Saturday, 11 October 2014

Ride Ke Kelantan dan Cameron Highlands (Day 3)

Hai.. Hai.. Hai.. Assalamualaikum.. dan salam keceriaan buat semua. Bertemu lagi kita di episod ke 5. Harap-harap kalau dapat jadikan 1 episod je untuk kali ni ok jugak. Tapi, kalau aku buat 1 episod je, agak panjanglah setori nih.. Hm.. Takpelah, kita tengok ajelah nanti eh.. Hoho.. So, setori untuk ari ni pula ialah untuk hari terakhirlah. Perjalanan hari ni akan bermula dari Tanah Rata, Cameron Highlands, seterusnya ke Ringlet - Sungai Koyan (via Pos Betau) - Raub - Bentong - Pekan Karak - Simpang Durian - Bahau - Bukit Rokan - Gemencheh - Jasin. So, jom lah kita.. Hehe..

Hari ketiga
28.09.2014

Cameron Highlands

Sedikit info:

Peta Cameron Highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highlands mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan. Cameron Highlands terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highlands terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Keindahan Cameron Highlands pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Info selanjutnya, boleh klik sini.

Kira-kira jam 3:00 pagi, aku terkejut dari tidur. Terdengar suara-suara sedang berborak kat ruang tamu luar. Eh, sapa yang tak tidur lagi nie..? Rupa-rupanya Pak Man, Abg Amri, dan beberapa orang yang lain dah bangun. Aiseh, awat awai sangat bangun..? Diorang lapar la rasanya. Diorang masak megi. huhu.. Aku pun juz tidur-tidur ayam ajelah. Aku bangkit sepenuhnya dalam jam 6:00 pagi. Lepak-lepak kejap. Sambil minum nescafe yang Pak Man buatkan.. Heehee.. 

Sementara menunggu turn nak memerut, sambil tu duk borak-boraklah. Err.. Cepatlah, perut dah nak tebaboo dah ni.. Hihi.. Tah siapa ada dalam toilet tu.. Oklah, selepas selesai semuanya, sekejap lagi kita gi sarapan dululah. Jom kita siap-siap.

Jom lah siap-siap. Nak gi sarapan dah ni..

Sementara itu, akupun nak bergambar jugaklah. Abadikan kenangan di sini.. Di Tanah Rata, Cameron Highlands..

Alamak, hujan la.. Tapi tak lebat. Macam gerimis.. Bak kata Pak Man, gerimis kasau.. Macam kat Itali dulu-dulu.. Haa..

Bro Azrul nampaknya dah siap sedia dah tu nak g sarapan.. Lapo ke bang..? Hehe..

Vrrooooooommm.. rooommm... rroooommm... Kasik panaih henjen dulu la... 

Pagi ni kitorang sarapan di area Brinchang, kedai seberang jalan dengan stesen minyak Shell. Masa kami sampai, hujan turun agak lebat. Abes basah la jugak glove dan jaket. Tapi takpe, jiwa kena kentell barulah namanya bikers.. Hahaha

Wakil dari Bekoh Metropolitan, the one and only.. errm.. 

Alamak, Pak Man dah makan dah tu.. Laju nau.. Lapo tu gamaknya..

Bang Amri, jom le makan.. Bob dah start makan dah tu..

"Huiiii... Sedapnya nasi lemak ayam ni.. Huuiiiissshhhhhh...." tp.. sebenarnya sambal dia pedas laa..
Orait.. Lepas makan ni, ada beberapa orang yang nak gi beli buah seteroberi. Tapi aku balik dulu lah. Sebab barang-barang tak packing lagi. Bro Gmiey pun balik jugak sebab perut dia rasa tak best.

Selain aku dan Gmiey, yang lain p makan buah seteroberi.. huwaa... nak jugak.. Sob.. Sob..

Sedap tak..? Sedap tak..? hoohoo..

Dalam ladang seteroberi katanya.. Haha.. 

Selesai diorang makan seteroberi, balik apartment lah. So, siap-siaplah semua. Kita nak gerak sekejap lagi. Untuk ride kali ini, Faiz akan berpisah dari kitorang, maknanya dia akan ride solo ke Taiping kalau tak silap. Nanti kami akan ke Ringlet dan stop sekejap kat situ untuk isi minyak. Ada yang dah isi penuh, tapi aku belum isi lagi. Hoho..

Sebelum memulakan perjalanan, eloklah kiranya kita baca doa dulu. Minta keberkatan serta dijauhkan dari malapetaka yang akan menimpa.. 

Seperti biasalah bacaan doa ini dikepalai oleh bro Azrul. Amin.. Semoga semua selamat sampai ke destinasi.. Insya'Allah..

Aku singgah sekejap di Shell Ringlet untuk isi penuh tangki minyak dengan bahan bakar untuk membawaku pulang ke Jasin. Hehe.. Kerugian di sini adalah RM 19.00. Setelah siap isi penuh, maka kami memulakan perjalanan menyusuri jalan yang menghubungkan Ringlet ke Sungai Koyan sejauh hampir 80km. Kali ni tiada gambar kerana aku dah simpan kamera sebab tadi hujan agak lebat. Kami start masukgear dari Ringlet ni jam 10:40 pagi. 

Perjalanan hampir 80km itu dirasakan agak jauh sebab nak naik laju pun tak best sebab seluar masih basah. haha.. So, layan aje le.. Jalan pun agak koner-koner sikit. Jalan Ringlet - Sungai Koyan agak cantik. Cuma ada sebahagian tempat tu dah pecah-pecah sikit.

Lebih kurang 20km perjalanan, tumpuan aku terganggu seketika. Aku terpandang satu projek mega yang sedang dalam pembinaan. Ya, projek itu adalah projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai.

*Gambar ini diambil dari Google Street View (December 2013) sebab aku dah simpan dah kamera aku. haha.. So, sepanjang jalan ni memang takde gambar dari aku.. huhu..

Sedikit info :
Pembinaan Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai dapat merancak pertumbuhan ekonomi dan menarik kemasukan pelabur sekali gus memberikan manfaat secara langsung kepada rakyat negeri ini. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, projek yang mampu menjana elektrik 382 megawatt itu bukan sahaja membekalkan elektrik tetapi dapat menyemarak industri pelancongan tempatan. Titah baginda, empangan hidroelektrik yang bernilai RM2.4 bilion itu akan menjadi mercu tanda dan tarikan terbaharu bagi pelancong yang ingin ke Cameron Highlands melalui jalan Sungai Koyan dan sebaliknya. Empangan ini apabila siap nanti dapat menjadi tarikan terbaharu dan secara tidak langsung dapat memberi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan terutama masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan ini. 

Sumber : Utusan

Sementara itu, pada masa yang sama, Faiz melakukan penunggangan solo menuju ke utara. Sambil itu, sempat jugak dia singgah di ladang teh Boh Sungei Palas. Haha, takpelah, kira Faiz jadi wakil untuk kitoranglah ye.. Hehehe..

Wakilkan kepada helmet je lah.. hihi

Faiz, lens kamera kat sebelah ni haa.. :-)

Itu dia, cik Nelli berada di Boh Sungei Palas.. Haha..

Baiklah, kita tinggal seketika cerita Faiz dengan cik Nellinya. Hihi.. Setibanya di Sungai Koyan, kami berkumpul dulu semuanya. Bila dah cukup ahli, barulah kami masukgear. Tapi masa tu jugaklah ada seseorang sakit perut. Katanya nak tebaboo dah. So, berhenti la kejap di Mobil Sungai Koyan.

Amik nafas jap. Jauh lagi perjalanan ini.. Hehe..

Mobil Sungai Koyan

Haaa.. Nampak tak sapa yang berbaju biru tu..? Hehehe.. 
PEJABAT JKKK KAMPUNG
FELDA SUNGAI KOYAN DUA
27650 RAUB, PAHANG

Sambil menunggu seseorang yang kesakitan perut, boleh le nak hantar laporan dulu

Bro Bob, ok..? Bro Gmiey, ok..? Boleh ek..? Jauh lagi nie.. huhu..

Hampir 10 minit selepas tu, boleh le kita gerak eh. Nanti kita akan berhenti di Raub untuk isi minyak.

Otai in action

Err.. Ini bukan dari geng Carrot tau.. hihi

Haa.. kalau ini, ya betul.. Dari Geng Carrot.. C'mon Rul.. Masa ni aku rasa macam nak follow belakang bro Azrul pulak.. Ok la kot..? Nak santai-santai je..

Uih.. dah makin jauh dah tu

Takpe, belakang aku ada Abg Amri dan Otai.. Dua-dua Versys.. Yeah..!

