Belum pun kehangatan pelancaran model 250SL reda, kini timbul pula desas desus bahawa Kawasaki bakal memperkenalkan model barunya dari keluarga Ninja. Dengan nama jolokannya iaitu ZX25RR. model yang berkapasiti 250cc itu dikhabarkan dilengkapi dengan enjin 4 silinder sebaris. Kehangatan desas desus ini makin membahang dengan kemunculan ZX25R / ZX25RR di muka hadapan majalah negara matahari terbit itu iaitu Young Machine.
Mengikut khabar angin, rekaan lampu utama model ini mirip Ducati Panigale. Namun begitu rekaan sisinya masih lagi mengekalkan rekabentuk asas Ninja 250.
Itulah serba sedikit khabar angin yang aku nak kongsikan bersama. Diharap pihak Kawasaki dapat merealisasikan model ini ke dalam pasaran Malaysia. Sudah pasti dengan kehadiran ZX25RR ini akan membuatkan ramai anak-anak muda yang tidak lena tidur. Dan aku yakin, model ini pastinya akan menjadi model yang terlaris di Malaysia suatu hari nanti..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment