Friday 31 March 2017

Ride Solo Santai NMax ke Klang dan Kuala Lumpur

Halop.. Halooppp.. Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dengan rahmat-Nya, ride solo kali ni berlangsung dengan jayanya tanpa apa-apa masalah.. Ride kali ni bukan apa, hanya semata-semata untuk menguji ketahanan diri dan coccyx, juga untuk menguji jentera baru yang baru habis pantang, serta yang paling penting sekali adalah aku nak settlekan proses tukar nama motorsikal Yamaha TZM aku yang dah lama aku jual pada adik aku dulu. Dia dah jual kat kawan dia dan kawan dia pun dah jual pada orang lain dah. So, baru-baru ni orang tu ada cuba jejaki aku.. Haha.. Dan dia berjaya menghubungi aku. Dan sambil-sambil tu, boleh aku ride ke Kuala Lumpur sekali.. Jumpa kawan lama ke.. Makan kat Kg. Baru ke.. Haha.. Jom ikuti kisah ride aku kali ni.. Hehehe



27.03.2017 (Isnin)

Pagi ni, aku bangun awal sikit. Macam biasa lah, kalau nak ride jauh, pastinya aku akan bangkit awal dari lenaku. Selepas selesai siap-siap semua, jom sarapan dulu.. Haha.. Minyak aku dah kasi full tank dah khas untuk perjalananku hari ni..

Pagi ni aku bersarapan di Kesang.. Kedai D'Aisyah cawangan baru tu la.. Kat Kesang.. Pagi-pagi dai dah bukak..

Sementara menunggu makanan yang diorder sampai, kasi berswafoto dulu lah..

Tadaa.. Makanan dah sampai.. Sebelum memulakan perjalanan, kasi penuhkan dulu tangki rider.. Hehe..

Perut dah kenyang, motor dah full tank, so aku memulakan perjalanan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dan tayar golek dari Kesang tadi tepat jam 7:22 pagi.

Aku memilih untuk lalu jalan Kesang Pajak dan seterusnya masuk ikut UTeM dan terus keluar kat tol Ayer Keroh. Dapat la jimatkan masa sikit.

Ride pagi-pagi ni best. Udaranya yang nyaman, dan dengan kelajuan kawasan kampung ni, memang dapat menikmati keindahan alam sekeliling..

Opss.. Sorry gambar terkabur pulak. Huhu..

Kira-kira 17 minit selepas tu, aku dah mula masuk PLUS Highway.. Kiri ke kanan..? Tentunya kiri lah menghala Kuala Lumpur.

Ok, dah mula masuk highway. So, bolehlah start cruising..

Cuaca masih lagi nyaman.. Udaranya sejuk je di pagi hari ni walaupun kenderaan agak banyak atas highway.

Ada juga yang lepak sebentar kat tepi jalan tu.. Mungkin merehatkan badan sekejap..

Tengah-tengah syok cruising antara 85kmj - 100kmj, tiba-tiba aku kena tapau dengan motor sebelah.. Haha.. Laju bro..

Ambulans pun banyak kelihatan menuju arah utara.. Tak tahulah mana nak pergi.. Yang aku perasan tadi dah ada 2 biji ambulans klinik kesihatan mana tah dengan St. John Ambulans.. 

Santai-santai je.. Hehee..

Selepas 76 minit atas motor, aku pun stop sekejap lah kat RnR Seremban arah utara. Sambil buang air kecil, sambil tambah air nescafe pulak. Haha.. So, jom lah rehat sekejap.

Hampir 20 minit juga aku habiskan masa kat sini.. So, ayuh lah kita teruskan balik perjalanan. Abam kat depan tu takde pun tegur-tegur angkat tangan ke kat aku. Maklum la, aku dah bawak motor kecik. Haha.. Tapi takpelah, mungkin motor aku cc kecik je.. Hehe..

Selepas siap semua, jom teruskan perjalanan. So, destinasi yang pertama yang aku tujui adalah Jabatan Pengangkutan Jalan Padang Jawa, Klang.. Pagi ni, aku akan settlekan dulu proses tukar nama motor. Dah janji dengan owner baru yang kami akan jumpa kat sana jam 10:00 pagi. Harap urusan nanti takde la lama sangat eh..

Sambil-sambil tengah cruising tu, ada juga beberapa muah motorsikal berkuasa tinggi memecut laju  menapauku.. huhu..

Beberapa kenderaan juga kelihatan tersadai tepi highway.. Rosak kot..?

Sekarang aku dah masuk lebihraya ELITE menuju ke Padang Jawa. Rasanya dah tak jauh dah..

Lori hijau depan tu membawa muatan batu barangkali. Ada ketikanya beberapa ketul batu kecil jatuh dan terkena kat bahagian depan motor aku. Haish, tak boleh jadi ni. Aku kena cepat-cepat potong lori tu.

Eh, masih ada lagi lori tu? Takpe, jap lagi aku kasi potong. Berbunga-bunga Myvi kat sebelah tu.. Haha..

So lepas ni nak exit mana ni? Aku stop sekejap bawah flyover tengok maps. Maklum la jarang sangat aku ke Klang. Boleh sesat aku kalau campak sana tanpa bantuan GPS.. hihi..

Orait, dah dapat lokasi, aku meneruskan perjalanan dan sekarang ni aku dah masuk laluan motor kat Federal Highway. Ni first time NMax ku masuk lorong motor. Haha..

Perjalanan diteruskan lagi. Menuju JPJ Padang Jawa

Aku tak biasa sangat dengan laluan motor ni. So bawa pelan-pelan ajulah. Ada ketikanya beberapa biji motor lain potong aku. Erm, slow sangat ke aku..? Hurm..

Masih meneruskan perjalanan dengan lebih berhati-hati kerana ada sesetengah orang cakap jalan untuk laluan motor tak berapa cantik. Dari pemerhatian aku, memang ada sesetengah tempat tu siap berlopak lagi.. Tapi ada juga part yang cantik permukaan jalannya..

Namun begitu, ada juga penunggang motorsikal yang tidak menggunakan laluan motorsikal. Pada aku, kalau siang hari ok rasanya guna laluan motor. Tapi kalau waktu malam, no komen lah sebab aku belum pernah guna laluan motor waktu malam.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jua aku kat JPJ Padang Jawa tepat jam 9:50 pagi. Awal 10 minit dari masa yang kami janjikan.

Sementara menunggu owner baru TZM aku sampai, kasi swafoto sekali lagi lah.. Hehehe..

Selepas menunggu hampir 15 minit, maka sampailah owner baru. Selepas berkenalan sekejap (haha..), kami terus ke kaunter JPJ untuk urusan tukar nama motor. Kelihatan ramai sangat agen-agen insurans yang akan membantu kita dalam proses pembaharuan insurans dan penukaran pemilik motor.. Asalkan insurans tu kita ambil dengan dialah. Tapi kalau kita hanya tukar nama saja tanpa perbaharui insurans, pandai-pandai ko lah buat sendiri.. Haha..

Nombor giliran dah ambil, so tunggu ajelah ye.. Erk.. ada 49 orang lagi.. Haha..

Dari pemerhatian aku, banyak kaunter yang dibuka. Pastinya waiting time akan lebih cepat.

Selepas 27 minit menunggu, nombor giliran dah jadi 3173.. Haa.. Dah tak lama dah tu giliran kami..

Giliran kami dipanggil jam 10:50 pagi dan urusan pertukaran pemilik sedang berlangsung. Akak ni peramah orangnya. Servis cepat dan bagus kat sini.. Thumbs up..!!

Sementara menunggu proses tukar nama, moh le kita berswafoto sekali lagi. Owner baru tu haa kat tengah berbaju hitam.. Peace yoo..

Alhamdulillah, akhirnya TZM dah sah menjadi milik anda. Terima kasih aku ucapkan kerana sanggup cari aku siap search dalam FB lagi. Akhirnya ketemu jua kita ye.. Hehe.. Kirim salam kat TZM tu eh.. Rindu plak kat "The Punisher".. Hehe.. Tu nama TZM aku la.. hihi..

 Selesai dah satu urusan. Ke mana plak lepas ni..? Ok, aku nak gi kasi full tank dulu motor aku. So, kali ni aku isi minyak kat BHP dekat ngan JPJ tadi. Kerugian kat sini adalah RM9.90.. Eh, dari Melaka tadi minyak tak sampai sepuluh hengget..? Haha.. Jimat..

 Ok, motor dah full tank. Ayuh kita menuju Kuala Lumpur. Aku ada janjitemu pula dengan En. Jazimen a.k.a KingDiamond kejap lagi. Hajatnya nak lunch sama-sama kat Kg. Baru. Tunggu aku jap eh.. Dah nampak dah tu signboard menuju Kuala Lumpur.

 Dalam perjalanan, tiba-tiba aku dah terlepas lorong.. Alamak, macam mana nie..? Aku teruskan juga mana tau depan nanti ada tempat u-turn..

 Dah semakin jauh tapi takde tempat u-turn.. Aku dah masuk highway Shapadu dah. Adeh, last-last terpaksa la stop sekejap bawah flyover, buka Google Maps tengok balik mana jalannya..

Haha.. Aku kena pusing balik lah.. Huhu.. Dah delay 15 minit dah kat sini..

 So, selepas tu aku ikutlah mana Google Maps bawa.. Last-last akhirnya jumpa kembali jalan pulang menuju KL.. Haish, boleh pula aku sesat terlepas lorong tadi.

 Tanpa membuang masa, aku terus memecut menuju KL.. Dengan kuderat NMax ni, aku maintain 90 - 100kmj je..

 Akhirnya sampailah aku kat Kuala Lumpur dan sekarang ni menuju ke Kg. Baru.. KingDiamond dah tunggu aku kat sana.. Dia dah sampai awal lagi tadi..

 Akhirnya selamat mendarat di Medan Selera Kg. Baru tepat jam 12:21 tengahari.. Erm, apa lagi, jom le makan.. Perut dah kembali lapar dah ni.. Hehehe

 Dah lama tak ketemu dan lunch sama-sama dengan Abam King.. Masih hemsyem seperti dolu-dolu.. Hahaha..

 Dah siap makan, kita lepak sekejaplah layan borak depan medan. Hehe.. Banyak benda yang nak dibincangkan nie.. Huk alohh.. Hahaha..

 Sementara itu, kasi NMax tu rehatlah dulu. Dah jauh dia berjalan bergolek tayar hari ni.

Jutaan terima kasih buat KingDiamond kerana sudi teman aku lunch hari ni. Terima kasih juga kuucapkan kerana belanja lunch aku tadi. Haha.. Dengar kata nak keluar Solariz lepas ni.. Hihi.. Tq so much sekali lg bro di atas pertemuan tadi..

 Masa masih awal.. So, lepas lunch tadi aku pusing-pusing dulu lah. Masuk kawasan HKL tengok tempat kerja aku dulu. Dah lebih 6 tahun aku tinggalkan tempat kerja aku dulu.. 

 HKL dah banyak berubah. Dah tak macam dulu.. Siap ada parking bertingkat lagi..

 Sedang layan memori kenangan silam dalam HKL, tiba-tiba keluar sebiji NMax ditunggang oleh pemiliknya menyelit di celah-celah kesesakan trafik dalam HKL.. Hehe.. Laju bro.. Nak gi lunch ke tu..? Haha..

 Sedang lalu depan jabatan Radioterapi, kelihatan awan nano mula berarak mendung. Hajat di hati nak singgah jap kat Jabatan Radioterapi. Tapi memandangkan awan nano tu makin hampir je, risau lak aku kang sekejap lagi hujan. Aku nak balik jauh ni..

 Jadi aku putuskan untuk tangguhkan dulu hajatku itu. Insya'Allah lain masa dan ketika aku akan singgah ketemu rakan-rakan lama.. Sebelum gerak balik Melaka, kasi abadikan dulu kenangan NMax di Kuala Lumpur.. Yeah..!!!

 Jam dah pukul 2:00 petang. Ayuh lah kita gerak balik Melaka..

 Dalam perjalanan menuju Highway PLUS arah selatan, aku terpandang pemandangan hutan batu kota metropolitan Kuala Lumpur ni.. Pesat membangun.. Fuhh..

 Kelihatan KLCC masih megah berdiri di situ sebagai bangunan tertinggi di Malaysia.. 

 Ketika ni, aku rasa Coccyx ku dah mula sakit kembali. Aih, penat sangat ke coccyx aku tu..? Ataupun sebab lama sangat duduk atas motor tadi? Ataupun mungkin sebab dah lama tak ride..?

 Sebelum sampai Tol Sungai Besi, sekali lagi aku stop bawah flyover. Kasi coccyx ku yang mula sakit ni rehat sekejap. Adeh, apakah aku dah tak dapat nak ride jauh lagi..? Hurm.. Harap-harap jangan la ko sakit lagi.. Cepat la sembuh.. Aku nak ride lagi lepas ni..

 Lepas rehat dalam 10 minit, aku meneruskan kembali perjalanan balik Melaka.. Sekali sekala aku posisikan punggungku agar kesakitan kembali reda..

 Dalam perjalanan pulang, keadaan trafik dah mula sesak.. Dengan treler panjang lagi..

 Uiks.. Bukan main laju treler tu. Dah semakin kedepan dah. 

 Sapa nak try kolagen, boleh call hotline kat situ eh.. Haha.. Iklan jap..

 Tepi tu papantanda menunjukkan lori dilarang memotong. Tapi diorang memotong je sesama sendiri.. 

 Tengok.. Bukan main laju lori tu.. Treler tadi pun kena tapau.. 

 Sekarang giliran treler tadi pula tapau crane.. Haha..

 Aku pun kadang-kadang kena tapau juga. Laju nau EX5 tu tapau aku.. Haha.. Tengah kejar 125Z kot..? 

 Smart bas tu.. Rekaan baru ker..? 

 Aku masih mengekalkan kelajuan antara 90 - 100kmj.. 

 Tiba-tiba.. Eh, dah tinggal 2 bar dah minyak..? Sempat ke aku nak balik Melaka ni..? Nak kena topup ke..? Takpelah, kita jalan dulu lah.. Stesen minyak jauh lagi. Kat RnR Jejantas Ayer Keroh ada pam minyak.

 Banyak tempat yang lorong kiri atau kanan ditutup sementara kerana kerja-kerja penambaikan

 Eh, dah tak jauh dah simpang Ayer Keroh. Haha.. Ayuh.. Punggung dah ke kiri dan kanan dah ni menahan sakit pada skala 5 dari 10..

 Vroommmmmm.... Motorsikal berkuasa tinggi sedang memecut laju di lorong paling kanan.. 

 Dah sampai RnR Jejantas Ayer Keroh tapi aku tak berhenti kat sini. Masih meneruskan perjalanan dengan harapan sempat lah minyak tu sampai Jasin.

 Lepas RnR Jejantas pun ada juga kerja-kerja penurapan semula jalan..

 Minyak dah jatuh 1 bar dah. Perjalanan menuju Jasin masih jauh. Sempat ke nie..? Kita tengok lah nanti macam mana..

 Sekarang ni aku dah masuk susur Ayer Keroh. Selekohnya dah dicatkan dengan line merah yang tebal. Agak sukar dah nak layan korner kat sini.. Hihi..

 Akhirnya selepas melepasi tol tadi, aku memilih untuk ikut laluan UTeM sekali lagi kerana jalan ni adalah jalan paling dekat untuk ke Jasin.

 Lalu dalam UTeM ni mengingatkan aku suasana masa zaman jadi student dulu..

 Kat dalam UTeM pun jem ke.? Huhu..

 Akhirnya dah masuk jalan menuju ke kesang Pajak. Minyak masih 1 bar belum kelip-kelip lagi..

 Perjalanan masih diteruskan menuju Shell Taman Maju. Nanti kat sana aku kasi full tank sekali lagi dan masa tu lah dapat tahu berapa kos perjalanan untuk hari ni..

 Akhirnya sampailah Shell Taman Maju. So, kerugian full tank kali ni adalah RM12.70..

So, kiraan ride aku adalah berakhir kat sini walaupun rumah aku masih jauh.. Haha.. Ada la dalam 5km lagi nak sampai rumah. Dari ride hari ni, dapatlah dirumuskan untuk perjalanan 366km hari ni, total kerugian petrol adalah RM22.60 dan mengikut kiraan motor aku, NMax ku menggunakan (secara puratanya) 2.7 liter untuk setiap 100km.. Agak jimat bilamana 1 tangki penuh boleh pergi lebih 200km (average speed 90kmj - 100kmj)..

 Dah siap full tank, jom lah balik rumah.. Tekak dah mula kering dah ni..

 Oleh kerana dek tuntutan kerongkongku yang derhargaakan air, aku stop sekejap kat gerai Teh Ais Kow Kesang. Beli 1 cawan..

Sambil menunggang sambil minum.. Maklum le naik skuter.. Hehe.. Sampai rumah dah tinggal separuh..

So, setakat ini dulu cerita ride untuk kali ni.. Badan pun dah penat dah. Nak rehat jap. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Sehingga bertemu lagi di lain waktu..

Chow dulu.. Bye..

-PokNik-
Masukgear

5 comments: