Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Salam Hari Raya AidilAdha buat semua.. Semoga anda semua ceria-ceria selalu disamping family tercinta. Sempena Hari Raya AidilAdha ni, aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Jadi, sementara ada kesempatan sikit ni aku ingat nak mengarang kejaplah. Hehe.. So, kita sambung balik part 2 eh.. Jom kita..
26.09.2014
Orait, semua dah kenyang dah? Kalau macam tu, kita boleh lah siap-siap untuk menuju ke Kelantan. Jauh lagi ni. So, perjalanan kali ini akan naik lebuhraya baru iaitu LPT2, seterusnya ke Kg. Gemuroh. Dari Kg. Gemuroh, kita akan terus shoot ke Jerteh lah. Mungkin di sana kita boleh stop sekejap. So, moh le MasukGear..
Kami gerak dari Bukit Besi ni jam 1:41pm. Fuh.. Bahang matahari sangat terasa..
Ok.. Jom belok kiri naik LPT2.. Kelihatan tompok-tompok awan nano mula mengintai-ngintai
Amik kiri lagi.. Menuju ke Kuala Terengganu dan Ajil
Aku rasa kali ni aku nak try follow Azrul pulak lah. Pastu potong satu per satu sambil mengambil gambar. Hehe..
Come on bro.. Steady.. Steady.. Yeah..!
Peace yo.. Hurm.. Paneh nie..
Takde la slow sangat.. Kiranya di bawah had laju kebangsaan la tu..
Hampir jam 2:00 petang. Keadaan LPT2 sedikit lengang. Mana p semua orang nie..?
Aksi PakMan (MJ) yang sempat dirakam. Kalau tak biasa, jangan...
Abis je LPT2 tu, kami terpaksa belok ke kanan dulu untuk mencari stesen minyak. Kemudian setelah selesai isi minyak, barulah kami menuju ke Jerteh.
So, kerugian isi minyak di sini adalah RM 13.00. Aih, dah 3 kali isi asyik RM 13 jer.. Hehehe..
Kasi penuh Rul.. Lepas ni kita rehat jap tepi jalan eh..
MJ bersama Bro Bob. Hurm.. Simptom-simptom halusinasi dah mula kelihatan. Ditambah pula dengan dehidrasi, akan menampakkan lagi kesan-kesan tersebut.
Masih lagi berlonggok untuk beberapa minit nak amik feel jap. Kesan-kesan dehidrasi, serta fantasi dah mula terasa kerana cuaca sangat-sangat panas.. huhu.. jangan rasa frustrasi udah le..
Wokeh, jom masukgear! Meneruskan perjalanan menuju ke Kota Bharu. Dah tak jauh dah.. Hanya kurang dari 120km rasanya.
Walaupun panas memanchor, namun ku gagahi jua.. haha.. Ayuh Faiz.. Otai ngan Cikgu Helmi kat belakang nun ha..
Route 3 - Jalan K. Terengganu - Kota Bharu
Sampai bandar Permaisuri jam 3:24 petang..
Sampai bandar Jerteh sudah.. Alamak, kumpulan awan nano dah mula mahu menyerang.. Kena siapkan diri ni.. Huhu.. Wallet dibalut, kamera disimpan rapi. Handset pula diletak dalam balutan plastik supaya nanti tidak masuk air. Selepas ini, tiada gambar lah sebab semua kamera dah disimpan.
Rupa-rupanya hujan tidak turun. Alhamdulillah, kami tak basah. Sambil-sambil lalu, MJ ajak singgah rumah mertua dia di Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Singgah lah kejap rumah mertua MJ.. Hm.. Minum-minum sat. Sambil-sambil borak.. Haha.. Eh, bila cikgu Helmi buat rambut pacak nie..? Konpius plak.. Alamak.. MJ.. Sencored.. Huhu..
Bihun goreng ada.. Buah-buahan tempatan ada.. Fuh.. Kenyang.. Terima kasih buat MJ kerana sudi melayan kami.. Hehehe..
Okay geng.. On da bike.. Setelah 40 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke Cerana Villa Resort yang terletak kurang dari 30km lagi.. C'mon guys..
Orait.. Dah sampai chalet tepat jam 6:00 petang. So, aku p rumah ayah aku dulu sekejap. Nanti malam ni kita keluar deh.. P Kelantan International Bike Week.
Aktiviti malam : Sessi luahan hati dari seorang teman
Dah le tu, jom kita ke Kota Bharu..
Setelah bersiap-siap semua, kamipun ke tapak event Kelantan International Bike Week. Event ni terletak kira-kira 12km sahaja dari chalet tempat kami menginap. Kami sampai sana lebih kurang jam 9:54 malam.
Yeah..!! Eh, aku takde dlm gambar ni.. macam mana nie?
Haa.. Ni la baru ada.. Cukup korum.. Pasni kita pusing-pusing gerai jualan ye..
Sekitar event Kelantan International Bike Week.
Banyak gerai-gerai jualan yang ada di sini
MJ jumpa member dia kat sini.. Pergh, mana-mana MJ pergi, pasti ada yang mengenalinya
Smart
Walaupun malam, tapi masih ramai orang kat sini.. Cikgu Helmi sedang cuba try test motor Harley.. Huuhuuuhuuu...
Pergh.. Motor peberet ni.. HP4..
Kalau MJ ada masa ni, mesti dia tak tidur malam.. Harley custom tu..
Ada konsert.. Org nyanyi.. Tp.. Akak, khusyuknya.. Sorang-sorang je kat depan tu..
Naza punya gerai..
Masih meriah walaupun malam
Naza Cruise.. Pom.. Pom.. Pom.. Pom..
Selepas tu, kami balik semula chalet sebab ada jugak yang lapar. Apa lagi, kita makan dulu lah.. Hehehe..
Nyum.. Nyum.. Nyum.. Jom semua makan.. Selamat malam.. Jumpa esok pulak ye..
Selesai makan, kamipun masing-masing cuba melelapkan mata. Esok, nak ke Pasir Mas pulak tempat anak Otai. Lepas tu terus shoot ke Cameron pulak. Hm.. Oklah, selamat malam semua.. Harap semuanya nyenyak tidur eh.. hehehhee.. Bye..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment