Tuesday 26 December 2017

Ride Ke Krabi, Thailand 2017 (Hari Terakhir - Hari Keempat)

12.11.2017 (Isnin)

Assalamualaikum.. Selamat pagi abe-abe semo.. Sawadeekap.. Salam dihulurkan dari Dannok.. Waaa... Pagi ni macam biasa lah aku bangun awal sikit bersama-sama teman sebilikku, King Helmi.. Eh, sapa pula King Helmi? Haha.. Orang sama la dengan Helmi The Dragon dan juga Bro Helmi NMax.. Hehe.. Erm, hari ni last day kami berada di bumi Siam. Sudah tiba masanya untuk kami pulang semula ke Melaka. Masa bergumbiraa pun dah tamat.. Hehe.. 

So awal pagi lagi aku dah siap-siap bersama King Helmi untuk turun ke bawah. Kami nak sarapan sekejap dan lepas tu kita keluar pusing-pusing kawasan Dannok kejap. (View dari bilik kami)

Ni pula dari view belah kanan.. Ah, jom lah kita sarapan dulu..

Bro Shah dan Pais pun ada untuk sarapan sama-sama.. Hehe.. Jom sarapan dulu. Lepas ni kita nak pusing sekitar Bandar Dannok pula.. Hehe

Untuk hari ni, tak banyak cerita yang dapat aku kongsi bersama. Maklum lah, ceritanya sama je.. Ride atas highway.. Dan rehat seketika.. Hihi..

Lepas breakfast tadi, jom kita pusing Dannok. Aku berhajat nak ke Tesco Lotus lakejap. Nak beli sikit barang..

Kali ni Shah tumpang motor King Helmi memandangkan Shah dah malas nak start motor.. haha..

Kami sampai Tesco Lotus jam 9:28 pagi (waktu Malaysia).. Dan inilah dia (bak kata King Helmi) skuter Hayabusa versi Manchester United. Aku dedikasikan skuter ni khas buat Kamen Rider.. Hehehe..

Ni lah dia Tesco Lotus kat Dannok. Dibuka seawal jam 7:00 pagi (waktu Malaysia) sehingga jam 10:00 malam (waktu Malaysia).. Jom cari barang sikit..

Yeah.. Posing maut Pais di depan Tesco Lotus.

Dah siap cari barang kat Tesco Lotus tu, jom lah kita balik hotel kemas-kemas. Tapi sebelum tu, singgh dulu kat 7 Eleven Dannok. Pais nak beli roti sudip kap.. Haha..

Membeli roti kat sini kena lebih berhati-hati. Takut nanti tersalah pilih pulak..

Burger ayam dan burger vavi diletakkan bersebelahan jer.. Haha

Tiba-tiba aku terpandang pintu sempadan Malaysia yang sedang menanti kepulangan kami. Hehe.. 

Dan aku terpandang juga satu skuter ni.. Smart doo. Honda Zomer X ke apa tah nama modelnya aku pun tak pasti

Selepas selesai semua urusan, kami pun siap-siap lah nak gerak meninggalkan bumi Thailand. Bye-bye Thailand..

Kami sampai border untuk chop passport jam 1:20 tengahari. Waaa.. Dah agak kelewatan dah ni.. Haha.. Tah pukul berapa nanti sampai Melaka..

Sekarang ni bangunan lama dah takde. Semua dah naik bangunan baru dah kat sempadan Bukit Kayu Hitam dan juga belah Dannok

Sementara kesempatan yang ada selepas selesai semua urusan kastam dan imigresen, aku terus shoot ke Changlun. Hajatnya mencari buah mangga, tapi kecewa dan hampa. Buah nenas banyak la dijual di tepi jalanraya..

Last-last, aku stop sekejap kat Caltex Changlun. Kasi full tank kat sini motor aku dan beli sedikit minuman untuk hilangkan kehausan tekak. Kerugian petrol kat sini adalah RM11.90 dan Nescafe ni pulak RM2.50

Yang lain pun turut sama isi minyak motor masing-masing

Sempat lagi King Helmi bersama Pais abadikan kenangan kat sini.

Orait, semua dah ready? Jom kita balik Melaka.. Yeehaaa...

Sepanjang merentasi PLUS Highway, takde apa pun yang menarik. Hanya jalanraya dan cuaca yang agak panas je sekarang ni.

Selepas hampir sejam kami ride, kami stop kat RnR Gurun Arah Selatan. Aku tak isi minyak pun kat sini. Sekadar makan tengahari lah buat alas perut yang dah agak kelaparan.

Tapi masih ada lagi yang nak rehat dulu buat seketika. haha.. Takpe, silakanlah..

Helmi berdua The Blood Brother bergabung.. Macam nak gaduh je.. Haha..

So, aku makan kat sini sementara ada yang lain masih berehat. Dan ada juga yang dah siap makan. Haha.. Kerugian makan dan minum kat sini pula RM8.20.. Hurm, harga makanan dan minuman kat RnR aku perasan agak murah berbanding restoran kat kampung-kampung. Mungkin sebab harganya dipantau kot..? Erm, takpe. Lupakan dulu kisah makan dan minum tu.

Lepas makan, aku rehat sekejap. Dan masa ni terjumpa seorang brader ni dari mana tah.. Aku lupa la.. hahaha.. Tapi apa yang pasti, dia menunggang Benelli RFS 150i.. Salah satu moped kegemaran Kamen Rider.. Hihi..

First time aku tengok RFS depan mata.. Hehe..

Orait, selepas selesai semuanya, jom kita gerak.. (harga semasa petrol di Malaysia)

Kasi Shah full tank dulu sebelum gerak.

Kami teruskan lagi perjalanan balik Melaka dan bercadang untuk stop kat RnR Gunung Semanggol pula..

Aku naik slow je sementara yang lain dah memecut laju.. Sepantas kilat.. Huhu..

Kami sampai RnR Gunung Semanggol jam 5:30petang. Aku isi full tank kat sini dan macam biasa la kerugiannya adalah RM11.00

Lepas isi minyak, kami gerak lagi dan destinasi selepas ni adalah RnR Tapah. Jom kita teruskan perjalanan..

Sepanjang perjalanan, aku layan perasaan sorang-sorang je. Yang lain? Macam biasa la dah memecut laju bak halilintar membelah awan nano.. Fuhh..

Tapi, kadang-kadang tu syok juga layan pemandangan sekeliling.. Cantik je.. Hehe..

Tiba-tiba aku dah dapat kejar Shah.. Hehe.. Jom la Shah kita saing sama-sama

Melewati Jambatan Sultan Azlan Shah

Makin lama hari semakin gelap. Dan hujan mula turun tapi tak begitu lebat. Cukup untuk buat jaket aku basah. Hohoo..

Kami sampai RnR Tapah jam 7:30 malam. Kelihatan Shah sedang memeriksa rim motor beliau memandangkan tadi ada satu lubang besar tak dapat nak elak.. Nasib baik takde apa-apa

Kat sini, aku kasi full tank lagi dan kerugiannya adalah RM8.40.. Aku beli sedikit roti dan air untuk alas perut. Kesemuanya adalah RM8.30.. Jom kita picnic sekejap. Hehe..

Hampir satu jam kami habiskan masa kat sini. Dah tiba masanya untuk bergolek tayar lagi.. Intim sungguh perhubungan adik dan abang.. Syahdu pula rasanya.. Huwaa....

Orait. Ayuh kita mengayuh lagi. Hentian seterusnya adalah RnR Jejantas Sungai Buloh. Erm, kelihatan tadi Azrul dan Bro Helmie RS dah gerak. Kami kejap lagi gerak lah.

Beberapa ketika selepas itu, kami mulakan kayuhan menuju selatan. King Helmi dan mula pecut dah tu bersama Pais. Aku dan Shah maintain kayuhan 90kmj atas highway. Haha..

Sesetengah tempat, kenderaan dah mula sesak. Tapi kayuhan tetap diteruskan.

Hari semakin malam, menuju ke detik-detik jam 10:00 malam.. Hurm.. Bila laa nak sampai ni..

Yeah.. Akhirnya aku dan Shah tiba kat RnR Jejantas Sungai Buloh jam 10:17 malam. Hampir dua jam kayuhan untuk jarak lebih kurang 127km.. Hihi.. 

Sementara diorang sedang menikmati minuman yang lazat dan berkhasiat, aku dan Shah buat keputusan untuk gerak dulu lah. Nanti diorang kejar.

Motor diorang semua laju-laju.. Fuhh.. Aku juga yang slow and steady medi.. Haha..

Walaupun slow, perjalanan pulang tetap diteruskan..

Mata dah semakin ngantuk. Ada juga perasan yang Pais memfollow King Helmi menuju Tol Ayer Keroh. Tapi aku tak bisa berbuat apa-apa.. Motorku slow saja. So, aku dan Shah aje lah meredah kepekatan malam.. Huhu..

Selepas mengharungi kegelapan malam atas highway tadi, akhirnya kami sampai Tol Ayer Keroh jam 12:32 tengah malam..

Lepas ni kami akan ke kedai makan kat Kesang Jaya untuk minum sekejap. Tapi King Helmi dan beberapa yang lain tak dapat ikut. Takpe lah.. Mana yang free ajelah..

Sebelum pulang ke rumah, aku kasi full tank sekali lagi kat sini dan Petronas Tol Ayer Keroh ini lah jadi titik last untuk ekspidisi kembara kali ini.. Kerugian last kat sini adalah RM8.80..

Lepas siap isi minyak, sapa-sapa yang free dijemput untuk makan dan minum kat kedai makan kat Kesang Jaya. Bayo sendiri-sendiri deh.. Hehe..

Alhamdulillah, semua peserta selamat pergi dan balik tanpa masalah yang besar. 

Aku ucapkan ribuan terima kasih buat semua peserta kerana sudi ride sama-sama ke Krabi.. Basah hujan tetap bersama.. Sesat bersama dan cari hala tuju pun bersama.. Bersatu hati dalam menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.. Ride sejauh 2074km ini sangat memenatkan. Namun begitu kepuasannya itulah habuan buat kami.. So, sampai sini dulu lah coretan ringkas dari aku buat semua teman-teman. Oh ya, ada ramai yang tanya aku, berapa kerugian petrol untuk ride ni..? Ni aku ada sertakan ringkasannya..

Inilah dia perbelanjaan petrol untuk ride ke Krabi.. Sila klik untuk besarkan imej. Untuk kos petrol kat Thailand, aku dah siap convert ke RM supaya senang nak kira. Ni hanya untuk kos petrol sahaja. Tak termasuk perbelanjaan peribadi.. Hehehe..

Dan seperti biasa, sebelum melelapkan mata, sudi-sudikanlah untuk sama-sama menonton video last day ni ye.. hehehe..

Sampai sini dulu ye untuk kisah kali ini. Sehingga kita bertemu lagi dalam ride akan datang.. Salam sayang dari PokNik buat semua.. Haha.. 

Adios.. Chow dulu..

-PokNik-
MasukGear

2 comments:

  1. seronok baca pengalaman brother...salute!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    insya Allah paad 25 April malam kami seramai 20 orang dari Kuala Terengganu akan ke Krabi - Hatyai.
    Motor cub juga.
    Balik may b 1 Mei 2018.

    ReplyDelete