Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua. Selamat Hari Raya juga aku ucapkan buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga kalian semua sentiasa sihat dan ceria selalu. So, sementara menunggu waktu untuk melelapkan mata tu, aku belek-belek dulu lah gambar-gambar lama. Gambar ride bersama rakan-rakan. Tiba-tiba aku terjumpa gambar ride ke Kota Tinggi yang belum masuk blog lagi. Alamak.. Aku lupa la nak masukkan kisah ni. Hehe.. So, apa lagi, pemilihan gambar dibuat. Mana yang tak berkenaan tu kena buang lah. Lepas ni nak mengarang pulak. Jadi, apa lagi? Dah sediakan kacang dah? Haa.. Jom dengar cerita yang nak aku storikan.
Pada 18.05.2014 yang lepas aku bersama Pak Man dan Shah Rizan ada ride ke Kota Tinggi, Johor. Sebenarna beberapa hari sebelum tu aku ada berbincang sedikit dengan Shah pasal nak ride ke mana hujung minggu ni. Mula-mula cadangnya nak ride sarapan ke Port Dickson. Sambil tu masa balik boleh pergi KLIA2. Nak kenal airport baru.. Hehehe.. Sambil itu aku pun ada menjemput Pak Man sama. Kebetulan pula hujung minggu tu Pak Man ada hal di Kota Tinggi. So, apa lagi? Kita pergi Kota Tinggi ajelah eh. Sambil-sambil ride, sambil teman Pak Man. Hehe.. Dia ada hal sikit di pejabat tanah yang nak disettlekan. Aku tanya Shah. Dia kata ok jer. So, kita proceed ajelah ke Kota Tinggi eh.
Jadi, pada hari kejadian tu, kami dah bincang nak kumpul di Petronas Jasin Bistari. Apsal kumpul kat situ? Cadangnya nak lalu ikut jalan belakang dan terus keluar ke highway tol Lipat Kajang. Haa.. Jalan belakang ni kiranya mencabar sikit. Macam offroad.
Sebenarnya aku agak kelewatan sikit sebab pagi-pagi lagi perut dah buat hal. Harap-harap diorang tak tinggalkan aku le.. huhu
So, aku pecut sikit. Tapi tak le laju sangat. Sesedap rasa je.
Tenang je jalan ke Taman Maju ni. Takde orang pun. Nyaman terasa..
Bila aku sampai je.. hah.. Kan aku dah cakap.. Diorang dah terpacak lama dah kat Petronas Jasin Bistari ni. Aku yang lambat. Huhu.. Sorry geng.. Nature call..
So, jom lah on da bike. Kita siap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Katanya masing-masing belum breakfast eh? Takpelah, nanti kita singgah kat mana-mana RnR eh.
Jom gerak. Bila dah semua siap full tank, kita MasukGear!
Kami MasukGear lebih kurang jam 9:23 pagi. Laluan yang kami pilih adalah melalui Taman Ayer Merbau dan lalu jalan belakang untuk ke tol Lipat Kajang, Jasin.
Laluan ni agak dekat. Tapi, jalan tak cantik lah
Haa.. Ni lah jalannya. Fuh.. Agak mencabar sikitlah. Lalu dalam ladang kelapa sawit
Rasa macam datang melawat kebun plak. Hehehe
Alamak, diorang dah sayup-sayup dah ke depan.
Ok, dah abis dah jalan ladang
Laluan ni menuju ke tol. Dah dekat dah.
Haa.. Tu dia tolnya. Lepas ni naik highway la.. Steady.. Steady..
Pak Man kat depan. Diikuti oleh Shah dan aku kat belakang.
Kiri ke Kanan? Kalau kiri balik Jasin balik la nampak gayanya.. hehe.. So, kanan lah yer..
Sekarang ni kami dah naik highway. Hm.. Masing-masing dah mula beraksi.
Sampai sempadan Johor - Melaka. Kat depan tu ada jambatan. Kat bawah tu ada sungai. Sungai tu adalah Sungai Chohong. Betul ka..?
Teruskan beraksi. Hehe.. Sorrylah gambar agak kabur sikit. Lama dah tak praktis amik gambar ni. Maklum la, lama dah tak ride. Erm..
"HENTIAN SEBELAH TANGKAK DITUTUP SEHINGGA 22.5.2014 UTK KERJA PENYELENGGARAAN"
Kami singgah sekejap di RnR mana eh.. aku lupa la.. Hujan dah turun dan agak lebat. Jadi, kami berenti sekejap untuk simpan barang-barang.
Tapi, kat sini tak hujan. Takpelah, simpan ajelah kamera. Selepas itu, perjalanan diteruskan lagi. Perut dah lapar. hehe.. Jadi, perjalanan diteruskan lagi tanpa gambar.
Kami sampai di RnR Machap Selatan lebih kurang jam 10:30 pagi. Masing-masing dah kelaparan. Apa lagi, belasah aje le.. Sampaikan lupa nak snap gambar. Ni je yang sempat disnap. Makan Shah.. hehe
Bila dah kenyang, semua dah jadi ular sawa. Burp..!! Alhamdulillah.. Pak Man cakap dia nak landing sekejap. Boleh je Pak Man. Takde hal..
Mengintai motor dari atas.
Oklah, abang kawasan dah cakap, jom kita gerak. So, siap2lah yer.. Jap lagi nak gerak semula.
Ok, boleh panaskan enjin lah. Sementara tu biarlah Pak Man amik gambar dulu
Best jer pakcik tu layan.. Hehehe
Otai ni.. Erm.. Mana nombor plet Malaysia eh..? Huh..
Selepas tu, perjalanan diteruskan lagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 11:06 pagi. Hujan dah stop dah namun awan nano masih menunjukkan tanda-tanda dia mahu turun
Go.. Go.. Pak Man..
Peace yo.. Alaa.. Cut plak.. Takpe, nanti kita repeat lagi..
Pak Man masih di depan, dia yang akan lead jalan.
Click..!! Haa.. Dah dapat dah Shah.. Hehehe
Keadaan highway pun agak basah. Baru lepas turun hujan. Namun kami masih lagi meneruskan perjalanan.
Amik gambo la sikit. Erm, rasanya ni je kot satu-satunya gambo aku kat dalam ni.. hihi
Masih ada 36km lagi nak sampai susur Simpang Kulaijaya. Dah dekat dah tu. Kami masih lagi meneruskan perjalanan
18 minit selepas tu, kamipun sampai tol Simpang Kulaijaya.
Maaf gambar agak kabur. Perarakan awan nano jelas kelihatan
Pemandangan yang agak cantik.. Redup pandangan..
Hai.. Lampu merah jangan redah tau.. Pesan Pak Man
Masih setia menunggu lampu merah jadi kaler hijau
Peace satu kali lagi. Hahaha..
Aih.. Mendungnya.. Macam mau hujan lebat.
Minyak dah tinggal 2 bar. Jom isi minyak. Selepas kami isi minyak, kami meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi. Cuma dah tak jauh dah.
Dalam perjalanan dari Kulai ke Kota Tinggi, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. So, kitorang pun cari le bus stop. Berenti dululah, tak leh nak redah. Lebat sangat. Ada sorang brader ni pun berenti hujan jugak.
Bila la boleh gerak ni. Lebat lagi ni.
Sian dia.. Berbasah berhujan.. huhu..
Sejuk ke tu? Hujan lebat ni.. hihihi
Bila difikirkan, nak tak nak kami terpaksa redah jugak hujan ni. Nampak gayanya macam tak mau berenti je. Sekarang pun dah dah hampir 12:30 tengahari dah. So, jom lah gerak redah hujan.
Phiu.. Sampai kedai nasi ayam Basir kat Bandar Kota Tinggi ni dengan penuh kebasahan dan kelaparan. Maka, nasi ayam 3set diorder. Masing-masing lapar dan kesejukan.
Tapi dengan sepantas kilat semua dah licin. Hahaha
Ni lah keadaan helmet yang turut kebasahan.
Selepas selesai makan dan baju agak kering sikit, maka kamipun ke Pejabat Tanah yang terletak di Bangunan Sultan Iskandar. Sementara menunggu Pak Man settle halnya, aku melepak aje le. Dalam pejabat ni pun sejuk.
Selepas selesai semuanya kamipun gerak semula balik ikut arah yang sama dengan jalan datang tadi. Aku simpan siap-siap lah kamera memandangkan hujan masih mencurah-curah walaupun tidak berapa lebat. So, takde le gambar semasa balik sehinggalah kami sampai ke rumah masing-masing. Walaupun ride dalam hujan, tapi rasa best tetap ada!! Haha.. Lain kali nanti kita ride lagi yer..
Jumlah jarak perjalanan tadi adalah lebih kurang 440km (1.4km tu kira belanja la..)
Penggunaan minyak pula adalah secara puratanya 4.4 Liter/100km ataupun 22.4km/Liter
Oklah, nanti ada masa kita ride lagi ye. Hehe.. Sehingga berjumpa lagi.. Challo..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment