Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Hai.. Selamat hari raya diucapkan buat semua pembaca blog masukgear. Sementara masih dalam bulan Syawal ni, ramai kawan-kawan yang buat rumah terbuka. Tapi aku nak minta maaf kepada kawan-kawan yang aku tak sempat nak hadir jamuan rumah terbuka. Maklumlah agak sibuk. Tapi beberapa hari lepas, ada kawan mengajak ke majlis rumah terbuka OCPD Jasin. So, macam mana tu? Erm.. Oklah, aku follow.. hehe..
Oklah, mengikut info yang disampaikan oleh kawan, majlis ini diadakan pada 10.08.2014 bertempat di rumah OCPD sendiri iaitu di Taman Enggang kalau tidak silap, berdekatan kawasan Batu Berendam, Melaka. So, kami semua dikehendaki berkumpul di Petronas Bemban jam 13:30 dan masukgear nanti jam 14:00 bersama-sama dengan geng Jasin Bikers.
Aku sampai di Petronas Bemban agak lewat sikit iaitu jam 13:45. Kami lepak-lepak dulu di situ sementara menunggu rakan-rakan yang belum tiba. Sambil-sambil itu, borak-boraklah dulu.
Bersama presiden Jasin Bikers
Cuaca hari ini agak panas
Antara beberapa peserta yang akan konvoi open house rumah OCPD Jasin
Masih menunggu sebuah motorsikal lagi untuk turut serta
Setelah semuanya datang, maka kami masukgear lebih kurang jam 14:06.
Jom kita ke rumah OCPD
Abg. Salleh (pres. Jasin Bikers) sedang beraksi.. Hahaha
Antara beberapa peserta konvoi yang turut serta
Hari ni Otai bawa 'drebar'. Hehehe.. Sekilas pandang macam ayah bawa anak.. Hahaha
Perjalanan diteruskan ke rumah OCPD. Namun begitu aku difahamkan konvoi akan stop sekejap di Petronas MITC kerana ada beberapa orang lagi rakan-rakan yang menunggu kat situ.
13 minit selepas itu, kami sampailah simpang MITC, Ayer Keroh.
Ada 70 minit saat lagi kena tunggu
Jack bersama cik suzi k9 nya. Haa.. Nampak tak jam tepat tu..? Betul la 14:19.. Hehehe
Pak Man gelak tapi tak nampak sebab dia pakai pulpes.. hihi
Kami semua tiba di Petronas MITC lebih kurang pukul 14:23. Haji Hannozzy, Wak Din dan Bro Salleh Bukit Gambir dah ada kat situ. Cuma menunggu lagi sorang kawan yang belum kunjung tiba.
Sementara menunggu sorang lagi yang belum tiba, layan borak le kejap. hehehe..
Sekejap je selepas itu, rakan yang kelewatan tadi dah sampai. Oklah, jom le masukgear. Hehe.. Tak sabar ni nak pergi makan free.. Hihi..
Kami sampai di rumah OCPD kira-kira 15 minit selepas tu. Tak jauh pun rumah OCPD.
Dan kelihatan OCPD dah ada di luar menyambut tetamu yang hadir.
John nampaknya sedang siap sedia nak makan tu.. Hehehe.. Sambil diperhatikan oleh Jack dan Zack. Wah.. Jack n John n Zack.. Hehe..
Otai kelihatan lemah longlai sebab belum makan lagi tu. Hehehe.. Sorry Otai, jangan marah ye.. Hihi
Aji pun dah siap sedia jugak tu nak menyerang..
Sedang tunggu nak menjamah hidangan. Eh, jom le masuk.. Kita makan..
Tetamu pun ramai jugak yang datang..
Barisan motor kangkang yang hadir.. Z8 tu tak termasuk ye.. Hehe..
Makan.. Makan.. Nyum.. Nyum..
Wah.. Bukan main sedap nampaknya tuan presiden menghirup cendol.. Sedap eh..? Hehe.. Sapa-sapa yang nak karaoke pun boleh..
Glup.. Glup.. Glup.. Glup.. Ah.. Hilang rasa dahaga..
Meriah open house ni.. Macam kenduri kahwin dah.. Hoho..
Wak Din nampaknya dah kenyang tu kot..
Lebih setengah jam jugak kami menghabiskan masa kat sini. Terima kasih buat Tuan OCPD Jasin di atas jemputan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini. Sebelum bertolak balik, kami ambil peluang untuk bergambar dengan Tuan OCPD sebagai kenang-kenangan. Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi ye.. Hihi.. Lepas tu, kami gerak balik dengan semuanya kekenyangan..
Chow dulu..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment