Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga anda semua sihat dan ceria sentiasa. Untuk entri kali ini, aku akan stori de mori kan hari ke 3 ride kami.. Iaitu ride balik Melaka. Aku rasa entri ni agak panjang. Tapi kalau tak sempat kang aku akan buat 2 atau 3 bahagian lah. So, teruskanlah membaca MasukGear!! Hehehe..
Hari Ketiga
Pagi ini seawal pukul 5:30 pagi lagi, Pak Man dah bangun. Dia yang kejutkan kami semua. Awal betul jam biologi Pak Man 'berdering'.. Sebetulnya malam tadi aku tak dapat tidur nyenyak. Kepala aku sangat sakit. Mungkin ianya disebabkan oleh perubahan cuaca yang agak ketara kot. Cuaca kat sini terlalu panas.. Aku pekena Paracetamol dua biji (1000mg) barulah lega sikit kepala ni.