenangan kat batu Pengkalan Kubor 0km ni.. Haha..

Selepas lebih sejam kami pusing pasar Pengkalan Kubor, tibalah pula kita gerak menuju destinasi kedua. Ke mana tu? Haaa... Agak-agak? Mana kita nak pergi..? Hurm.. Err... Jom kita ke seberang.. Seberang mana tu? Seberang sungai lah.. Aik..? Langkah sempadan ker..? Ye laaa.. Hehe.. Jom-jom..

Perjalanan menuju jeti untuk ke sana tak de la jauh sangat, dalam 20 km je dari Pengkalan Kubor. Melalui jalan-jalan yang berliku, sememangnya best juga la layan korner.. Hehe.. Kali ini aku memilih Pekan Mundok sebagai destinasi kedua kami.. 

Mundok merupakan satu daerah kecil dalam daerah Sungai Kolok (ataupun sebutan orang tempatan sebagai Sungai Golok) dan dalam daerah kecil Mundok ni, ada 5 kampung yang mana nama kampungnya aku pun tak tau.. huahuahua..

Orait, kita dah sampai sempadan antarabangsa dah ni. Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh sebatang sungai iaitu Sungai Golok dan untuk ke pekan Munduk, hanya kena melepasi sungai ni. Haih.. Macam mana nak lepasinya..? Naik sampan laa.. Jom-jom..

Tanpa melengahkan masa (3:10 petang), kami pun menyeberangi Sungai Golok ni dengan bayaran RM2.00 untuk seorang sehala.. Haha.. 

Tadaa... Yeahh..!!! Wailkam tu Thailand

Sesampainya kat Pekan Mundok ni, perut kembali gelora kelaparan. So, kita makan dulu lah ye.. Hehe..

Selesai makan, jom lah pusing-pusing sekitar pekan ni. Tapi masa ni hujan turun membasahi kami di bumi Gajah Putih.. Huhu.. Agak lebat juga lah..

Tapi hujan tadi tak lama.. Sekejap sahaja.. Cukup sekadar mendinginkan keadaan cuaca yang agak bahang tadi.. So, jom kita teruskan aktiviti pusing-pusing sekitar Pekan Mundok ni..Click.. Selfie satu kali.. Hahaha..

Membeli-belah kat sini jangan banyak sangat.. Hehe.. Nanti susah pulak bila nak balik Malaysia.. Nanti askar tahan.. Haha.. Tapi Kamen Rider beli jugak barang kat sini.. Selipar ke apa tah dia shopping tu.. Hehe..

Click.. Selfie lagi kesekian kali

Sebelum pulang ke tanah air yang tercinta, sempat juga kami belasah durian kat sini.. Hehehe.. Tapi kami beli sebiji je.. Saiz yang agak besar juga..

Selepas hampir dua jam kami kat tanah Siam, tibalah masanya untuk kembali ke pangkal jalan.. Haha.. Masa balik, kami naik sampan lagi yang mana ianya pasti RM2.00 adalah tambangnya.. Haha

Inilah batu jemalo patik sempadan Malaysia.. Huhu..

Orait, dah selesai destinasi kedua, moh kita ke destinasi ketiga.. Dan destinasi ketiga pula adalah kawasan bebas cukai Rantau Panjang.. Jaraknya tak jauh dari sempadan pekan Mundok ni lebih kurang 10km je..

Laluan kali ini pun sama macam laluan dari Pengkalan Kubor ke sempadan Pekan Mundok tadi, semuanya lalu kawasan perkampungan je.. Banyak sekatan askar sepanjang laluan ni.. 

Dipendekkan cerita, kami sampai Rantau Panjang jam 5:30 petang. Kena cepat ni. Sebab nanti banyak kedai dah tutup sebab dah petang dah ni

Sekitar kedai-kedai kat Rantau Panjang

Test sikit.. Ada ngam ka..? Angkat terus laa.. hehehe

Selesai pusing-pusing, kami singgah juga kat Surau Al-Quddus untuk rehat dan solat sekejap

Kami tak lama kat Rantau Panjang ni.. Sekadar sejam je.. Selepas selesai semua tuntutan-tuntutan yang ada, tibalah masa untuk pulang ke chalet balik

Masa on the way balik, sempat lagi kami singgah kat Masjid Beijing ataupun Masjid China kat sini. Senibinanya adalah dari China.. Cantik.. Kat Melaka pun ada satu Masjid China kat Krubong.. Sebelah Stadium Hang Jebat..

Orait, selesai motor selfie, kini tuannya pula yang nak selfie.. hahaha

Siap selfie, moh kita teruskan jalan pulang

Kami singgah sekejap kat Petronas Bandar Baru Tunjung untuk rehat-rehat sekejap. Sementara itu, kalau tak silap Kamen Rider, Wan Semarak dan Mat Mata ada topup minyak kat sini. Aku tak topup pn memandangkan minyak masih ada.. Dan kami sampai chalet lebih kurang jam 8:00 malam.. So, jom siap-siap nak dinner pulak..

Ok, selepas lebih sejam kami rehat dan bersiap-siap, so malam ni kita nak dinner kat mana..? Haa... Chalet tempat kami menginap ni iaitu Kota Pengkalan Datu Resort (Dulu dikenali sebagai Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar) telah tersedia sekali dengan restoran. So, kita dinner kat sini ajelah.. Restorannya terapung betul-betul atas air.. Tengok tu dalam gambar, tengah terapung la tu.. Hehehe.. (aku takde plak dalam gambar tu.. Huwaaaaaa.....)

Selepas order diambil, juadah aku sampai lebih kurang 30 minit selepas tu.. Huhh.. Agak lama masa diambil untuk siapkan makanan kami.. Tapi makanannya agak sedap.. Tengok tu Mat Mata merenung makananku.. Haha.. Dia punya tak sampai lg.. Tu la, order lagi yang susah nak buat.. Hihi..

Nyum.. Nyum.. Nyum.. Aku dah siap makan dah.. Diorang ni makan lambat.. Hoho..

Selepas selesai dinner, aku bercadang nak bawa diorang ke Wakaf Che Yeh pula. Ye lah, tak complete kalau datang Kelantan tak pergi Wakaf Che Yeh.. Hehehe.. So, dipendekkan cerita (maaf, tiada gambiran masa ondawei..), kami sampai Wakaf Che Yeh jam 11:15 malam.. Sebenarnya jam 11:00 malam ni, pasar Wakaf Che Yeh baru bangun ni.. Hehehe.. Sampailah ke jam 3.00 pagi kot..?

Banyak barangan yang diniagakan kat sini.. Salah satunya adalah barang-barang bundle. Kasut semua cantik-cantik lagi.. Diniagakan pada harga yang nak kata murah, boleh la.. Murah juga.. Kena pandai-pandai pilih dan tawar lah..

Kelihatan Mat Mata cuba mempromosikan baju Yamaha yang mana dia dah mula rasa berkenan.. Hahaha..

Ni berlakon je ni.. Tak beli pun tuu.. Hihi..

Sekali dua kali imbas, macam adik beradik pulak.. Hahaha.. Wan Semarak tu pakai pourch bag yang baru dibeli kat Pengkalan Kubor tengahari tadi. Tag pun tak bukak lagi.. Hahaha.. Sama la seliparnya pun.. Huhu..

Bergambar kenangan kat pasar Wakaf Che Yeh.. Tapi Wan Semarak dah menghilangkan diri.. Mana tah dia pergi.. Cari baju kot..? Addiikkkkk...

Selesai Wakaf Che Yeh, tiba-tiba terasa nak makan keropok PCB plak.. Haha.. Jom kita ke Pantai Cahaya Bulan.. So, on the way ke PCB tu, kami singgah lagi kat Shell Jalan Kebun Sultan. Aku kasi full tank lah kat sini.. Senang sebab esok tak payah dah nak penuhkan lagi masa nak balik Melaka.. Rasanya yang lain pun ada juga full tank kan motor masing-masing..

Selepas isi minyak, kami teruskan perjalanan ke PCB dan kami sampai sana jam 1:10 pagi.. Fuh.. Cuaca pun agak dingin sikit dengan pukulan bayu Laut China Selatan yang agak keras, bisa merenyukkan rambut Kamen Rider.. Haha..

Lepak jap tepi pantai kat PCB.. Hehe.. Ombak agak besar kerana sekarang ni musim tengkujuh. Sebab tu lah ride kali ni dinamakan sebagai Tengkujuh Ride.. Haha..

Selesai lepak, jom pekena keropok pulak. Nasib baik masih ada kedai yang bukak.. Hehe.. Biasanya kedai kat PCB ni tutup agak lambat.. Jam 3:00 pagi barangkali..

Akupun nak selfie jugak lah.. Hahaha.. Mata dah rabak tu. Semalam tidur dah lewat. Malam ni nampakya lewat lagi.. Hihi.. Esok nak balik Melaka dah..

Kami gerak balik chalet jam 2:10 pagi. Dan kami sampai chalet lebih kurang 40 minit kemudian.. Pehh.. Agak kepenatan lagi sepanjang hari ini.. So, jom lah kita tidur.. Hahaha.. Aku tak tau jam berapa aku lelap. Tapi yang pastinya tidurku tidak cukup lagi untuk malam ni.. Huhu.. 

Oh ya.. Sebelum melelapkan mata,, meh aku belanja video Tengkujuh Ride hari kedua.. Bolehlah sediakan popcorn ye untuk dimakan dan dikunyah sambil menonton video ni.. Hehehe..

So, sampai di sini dulu coretan hari kedua Tengkujuh Ride.. Nanti kita jumpa lagi esok eh.. Eh, bukan esok laa.. Pagi nanti la.. Haha.. Aku tidur ulu.. ZZzzz.. Gud nite.. Eh, Morning sudahh. Hahaha.. Selamat tidur semua..Bye...


Adios...

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment