Friday 22 December 2017

Ride Ke Krabi, Thailand 2017 (Hari Ketiga)

11.11.2017 (Ahad)

Sawadeekap.. Salam keceriaan penuh keterujaan dari Krabi, Thailand. Peh.. Sungguh tak ku sangka yang aku mampu untuk ride sejauh ini dengan skuter NMax aku. Haha.. Haish.. Andainya misi ride kali ni berjaya, rasa macam nak gi Thousand Corners pulak. Haha.. Larat ke nak ke sana..? Visa lepas ker..? Kikiki.. Rasanya.. Erm.. Tahlah.. Hahaha.. Orait.. Lupakan dulu hasrat ke Thousand Corners tu.. Tah jadi kenyataan atau hanya sekadar mimpi.. Pun aku tak tahu.. Huahuahua..

Pagi ni macam biasalah, aku mangkit awai sikit. Pukul 7:45 pagi waktu Malaysia aku dah terpacak kat bawah bersama rakan sebilikku.. Tak lain dan tak bukan.. Helmi NMax.. Yeahhh..!!!Tadaaa.. Eh.. Semalam Helmi The Dragon..? Hari ni Helmi NMax pulak eh..? Hurm.. Ok la tu.. Janji orang sama.. Hihi..

Kami bangun awal hari ini.. Bukan apa.. Hanya untuk jalan-jalan cari sarapan dan juga pusing la sekitar Ao Nang ni.  So, di kesempatan masa yang ada ni, kita jalan-jalan je la dulu..



Kami update dalam group. Ada sapa-sapa nak ikut gi sarapan tak? Kemudian Shah cakap nak ikut. So, kita tunggu kejap lah.. Sambil-sambil tu, kita minum-minum dulu no..

Dak Shah muncul kira-kira jam 7:57 pagi (waktu Malaysia) dan tanpa banyak bicara, jom kita cari tempat menarik untuk selfie beramai-ramai.. Errr... Bertiga aje lah..

Yeahhh!! Terbaeik bro.. Kat sini mana ada pakai helmet.. Hehehehe.. 

Selepas beberapa minit pusing, kami terpandang satu tempat yang agak menarik untuk bergambar. Haha.. Apa lagi, kasi snap la satu kali buat kenangan kat sini..

Lepas tuan motor, kasi motor pulak abadikan kenangan ye. Hehe.. Kelihatan SYM SR 125i diapit dengan megahnya oleh Yamaha NMax 155.. Pehhh...

Selesai bergambar, kami stop kat Pantai Ao Nang pula. Syok betul di pagi hari ni duk tepi pantai.. Pehh.. Memey mendamaikanlah..

Fuhh.. Sungguh indah ciptaan Tuhan ni.. Subhanallah.. 

Selepas menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, jom lah kita teruskan lagi perjalanan. Ketika pusing-pusing, kami ternampak satu masjid kat Ao Nang ni. So, kasi gambiran dulu lah satu kali kat depan masjid ni..

Selepas bergambar, aku terpandang satu restoran muslim halal berdepan dengan Masjid Ao Nang ni.. Haa.. Kita sarapan kat sini ajelah ye.. Yeeahhh!!!

Yeah..!! Kita sarapan kat sini ye.. Sedikit petua dari kaki overlander, diorang cakap kalau susah sangat nak cari kedai makan halal, kita cari masjid dulu. Jumpa masjid kang, carilah kedai makan terdekat dengan masjid. Depan masjid ke, sebelah masjid ke.. Insya'Allah halal..

Aku order nasi lemak ayam kat sini. Beserta dengan teh ais, aku kerugian kira-kira THB120.00 (RM15.40).. Pehh.. Dah nak hampir sama dengan harga nasi lemak Pak Nasser kat atas AirAsia.. Haha.. Takpelah.. Pengalaman.. Huhu..

Sambil-sambil tengah makan nasi lemak yang sedap ni, Pais FZ update yang dia nak datang sini sarapan sama-sama.. Erm, jom lah.. Kami tunggu anda semua.. Kemudian selepas sarapan, Pais FZ sampai dan selang beberapa minit selepas tu, Azrul dan Bro Helmie RS pun sampai. 

Tak lama kami kat situ. Mungkin hanya untuk satu jam sahaja. Kemudian kami pusing lagi pekan Ao Nang dan sekarang ni barulah ada beberapa kedai yang dah buka untuk pelancong membeli-belah

Tapi masih ada juga yang belum buka kedainya.. Haha.. Maklum la semalam balik lambat. Huhuhu..

Nampaknya dah ada beberapa barang yang dah sangkut kat hati tu.. Hehe

Swafoto sekali lagi laa.. Yeahhh!!!

Rugi kalau tak swafoto beramai-ramai ni.. Kenangan ni.. Huhu..

Sekitar pantai Ao Nang yang mendamaikan.. Sebenarnya hajat di hati nak ambil satu trip Hoping Islands.. Ke pulau-pulau berdekatan.. Tapi kekangan masa sangat-sangat mempengaruhi aktiviti kami.. Dan aku batalkan sahaja hasrat itu..

Mari kita berselfie.. Yeahhh..!!! Haha..

Lepas tu kita kasi swafoto lagi kat ikan layar ni.. Haha.. Berlatar belakangkan Laut Andaman, sebenarnya lagi cantik pemandangan kalau kita turun tepi pantai berhadapan dengan tugu ikan layar ni.. Rugi tak turun.. Huhu..

Selesai ambil gambar, ayuh kita teruskan ke pantai depan pula.. Pantai apa tu..? Pantai Noppharat Thara.. 

Haaa.. Sekejap je dah sampai.. Jom lepak-lepak jap

Ni adalah pemandangan sekitar Pantai Noppharat Thara..

Kat sini pun cantik juga pemandangan..

Bila semua peserta sampai, kami berselfie sama-sama lah.. Hehe..

Click.. Haa.. Memang kat sini sesuai untuk aktiviti berswafoto bersama rakan..

Pais ambil gambar kat sini..

Dan aku pun nak juga ambil gambar kat sini.. Hahaha..

Orait, jam dah hampir pukul 11:00 pagi (waktu Malaysia).. Jom balik check out hotel.. Nanti kita nak ke Krabi Bike Week pula..

Sampai hotel, aku terus kemas-kemas dan check out. Sementara menunggu yang lain bersiap-siap, kita minum kopi bersama Pais dulu la noo.. Hehe..

Jam dah menunjukkan pukul 1:05 tengahari (waktu Malaysia) dan kami semua dah ready untuk gerak ke Danok. Tapi sebelum tu kami akan singgah kat tugu Ketam yang tersohor tu le.. Dan juga kami akan ke Krabi Bike Week.

Jom kita.. Menuju Pekan Krabi dulu..

Cuaca tengahari ni agak terik. Sesekali muncul awan nano berarak kelabu

Andainya hujan turun, perjalanan tetap diteruskan jua.. Hehe..

Semangat masing-masing dah membara ni.. Nak ambik gambar kat tugu ketam tu ler.. Haha

Kira-kira setengah jam selepas itu, kami stop sekejap kat salah satu PTT dalam Wilayah Krabi, dah tak jauh dah nak ke Pekan Krabi. (gps loc : 8.079972, 98.856423)

Selepas kasi full tank NMax aku, aku kasi alas perut juga sikit. So, kerugian untuk full tank NMax aku adalah THB84.20 (RM10.82) dan air Nescafe pula adalah THB15.00 (RM1.92)

Hampir 30 minit juga kami lepak sini. Dah tiba masanya untuk gerak ke Pekan Krabi.

Tadaa.. Eh, kejap je dah sampai Pekan Krabi. Haha.. Jom lah kita swafoto dulu noh..

Kasi abadikan kenangan dulu kat sini.. 

Dan kat sini pulak.. Huk aloh.. Haha..

Sambil-sambil tu sempat juga melawat gerai-gerai sekitar Pekan Krabi ni.. Macam-macam ada..

Ulat goreng ada..

Belalang goreng kering pun ada.. Tahlah dia kira macam mana harga makanan ni..

Owhyeahhh... Macam-macam ada..

Swafoto sekali lagi.. Haha..

Tahiyat awal ke tu Mie..? Hehehe..

Selesai sudah sessi bergambar, kami patah balik dan terus ke tapak Krabi Bike Week pula.. Lokasi bike week kali ni diadakan berdekatan dengan Krabi Provincial Administration Organization (gps loc : 8.047820, 98.908824) dan ianya hanya berjarak lebih kurang 5km sahaja dari Pekan Krabi tadi.

Kami sampai sini agak lewat dah. Jam pun dah menunjukkan pukul 2:45 petang (waktu Malaysia). Tapi, jom lah kita survey keadaan sekitar Krabi Bike Week 2017 ni dulu eh..








Selesai pusing-pusing sekitar Krabi Bike Week, jom kita abadikan pula kenangan kat sini.. Haha.. Tempat wajib ni.. Terima kasih buat bro Amir Joe (dari Malaysia juga) kerana sudi tolong tangkapkan gambar untuk kami.. Tq.. Tq.. Kami gerak dulu ye.. Lepas ni kami nak gerak ke Danok pulak.

Selesai bergambar, kami teruskan perjalanan ke Danok.. Nanti kami akan bermalam kat sana pula dan esok baru kami akan gerak balik Melaka.. Senyum je Helmi NMax tu.. Kurrr.. Kurrrr.. Kuuurrrr...

Ok, jom kita teruskan perjalanan..

Perjalanan menuju Danok, merentasi laluan Route 4 (Phet Kasem Road)

Steady.. Steady.. Eh, apsal pula 5 biji je? Owh, sebiji lagi tu aku laa.. Tukang ngambil gambo.. Haha..

Bila terpandang tanda Halal kat papan tanda sebelah kiri tu, baru la aku teringat yang aku belum lunch lagi. Dah pukul 3:36 petang (waktu Malaysia) dah nie.. Hoho.. Takpe.. Sabo.. Sabo.. Kepala konvoi stop, kita stop.. Haha..

Sedang menuju ke Selatan Tanah air Siam, aku terpandang signboard ni.. Eh, masuk Krabi balik ke..? Hahaha.. Ah, biarlah laluan mana sekalipun, janji aku nak stop sini sekejap. Nak abadikan kenangan kat sini..

Haa.. Dapat juga hasrat aku nak ambil gambar kat sini. Semalam masa ke Krabi, memang tak dapat ambil kat signboard macam ni sebab hari dah malam dan gelap.. Ok, jom kita teruskan kembali perjalanan..

Beberapa minit selepas tu, Azrul ternampak satu kedai makan muslim kat seberang jalan. So, dia decide yang kita semua stop sini lah dulu untuk makan tengahari menuju petang. Hehe.. So, kami u-turn sikit saja lah menuju ke Krabi balik. Haa..

Aku tak tahu apa nama kedai makan ni. Tapi boleh laa untuk penuhkan perutku yang dah kelaparan ni.. (gps loc : 7.750609, 99.257548)

Aku ambil nasi campur je.. Senang.. Erm, ada juga yang order nasi goreng.. Tapi nak menyebutnya Ya Allah, susah nau.. Pemilik restoran pun tak pandai cakap Bahasa Inggeris, apatah lagi Bahasa Melayu.. Haha.. Apatah.. Koeyteow pat.. Kai pat krai.. Ahh..!! Cha yeng..

Jom kita makan dulu.. Yeahh..!! 

Inilah juadah untuk makan tengahari aku.. Erm, kerugiannya..? THB85.00 (RM10.93).. Kira RM11.00 lah tu.. Hehe..

Orait, perut dah kenyang. Jom kita gerak..

Sebelum gerak, aku perasan depan sikit selepas kedai makan ni, ada satu stesen minyak PTT. Erm, Shah kasi full tank kat situ sebelum gerak. Dan bila aku amati balik, rupa-rupanya itulah PTT yang kami berhenti semalam ketika on the way ke Krabi. Last PTT waktu malam dah masa tu.. 

Masa on the way balik, hujan sekejap turun sekejap berhenti. Tapi perjalanan tetap diteruskan.

Masa balik ni, kami kompius lagi.. Manakah laluan yang nak kami lalui..? Haa.. Akhirnya dari Route 4, kami masuk simpang melalui Route 4159 dan terus ke Route 4158.

Dari Route 4158, kami pencong masuk Route 403 dan seterusnya belok kiri lalu Route 419. Tiba di satu persimpangan (gps loc : 7.606036, 99.604405) kami rasa seolah-olah kami hilang arah tujuan. So, kami stop sekejap dan mencari pedoman semula supaya perjalanan kami berada di landasan yang betul.. Haha..

Ya.. Betul dah ni laluannya.. Jom lah kita teruskan semula perjalanan yang berbaki 208km lagi.. Jom..

Dalam perjalanan menuju Phatthalung, kami stop lagi kat satu stesen minyak Caltex. Kami cuba cari PTT tapi tak jumpa. So, Caltex pun Caltex lah (gps loc : 7.560299, 99.713616). Memandangkan kat sini aku tak tau apa-apa pasal petrol Caltex ni, aku pilih untuk isi RON95 yang paling mahal.. Dan kerugiannya adalah...? Hahaha... THB156.00 (RM20.05) tuuu walaupun minyak motor aku masih lagi berbaki 2 bar.. Peehhh...

Kami rehat seketika kat sini. Tegangkan urat saraf.. Hehe.. Dan kami gerak semula jam 7:05 malam (waktu Malaysia)

Daripada hentian ini, kami menyusuri Route 4 saja lah. Dan dari signboard yang ada, kami pilih menuju Hatyai. So, dari Hatyai, baru lah kami akan masuk simpang ke Danok. Hari semakin gelap. Kadangkala kami ditimpa hujan yang lebat. Dan aku rasa malam ni sangat lebat hujannya.. Tapi kami redah je memandangkan nak kejar masa untuk sampai Danok. Tapi ada sesetengah tempat, hujan berhenti untuk seketika..

Lebih kurang 130km perjalanan dari Caltex tadi, minyak motor Azrul dah mula berkelip. Dengan harapan ada stesen minyak PTT sepanjang perjalanan nanti, kami terus je ikut signboard menuju Hatyai.

So, jom belok kiri.. 

Beberapa meter selepas membelok tadi, kami sekali lagi stop sekejap untuk tengok maps. Dan rasanya sekali lagi kami tersasar arah tuju. Haha.. Takpe, tak jauh sangat pun tersasar kali ni. Hehe.. Jom patah balik dan terus ikut Route 4.

Sampai di satu simpang (gps loc : 6.974710, 100.479449), kami susur kiri dan terus belok kanan menuju Danok. Tapi kat signboard, diorang tulis Sadao. Hehe.. Meter motor Azrul dan bro Helmi RS pula tak berhenti berkelip. Menandakan ianya derhargaakan petrol. Mana PTT nie..? Hah.. Sudah.. Huhu.. Tapi kami teruskan juga.. 

Selepas mengharungi 142km, akhirnya kami jumpa juga stesen minyak PTT (gps loc : 6.962281, 100.475235). Fuhh.. Lega.. Haha.. Kat sini aku tak isi minyak sebab minyak motor aku masih lagi mencukupi..

Sementara menanti kawan-kawan lain yang sedang kasi full tank, sempat la aku rehat-rehat untuk seketika. Lagipun perjalanan dah tak jauh dah. Dalam 51km je lagi. 

Hampir setengah jam juga kami kat PTT ni dan perjalanan kena teruskan ni. Nanti kita kelewatan sampai Danok. Cuaca pula kadang-kadang hujan dan ada kalanya ia berhenti. 

Memang malam ni kami kebasahan lah kena hujan.. Huhu..

Selepas harungi 192km, akhirnya kami sampai di hotel kat Danok jam 10:33 malam..

Dan hotel yang menjadi pilihan kami malam ni adalah Siam Thana Hotel. Harga untuk satu malam takde la mahal sangat. THB790.00 je. 

Memandangkan bilik standard dah habis, kena ambil bilik Deluxe lah. So, passport please.. Hehe..

Tadaa.. Nilah biliknya.. Luas, cantik..

Selepas check in bilik, jom lah kita siap-siapkan diri dulu. Mandi dulu dan basuh apa patut.. Hoho.. Lepas ni kita nak turun makan pula. Perut dah kelaparan dah ni. Dari petang tadi tak makan-makan ni.. Huhu.. Erkkk..

Kami turun untuk makan pukul 12:00 malam dah (waktu Malaysia).. Wah, dah lewat jugak ni. Ah, apa-apa pun kasi penuhkan perut dulu laa..

Dan gerai pilihan kami malam ni adalah gerai yang ada daging bakar.. Pehh.. Lama dah tak pekena daging bakar kat sini.. (gps loc : 6.524746, 100.418484)

Menu aku malam ni pula adalah Nasi Goreng Amarika. (USA laa)

Dan ni haa yang wajib.. Daging bakar dengan air cicah.. Adehh.. Sedapnya.. So, kerugian untuk Nasi Goreng USA + Daging Bakar + Teh Ais adalah THB180.00 (RM23.14).. Pehh.. Haha.. Boleh tahan juga harga.. Hihi.. Takpelah.. Lagipun perut dah lapar sangat dah ni..

Dah selesai makan, apa lagi.. Cari tilam laa.. Ngantuk.. Nak tidur.. Hehe..

Eh, sebelum tidur tu, meh sama-sama bantu aku buat kira-kira belanja eh..

Sarapan pagi @ Krabi Malaysia Restaurant = RM15.40 (THB120.00)
Cenderamata dan fridge magnet = RM28.30 (THB220.00)
PTT Krabi (minyak dan air nescafe) = RM12.75 (THB99.20)
Makan tengahari = RM10.95 (THB85.00)
Isi minyak @ Caltex = RM20.05 (THB156.00)
Makan malam @ Dannok = RM23.15 (THB180.00)

So, total perbelanjaan untuk hari ini adalah : RM110.60 

Seperti biasa sebelum masuk tidur, aku dedikasikan video ni khas untuk korang semua (hari ketiga pulak la).. Selamat menonton.. Hehe..

Oklah, sampai sini dulu ye cerita untuk hari ketiga. Esok kena bangun awal.. Nak balik Malaysia dah esok.. So, aku tidur dulu noo.. Jumpa lagi esok.. 


Adios..

-PokNik-
MasukGear


No comments:

Post a Comment