Thursday 9 March 2017

Selamat Tinggal Dunia Superbike..!!

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua teman-teman dan semua peminat MasukGear. Didoakan agar kalian semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Sebenarnya aku nak minta maaf kerana dah lama tak menulis dan update blog ni. Sememangnya aku agak sibuk dan kekangan masa membataskan aku untuk mencoret sepatah dua kata kat sini. Lagipun semenjak dua menjak ni, dah lama aku tak ride. Ya.. Dah agak lama aku tak sama-sama kawan-kawan yang lain untuk berkonvoi.. Dah rindu nak ride.. Sob.. Sob.. Sob.. Sebenarnya ada sebab mengapa aku terpaksa tangguhkan aktiviti ride.. Jom ikuti kisahnya..


Pada 14 Ogos 2016 lepas, aku ada ride bersama Wan Semarak Api Membakar (hehehe) ke Kota Tinggi, Johor. Masa tu, kebetulan aku nak jumpa abang aku yang menetap kat sana. So, kami ride berdua saja lah.


Ride bersama beliau tidak mengalami apa-apa masalah dan semuanya berjalan dengan lancar. Namun beberapa minggu selepas tu, aku mula rasa sakit-sakit pada bahagian hujung tulang sulbi atau dalam bahasa perubatannya dipanggil Coccyx.. Eh, apsal bontot sakit nie..? Haish, sakit jugak rasa. Tapi aku tahan je la.. Mana tau mungkin seminggu dua minggu baik la ia..

Yang dalam bulatan tu lah yang sakit

Lebih kurang sebulan selepas tu, aku cuba pula ride dengan skuter. Untuk teman aku ride, aku ajak Azman The Rider Kamen. Dia bersetuju dan dia pun join sama lah ride balik kerja.. Jadi, hari tu Ego S ditemani dengan SYM Sport Bonus 115 memulakan ride pusing-pusing masuk highway dan juga jalan kampung. 


Ketika ride dengan Azman, coccyx aku masih sakit juga tapi agak kurang sikit. Ini mungkin disebabkan faktor seat motor skuter yang agak rata dan kesan dari tu tak menekan sangat pada coccyx aku. Tapi masih juga rasa sakit woo.. Huhu... Jadi, sejak dari ride ni, aku dah takde ride mana-mana dah. Sebulan ke sebulan, aku cuba menahan sakit dan berharap agar nanti kesakitan tu akan reda dan hilang dengan sendirinya..

Aku juga ada bertemu dengan seorang doktor bahagian Ortopedik, dan bertanyakan pasal coccyx aku ni kat dia. Doktor tu bagitau aku mungkin kena Coccydynia ataupun tailbone pain. Eh, menatang apa pulak penyakit tu..? Menurut doktor tu, kesakitan tu mungkin berpunca dari tekanan pada tulang coccyx tu dan menyebabkan kesakitan yang agak ketara. Ada beberapa solusi yang agak berkesan. Salah satunya adalah lapik dengan pelampung atau boya kat bawah bontot. Erm, cara tu memang berkesan tapi takkan la aku nak ride lapik pelampung kan..? Huh.. Anyway, thanks doktor di atas penerangan panjang lebar tempohari.


Ada kalanya kesakitan tu berkurang. Bila ia kurang sakit, aku pun mencuba la panaskan enjin bawa ER6 aku gi kerja. Tapi bila ride dengan ER6 je, sakit tu makin kuat dan aku terpaksa alih-alihkan posisi bontot aku sekejap kiri sekejap kanan.. Huhuhu.. Sakitnya.. Macam mana nak ride nie...?


Aku rasa inilah puncanya.. Posisi tunggangan.. So, aku pun banyak simpan dan selimut je ER6 tu. Takpelah, nanti hilang sakit ni aku nak ride lagi dengan ER6 aku.. Tapi selepas beberapa bulan, sakit tu tak hilang jua.. Jadi, aku terpaksa berfikir panjang.. Sampai bila aku nak macam ni.. Dah 6 bulan aku tanggung kesakitan ni.. Selepas bincang dengan wife aku, baik aku selidik dulu beberapa buah skuter keluaran baru yang ada kat Malaysia ni. Selepas tu boleh lah sambau kuda baru. Haha.. Kuda lama..? Erm.. Tah.. Trade in aje lah.

Akhirnya.. Kata putus dibuat dan setelah mengambil kira faktor-faktor sekeliling, maka aku terpaksa jua trade in ER6 aku.. Waa... Sedih pula rasa.. 3 tahun aku bersamanya.. Ride ke Kelantan, Terengganu dan banyak lagi tempat lain aku ride dengannya.. Tapi demi kesihatan aku, terpaksa jua aku lepaskan dia.. hooo.. hooo... 

 So, pada 03.03.2017 lepas, aku dah pun hantar ER6 aku ke kedai motor Kok Hwa Tangkak.. Situlah aku ambil dia dulu, dan situlah jua aku serah dia balik. Sebelum tu, kasi abadikan dulu kenangan terakhir bersama ER6 kesayanganku..

 Wife aku pun tak lepaskan peluang juga untuk abadikan kenangan bersama ER6 tu.. Kenangan terakhir tu.. Selepas tu, aku memilih skuter ajelah untuk menggantikan ER6 tu. Dan sementara proses pendaftaran dilakukan, aku balik rumah dulu. Tunggu diorang call lah.

 Pada 07.03.2017 (Selasa), aku kembali semuala ke kedai motor tu sebab kerani dah call cakap motor dah ready untuk diambil. Bila sampai kat kedai motor tu, kelihatan ER6 yang bukan milikku lagi dah dimandikan, disyampukan, ditanggalkan semua stiker yang tak berfaedah.. Mungkin dia bakal mendapat tuan baru agaknya... Huwaaaa...

 Selesai urusan semuanya, maka tibalah masanya aku pulang bersama teman baru.. Jom balik.. Sebelum balik, sempat lagi aku ucapkan terima kasih kepada ER6 ku kerana tak pernah membawa masalah dalam hidupku. Setia dan sentiasa mengikut arahan.. Semoga dikau bahagia disamping tuan barumu.. Tsk.. Tsk.. Tsk..

 Inilah dia teman baruku.. Yangmana pastinya akan menemaniku ke mana saja aku pergi..

 Ada beberapa sebab mengapa aku memilih Yamaha NMax.. Iya, mungkin sebab cuting yang agak menggiurkan.. Haha.. Mungkin juga sebab ada radiator. Nanti lepas ni boleh ride lagi.. Haha.. Tapi apa yang pasti, aku memilih NMax kerana seatnya yang lebar dan agak rata.. Semoga coccyx ku tak sakit lagi masa ride..


Akhirnya, selamat tinggal dunia motorsikal berkuasa tinggi. Biarlah aku downgrade, demi untuk kesihatan diri sendiri. Agak sedih juga bila kita terpaksa korbankan minat kita.. Tapi demi untuk kesihatan, ku relakan dikau pergi.. Jadi, bermulanya hari ni, aku kini seorang rider skuter.. Hohoho.. 

Sekian nukilan ikhlas dariku..

-PokNik-
MasukGear

11 comments:

  1. Wasalam abg poknik
    Effie baru baca nukilan abg
    Semoga abg diberikan kesihatan yg lebih baik
    Kadang benda yg kita syg kita tpaksa lepaskan ..jangan risau .. xde moto xbmakna abg xde kami smua ..banyak nasihat n ilmu yg abg beri pd sy n pd org lain yg bru nak bjinak dgn sbk .. semoga pshabtan kita smua akan bkekalan smpai bila2 ..insyaallah .. CNM kirim salam pd poknik n mendoakan kesihatan poknik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih di atas doa kalian semua.. Insya'Allah ride tetap ada.. Walaupun dengan skuter.. Haha.. Nanti ada kesempatan dan masa boleh kita minum sama-sama ye Effie. Kirim salam buat semua kawan2..

      Delete
    2. Nmax pun OK..myk jimat..
      mamber pakai dah sampai krabi..cemerlang
      semoga tuan diberikan kesihatan yg baik..in sha Allah
      #guerillariders

      Delete
    3. Haah.. Minyak memang jimat.. Hehe.. Tq di atas doa tuan.. Insya'Allah..

      Delete
  2. ASSALAMUALAIKUM TUAN,
    Semoga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Amin.. Terima kasih di atas doa tuan.. :-)

      Delete
  3. Salam..
    Harap walau pun tuan dah pakai skuter tapi masih dapat/boleh dengar cerita dari tuan lagi. Cuma pakai skuter kurang dapat membezzitt kikiki..
    Harap tuan cepat sembuh seperti sediakala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Amin.. Terima kasih di atas doa tuan.. Insya'Allah selagi termampu, saya akan terus bercerita di sini.. :-)

      Delete
  4. Mungkin dia suruh tukar Goldwing atau BMW kot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Amin.. Mudah2an termakbul.. Hehehe

      Delete
  5. I read that Post and got it fine and informative. indian motorcycle tours

    ReplyDelete