Baru-baru ini Yamaha ada memperkenalkan model barunya iaitu Yamaha R25 di 43rd Tokyo Motorshow 2013, dan mungkin dalam tahun ini akan masuk pasaran India. Belum pun cerita R25 ni reda, dah ada desas desus mengenai model baru yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Dikatakan juga model tersebut bakal menggugat kemachoan Duke 200 keluaran KTM. Jadi, persoalannya apakah model tersebut?
Wednesday, 26 March 2014
Saturday, 22 March 2014
Yamaha R25
Baru-baru ini negara matahari terbit iaitu Jepun ada menganjurkan 43rd Tokyo Motorshow 2013 dan banyak model-model baru diperkenalkan di sana. Antara yang menarik perhatian dunia adalah Yamaha R25. Bila sahaja model ini diperkenalkan, maka seluruh mata tertumpu ke arahnya. Cantikkah rekabentuknya? Hebatkah kuasanya? Inilah topik yang sering dan hangat diperkatakan.
Monday, 3 March 2014
TZM 150 vs NINJA KRR ZX150 vs NSR 150SP
Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ini, aku ada membuat sedikit research mengenai motor-motor lagend 150cc 2 lejang untuk dibandingkan dari segi keupayaan enjinnya. Motor-motor tersebut adalah :-
Yamaha TZM 150 (1994)
Yamaha TZM 150
Yamaha TZM 150 merupakan sebuah motorsikal yang pernah menjadi kegilaan ramai pada satu masa dulu. Malahan sehingga kini pun masih ada lagi peminat setia model ini. Aku pun tergolong juga dalam golongan peminat TZM. Apa tidaknya, rekabentuknya cukup cantik dan amat memuaskan hati. Legend tu motor ni. Aku pernah memiliki model ini suatu masa lalu. Jadi, bila teringat kenangan bersama TZM ini, mula terdetik difikiran nak buat sedikit artikel pasal motor ini. So, di sini aku ada sediakan artikelnya..
Saturday, 22 February 2014
Ride ke Kelantan (Day 3) - Episod Last
Assalamualaikum geng.. Selamat sejahtera semua.. Bahagian akhir dah nie.. Yup..
Selepas berehat beberapa minit di kawasan tasik banding, maka kami pun bersiap2 semula untuk makan gerak balik Melaka lah. Dah ready semua dah? Kalau dah ready, jom le MasukGear.
Jam dah mula menunjukkan pukul 12:15 tengahari. Geng, jom lah kita gerak. Moh kite MasukGear..
Thursday, 20 February 2014
Ride ke Kelantan (Day 3) - Part 2
Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua. Untuk entri kali ini, aku akan storikan pula bermula dari Jeli, menuju ke Gerik. So, selepas siap isi minyak dan rehat, maka kamipun bersedialah untuk merentasi jalanraya yang penuh dengan sejarahnya.. iaitu Lebuhraya Timur Barat.
Ok.. Ready to ride..? Hehehe.. Jom.. Challo..
Wednesday, 19 February 2014
Ride ke Kelantan (Day 3) - Part 1
Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Untuk entri kali ini, aku akan stori de mori kan hari ke 3 ride kami.. Iaitu ride balik Melaka. Aku rasa entri ni agak panjang. Tapi kalau tak sempat kang aku akan buat 2 atau 3 bahagian lah. So, teruskanlah membaca MasukGear!! Hehehe..
Hari Ketiga
Pagi ini seawal pukul 5:30 pagi lagi, Pak Man dah bangun. Dia yang kejutkan kami semua. Awal betul jam biologi Pak Man 'berdering'.. Sebetulnya malam tadi aku tak dapat tidur nyenyak. Kepala aku sangat sakit. Mungkin ianya disebabkan oleh perubahan cuaca yang agak ketara kot. Cuaca kat sini terlalu panas.. Aku pekena Paracetamol dua biji (1000mg) barulah lega sikit kepala ni.
Lebuhraya Timur - Barat (Jalanraya Jeli - Gerik)
Lebuhraya Timur - Barat merupakan laluan persekutuan yang menghubungkan antara Jeli di Kelantan dan Gerik di Perak. Pembinaannya diilhamkan oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu (Almarhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Projek ini menelan belanja hampir RM 300 juta dan jarak perjalanannya adalah 123km iaitu 61km dalam negeri Perak dan selebihnya dalam negeri Kelantan.
Tuesday, 18 February 2014
Kawasaki Ninja RR Mono / Ninja 250 SL
Baru-baru ini Kawasaki Motor Indonesia telah melancarkan sebuah model baru iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Model ini dilancarkan pada 14.02.2014, dan khabarnya model ini adalah untuk menggantikan model Ninja 150 RR. Berbeza dengan model 150RR, model ini didatangi dengan 249cc, silinder tunggal dan mempunyai 4 lejang. Perlancaran model RR Mono ini adalah yang pertama di dunia. Ianya dibuat di Indonesia untuk pasaran global.
Friday, 14 February 2014
Ride ke Kelantan (Day 2)
Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua pembaca blog Masuk Gear. Hehehe.. Aih.. Malam jugak lagi ker? Maklum lah, malam je free dan boleh tulis blog. Huhu.. Oklah, pertama sekali, aku nk mintak maaf sebab dah lama biarkan blog ni sunyi tanpa stori de mori. Maklum le aku sibuk sket. Huhu.. Ni dah macam ada kelapangan dah sikit. So, biar aku sambung stori Ride ke Kelantan hari ke 2. Kalau dapat, aku nak buat kira satu hari punya cerita lah. Rasa malas nak buat part 1 atau part 2.. So, maybe cerita ini agak panjang sket. Oh ya, sesiapa yang belum baca Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 1, boleh klik sini dan untuk Ride ke Kelantan (Day 1) - Part 2 pula, boleh klik sini. So... Dah ready dengan jagung rebus pulak..? Hehehe.. Jom..
Subscribe to:
Posts (Atom)