Friday, 7 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 2

Hai.. Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Aih.. Malam lagi..? Hehehe.. Apa boleh buat? Dah malam je free. Huhu.. Oklah, nanti kejap lagi kita akan sambung semula stori ride ke kelantan nih. So, bijik kuaci ada lagi tak? Kalau takde, p beli dulu. Kang nanti sambung balik eh..

Ok, setelah selesai mengenyangkan perut yang lapar di Jerantut, maka kami akan memulakan perjalanan semuala ke Kuala Lipis. Dan seterusnya dari Kuala Lipis, akan melalui Felda Kechau. (Short cut le tu kononnya..). So, jom gerak sekarang. Jam menunjukkan pukul 12:17 tengahari. Sorry, takde gambar sampai la Petronas Kechau.

Wednesday, 5 February 2014

Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Huhu.. Malam ek..? Ye la.. Sbb aku taip cerita ni dikala malam bulan mengambang. Hehehe.. Sorry pembaca2 semua, buat anda menunggu untuk membaca cerita ni. Hehehe.. Cerita ni agak panjang untuk distorikan. So, cepat2 p dapur buat air dulu.. Sediakan bijik kuaci.. dan boleh la kalau nak start sekarang.. hehehe.. Aku akan cuba buat seolah2 pembaca pun ada sekali dalam ride kali ni eh.. Jom.. Hayati artikel ni dengan penuh khusyuk sekali..

Ride ke Kelantan (Intro)

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera semua.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, ride ke Kelantan pada 31/01/2014 - 02/02/2014 berjalan dengan lancar sekali. Syukur juga kepada Allah kerana sepanjang ride kali ini, tiada apa2 musibah dan perkara yang buruk menimpa kami semua.. Alhamdulillah..

So, biarlah aku story pasal intro dulu ye. Hehehe.. Sebenarnya pada bulan November tahun lepas, aku berhajat nak balik Kelantan. Biasanya aku balik dengan kereta tapi kali ini aku nak balik dengan motor pulak. So, aku ada tanya Pak Man, dan respon Pak Man amat menggalakkan sekali. Hahaha.. Dia kata beres. Bila start masuk bulan Disember, aku ada tanya la kot2 ada siapa2 nak join. So, responnya ada 3 orang lagi yang nak ikut. Aku on je. Chalet mula dicari.. Dan tentatif program mula difikirkan.

Friday, 3 January 2014

Kluang Bike Week 2013

Assalamualaikum.. Salam tahun baru buat semua pembaca blog Masuk Gear. Untuk entri sebelum ni, aku ada stori pasal ride ke Batu Pahat yang mana dah tak jadi dan plan dah berubah. So, untuk sesiapa yang belum baca entri sebelum ni, boleh le klik sini. Jadi, sesudah itu, kami berempat bersetuju untuk ke Kluang Bike Week bersama geng Wak Muji.

Tuesday, 31 December 2013

Ride Penutup 2013 - Batu Pahat

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Di kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014. Semoga lebih ceria dari tahun lepas. Hehehe.. Nanti kita plan ride pembukaan 2014 pula ye.. 

Oklah, sebenarnya aku ada stori nak diceritakan.. Stori ni dah agak masak dah sebab lama sangat aku peram. huhu.. Ride penutup untuk 2013 la.. Haha.. So, target kitaorang adalah nak ke Pasar Karat, Batu Pahat. Bila tu..? Kalau ikut plan, 29.12.2013 lah iaitu hari Ahad. So, lets kita berstori.. Hahaha..

Saturday, 28 December 2013

KTM 1290 Super Duke R

KTM, satu jenama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran kelas enduro dan motorcross. Syarikat yang berpengkalan di Mattighofen, Austria ini mula melonjak nama melalui ketegori off-road ini. Syarikat yang diasaskan oleh Hans Trunkenpolz (1934) ini juga turut menghasilkan motorsikal kelas supermoto, supersport, kembara dan naked bike.

Sunday, 1 December 2013

Ride Kota Tinggi

Assalamualaikum.. Dan selamat sejahtera semua.. Di sini aku ada satu cerita yg nak di story kan kepada rakan-rakan.. Ride ni merupakan ride yang dah lama tertangguh. Tetapi mengikut perancangan, ride ni tetap akan diteruskan juga. Hehehe.. Erm.. Ride ni cuma ride satu hari sahaja. Dan destinasi yang dipilih adalah... Kota Tinggi, Johor. Dan aku rasa entry kali ni agak panjang skit storynya. Tapi kalau korang rasa berminat nak baca, silakanlah.. hehehe..

Thursday, 21 November 2013

Ride ke Tasik Bera, Pahang (Part 2)

Hai.. Hai.. Haaiii...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Entri kali ni aku nak sambung story pasal hari kedua ride ke Tasik Bera. Sorry le lambat sikit aku update story ni. Huhu.. Pada sesiapa yang belum baca part 1, boleh klik sini dulu.. So, jom aku sambung cerita hari ke 2 pulak. Hehehe.

Jam menunjukkan pukul 6:30 pagi. Aku bangun dari tidur. Lepak kejap. Bila aku toleh je, Cikgu Helmi takde. Eh, mana dia pergi. Laa.. Rupa-rupanya dia dah g memancing.. Hahaha.. Sementara tu, Otai dan Amri sedang menyediakan sarapan pagi.

Saturday, 16 November 2013

Ride ke Tasik Bera, Pahang (Part 1)

Hai.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.. Hari ni aku nak story pasal ride ke Tasik Bera, Pahang. Sbnrnya ride ni dah lama dah.. Dah usang dh pun. Tp.. hari ni baru ada peluang nak cerita. hehehe.. Takpe.. Biarkan aku mulakan cerita ini yer...

Monday, 11 November 2013

Lama membisu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua geng bikers.. Diharap semua kalian dalam keadaan yg sejahtera sentiasa. Rasanya sudah lama aku tak update blog ni. Hm.. Semenjak dua menjak ni aku agak sibuk.. Sibuk dengan macam2 hal.. Lagipun dah lama aku tak join ride. Rindu plak nak ride sama-sama.. Hehehehehe

Insya'Allah nanti akanku update blog ni dari masa ke semasa. Tak sabar rasanya nak join ride dengan geng bikers. Dan nantikan juga kemunculan liputan-liputan yang akan aku merapukan kat sini. Hehehe.. Juz wait n see...

Chow chin chow..

Seketika sebelum asah lutut di Kuala Kelawang.. Pak Man asah tong..