Thursday, 7 July 2016

Ride Sahur Ramadhan 1437H

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H kepada semua rakan dan taulan tak kira di mana korang berada. Maaf banyak-banyak sebab dah lama aku tak update blog ni. Dah bersawang dah ni. Hehe.. Maklum la semenjak dua menjak ni, kekangan kerja hakiki membuatkan aku terpaksa tinggalkan MasukGear buat sementara waktu. Namun begitu, jangan risau andainya ada cerita baru pasti akan diposkan di sini.. 

Baru-baru ni kami ada menganjurkan satu ride sahur sempena Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Rancangan ni dibuat agak lewat dah memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan tiba hanya beberapa hari lagi. Nak tak nak, aku terpaksa memilih tarikh 02.07.2016 (Sabtu malam Ahad) untuk ride kali ini dan destinasi yang dipilih kali ni ada dua. Pertama, kami akan sahur di Awesome Kacang Pool depan IPD Sentul dan satu tempat lagi kami akan sahur di kawasan Ampang, Selangor.. Hahaha.. Ride makan je la kali ni.. Hehe.. So, bersediakah anda dengan cerita ride sahur kali ini..? Jom kita sahur.. Yeehaaa...

Sunday, 10 April 2016

Ride ke Johor Bahru bersama SiLeNt'S BiKeRs

Assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca setia MasukGear. Pertama sekali aku nak minta maaf sebab agak lama aku simpan stori ni.. Huhu.. Semenjak dua menjak ni keadaan terlalu sibuk. Tiada kesempatan untuk mencoretkan cerita-cerita ride di sini. Sekarang ni baru ada masa sikit untuk aku luangkan. Alhamdulillah, ride ke Johor Bahru pada 03.04.2016 tempohari berlangsung tanpa sebarang masalah yang serius. Cuma ada la sikit-sikit masalah kecil yang berjaya disettlekan. Hehe.. Pada mulanya aku bercadang nak ke Kota Tinggi untuk jumpa abang aku. Kebetulan pula pada tarikh yang sama SiLeNt'S BiKeRs ada menganjurkan satu ride ke Johor Bahru untuk turut sama menemani member nak ambil surat naik pangkat. Haha.. So, why not aku follow sekali. Sampai JB pun jadilah. Lepas tu kang aku gerak la ke Kota Tinggi sementara diorang pula plan nak ke Batu Pahat. Erm, jom lah kita ride sama-sama..

Wednesday, 23 March 2016

RON 95 vs RON 97, Mana lagi jimat?

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Dah bersawang dah. Erm.. Maaflah sebab semenjak dua menjak ni aku agak sibuk dengan tugasan-tugasan dan juga komitmen yang diamanahkan kepadaku. Sekarang ni baru ada sedikit masa yang terluang untuk aku menulis dalam blog ni. Okaylah, untuk entri kali ni, aku akan bandingkan penggunaan petrol RON 95 dan juga RON 97. Manakah yang lagi jimat? Yang manakah lebih berbaloi untuk jentera anda semua? Di sini, aku ada sediakan butirannya..

Saturday, 20 February 2016

Ride Duo Santai Ke Kota Bharu (07.02.2016 - 09.02.2016)

Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Selamat Sejahtera buat semua pembaca setia MasukGear.. Alhamdulillah, syukur he hadrat Ilahi kerana ride bersama Kasha ke Kelantan tempohari selamat dan tiada sebarang masalah yang melanda. Sebenarnya sempena cuti Hari Raya Cina, aku ada bercadang nak balik kampung. Nak melawat ayah aku dan juga sedara yang tidak sihat. Mula-mula fikir nak balik dengan kereta. Tapi masa tu kan public holiday. Kompom jalan jem. So, aku bercadang nak balik dengan motor ajelah. Cuba juga aku cari kawan-kawan yang sudi nak teman aku ride sama-sama.. Hahaha.. Tapi... Hanya Kasha sorang je yang berani menyahut cabaran. Pehh.. Kasha nak ke Kelantan eh..? Jom.. Ikutilah kisahnya.. Ride santai dan lencun.. Kena hujan.. huhu.. Oh ya, cerita ride kali ni lebih banyak membebel dari gambar ye sebab masa balik ni aku tak bawa kamera.. So, no gambiran on da bike, cuma ada banyak gambar-gambar masa berhenti je la... Huhu.. So, jom kita ride sama-sama..

Monday, 11 January 2016

Bike Week / Bike Event / Autoshow / Kustomshow 2016

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 buat semua pembaca blog ini. Rasanya tidak terlewat lagi untuk aku ucapkannya. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sudah. So, dikesempatan yang ada ini aku nak listkan beberapa event atau bike week yang bakal dianjurkan untuk tahun baru 2016. Di bawah ini disertakan butirannya..

*Klik gambar untuk besarkan (update : 22.01.2016)

Sunday, 10 January 2016

Ride Pusing Melaka

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini.. Erm.. Apa ek episod kali ini? Haa.. Episod kali ini adalah menyambut kedatangan Abg Mazli dan rakan-rakannya dari Kuala Lumpur. Hoho.. So, kami dah dimaklumkan beberapa hari lepas berkenaan dengan hal ni. Dan abg Mazli cakap lagi best kalau dapat kumpul ramai-ramai.. Erm.. Aku Insya'Allah boleh..

So, pagi ni adalah tarikh yang dirancangkan. Mengikut Gabenor Jajahan Melaka Mr. Pian, kita RV kat Petronas Ayer Keroh menghala ke tol Ayer Keroh dulu lah. Jam berapa..? Jam 8:00 pagi. Oklah, jom ikuti my stori de mori ye..

Saturday, 9 January 2016

Ride Kapcai Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menyambut tahun baru 2016. Semoga azam anda semua tahun ni dapat dicapai dengan jayanya. Sempena tahun baru dan harga minyak turun ni, aku ada merancang untuk ride. Cuma ride kali ini kita ride guna motor kecik je eh. Nak ke mana tu? Hurm.. Jom kita pekena nasi arab kari kambing 40 hari!! Wah, macam best je.. Nak tahu best ke tak, jom follow kami!!

Ride kali ini melibatkan laluan sejauh 249km iaitu dari Taman Maju - Muar - Yong Peng - Chaah - Bukit Kepong - Tangkak - Taman Maju

Saturday, 26 December 2015

Ride Solo Kapchai Full Tank

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca masukgear.. Hari ini aku ada satu stori yang nak diceritakan. Sambil-sambil pula tengah bercuti ni, kita kasi layan ajelah ye.. Hehe..

19.12.2015
Hari ni, aku dah siap-siap nak pergi kerja. Maklum lah hari Sabtu pun aku kena kerja jugak. Tapi separuh hari saja. Jadi, malam tu aku dah siap-siap kasi full tank lah. Senang esok nak gi kerja dah tak perlu topup minyak dah.

Sekarang jam dah menunjukkan 7:24 pagi dah. Aku dah bersiap-siap nak pergi kerja. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja tak la jauh sangat. Mungkin dalam 20++ km sehala..

Friday, 30 October 2015

Review Tayar Zeneos ZN62 (Kemaskini 04.10.2016)

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Terima kasih diucapkan buat semua pembaca MasukGear kerana masih lagi sudi menjenguk blog ni. Hehe.. Aku harap korang tetap setia menelaah blog ni ye. So, untuk entri kali ini, aku nak buat sikit review pasal tayar yang aku baru beli kat Kajang tempohari iaitu Tayar Zeneos ZN62. Ok tak tayar ni..? Best tak tayar ni..? Hurm.. Takpe, mari kita berkenalan dulu dengan Zeneos. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, jangan buat-buat lupa pulak ye.. Hehe.. Jom kita..

Wednesday, 14 October 2015

Ride Pantai Timur 2015 - Day 3

04.10.2015 (Ahad)

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini. Jadi, untuk hari ini, apa yang kami fokuskan hanyalah nak balik Melaka je. Hehe.. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang perlu disettlekan dulu. Hurm.. Tapi apa-apa hal sebelum tu, jom cari sarapan dulu lah. 

Sebelum sarapan, aku ada bersembang dengan owner homestay ni. Saja sembang pasal makan. Dia ada cakap ada satu kedai makan pagi, yang sedap dan murah. Kat mana tu? Haa.. Dia cakap jalan menghala ke Kg. Padang Polis, selepas Caltex Batu Rakit. Kedai sebelah kiri. Ok, nanti aku nak cuba kat sana..