*Bandar Raub (Google Street View)

Setibanya di bandar Raub, kelihatan Bro Bob dan Cikgu Helmi sedang menunggu seseorang. Siapa..? Pergi mana? Rupa-rupanya ada sorang lagi yang kena serang sakit perut. Ayakk.. Macam mana nie..? So, aku jalan dulu lah pelan-pelan.. Ada kedai kang kita stop eh..

Azrul terus memecut di hadapan sambil-sambil mencari kedai untuk makan.. Lagipun jam dah menunjukkan pukul 12:35 tengahari dah ni

Jalan Raub ke Bentong, ada kalanya lengang, ada kalanya sibuk.

Terserempak dengan beberapa orang bikers dari mana nak ke mana tu den tak taulah yo.. Juz angkat tangan ajelah..

Steady Rul.. Walaupun mata aku ni dah agak ngantuk.. Hahaha.. 

Dekat dengan Felda Lurah Bilut

Info lagi :-
Lurah Bilut adalah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.

Felda Lurah Bilut adalah FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit. Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia.


Eh, ada kereta pengantin.. Dari mana nak ke mana tu..? Hehehe

Hampir 40km jugaklah dari bandar Raub, maka kami telah menemui satu gerai yang agak santai untuk berhenti minum. Bukan minum sahaja, malah makan pun boleh. Kerana sekarang ni dah masuk waktu makan tengahari dah ni. Kedai tersebut adalah.....

*Gerai Saidina.. Gerai ni dah dekat dengan Petronas Bentong. Cuma beberapa meter sahaja sebelum Petronas Bentong (Google Street View)

Huhh.. Sampai sini dah 1:10 tengahari. Apa lagi.. Kasik makan le.. Kasik kenyang itu perut. Khabarnya Pak Man pun sakit perut. Entahlah kenapa.. Mungkin.. Keracunan makanan...? Atau.. Hah..?

**@ Tanah Rata, Cameron Highlands.. Apakah ini penyebab Pak Man sakit perut..? Hm.. Apakah sup ini penyebabnya..? Oklah, kita tinggal dulu kisah tu..

Bila berhalusinasi, inilah jadinya.. Kesian Bob.. Jom le kita makan dulu.. 

Masing-masing kepenatan. Ada juga yang tak lalu makan.. huhu..

Amcam Pak Man..? Ada lega sikit..? Ada lebih kurang 183km lagi nak ke Jasin. Jauh lagi tuu..

Orang sebelah aku tu dah berhalusinasi.. Hehehe

Gmiey dah tak boleh tahan dah tu. Kasi dia rehat la sekejap.. Melepet dah.. 

Sekarang dah masuk zon petang dah. Dah pukul 2.00 petang dah ni. Jom lah kita masukgear pelan-pelan. Lepas ni nak kena singgah pekan Karak nanti. Nak isi minyak.

Orait.. Kawe dah ready..

Perjalanan diteruskan melalui Karak Highway. Tapi masuk highway kejap je. Lepas ni ada susur nak ke pekan Karak.

Semua ikut halaju kebangsaan..

Dah sampai Petronas Pekan Karak. Gmiey, dah isi minyak ke tu..? Penat ek..? Takpe, rehatlah dulu ye.. Hihi..

Arghh.. Dah ok dah sikit. So, kat sini aku kasik full tank. Kerugiannya..? RM 14.00

Jom kita.. On da bike.. 

Pekan Karak.. Mempunyai misteri yang tersendiri..

Abg Amri dan Otai sedang kasi penuh itu tank.. Apa la bahasa macam orang Bangladesh cakap melayu pulak.. Heeeeee...

Jom golek tayar.. Sekarang dah 2:22 petang dah. Target nak sampai Jasin sebelum Maghrib nie..

Sekarang melalui jalan nak ke Simpang Pelangai, seterusnya ke Simpang Durian dan Simpang Pertang. Jalan kat sini agak bengkang bengkok.. Tak bagus untuk bawa laju. Nanti motor tah ke mana, tuannya pun tah ke mana..

Korner lagi..

Abang Amri ada kat belakang tu.. Bersama cikgu Helmi..

Hai.. Boleh berkenalan..?

Aku nak follow dari belakang lah pulak. Hihi.. Saja boleh layan perasaan.. Haha.. Alamak.. Akupun dah nak berhalusinasi jugak ker..? huhu..

Kereta mini dengan kereta Mazda MX5 kot tengah main kejar-kejar. Jalan korner macam ni pun nak main kejar-kejar jugak ker..?

Hahh...!! Tengok..! Dua orang otai layan koner pakai Versys je bro...! Wa tabik spring bos..! Toingg...

Aku berhenti seketika nak amik gambar ni.. Cantik senibinanya.. Kawasan mana tah.. Lupa pulak..

Azrul dah kepenatan.. Sambil membuka kaki dengan luas supaya pengudaraan agak bagus.. Haha..

Bob.. Kena steady Bob.. Jangan berfantasi tau.. Haha

Gmiey pun dah pelan dah.. Bateri dah nak kena recharge balik dah nie.. Hihi..

Terus je yer.. Jangan masuk simpang..

Sampai je Kg. Serting Tengah, beberapa ekor kerbau sedang mahu melintas jalan. Nasib baik masa tu bawak pun tak laju. Binatang ni kalau kat kampung aku, diorang panggil Buffalo.. Haha

Stop kejap 2 minit, pastu jalan balik.. Hohoho..

Hah.. Sudah.. Pakman pulak dah kena halusinasi.. Pakman.. Bangun.. 

Eh, jap.. Ni halusinasi ke sakit perut..? err...

Ok, ni dah kena stop sekejap ni pekena Nescafe ais.. Fuhh.. Aku punya kejap lagi kot..

Bob.. Kawal emosi kamu.. Sikit je lagi.. Dah nak sampai dah..

Nampaknya Gmiey dah semakin ok dah. Steady.. Steady..

Haha.. Kali ni cikgu Helmi pula penat. Relaks mie.. Hahaha

Jom lah balik kejap lagi.. Hehehe..

Oklah geng, jam pun dah menunjukkan pukul 4:40 petang dah ni. Boleh le kalau nak bergolek tayar..

Kasik Azrul jalan dulu. Dia tahu selok belok jalan ni..

Perjalanan kali ni ada lagi berbaki 67.7km (nak sampai rumah aku la.. hehe..). Laluan yang akan dilalui adalah Bahau - Felda Bukit Rokan Utara - Gemencheh - Selandar - Kesang Jaya. Ok geng, on da bike..

Ketika dalam perjalanan, perhatian aku tertumpu seketika ke satu kawasan kilang simen yang besar. NS Cement Bahau kalau tak silap. Untuk info lanjut tentang kilang tersebut, anda semua boleh klik sini.

MJ beraksi lagi dengan perutnya yang sakit. huhuu..

Laluan ni ada jugak koner-konernya tapi tak ekstrem sangat la.. (ayat profile tinggi tu..)

On da way balik ni, naik pelan-pelan ajelah

Sempadan Tampin - Jempol..

Konvoi sampai Gemencheh lebih kurang jam 5:15 petang. 

Ok.. kami dah memasuki daerah Jasin dah dengan selamatnya. So, kita stop sekejap di depan Sekolah Intergrasi Selandar untuk berpisah kerana nanti ada yang akan amik laluan tersendiri untuk pulang. Bye2 semua kawan-kawan. 

Selamat sampai di rumah hampir jam 6:00 petang. So, jumlah perjalanan keseluruhan adalah hampir 1367km (600 meter tu kira belanja la..) Kerugian isi minyak kat Taman Maju, Jasin tadi adalah RM 13.00.

Jadi, secara puratanya motor aku membuat kiraan sendiri yangmana ia menggunakan 4 liter petrol untuk bergerak sejauh 100km. Hehe.. Hm.. Jimat ke larap..?

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana semua peserta selamat pergi dan balik. Jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi untuk ride ke Kelantan dan Cameron Highlands kali ini. So, total penggunaan petrol untuk motor aku le adalah seperti berikut :-

Jumlah keseluruhan penggunaan petrol adalah RM 119.00

Ok geng.. Inilah dia sedikit sebanyak coretan yang dapat aku persembahkan untuk pembaca semua. Kenangan manis bersama korang semua memang tak dapat dilupakan. Terbaik bro... Korang semua memang best! Dengar khabar tahun depan (kalau jadi le) Geng Carrot nak buat satu lagi program ride iaitu Le Tour de Malaya. Haha.. Kalau jadi le. Aku pun tak tahu lagi sama ada nak join ke tak. Kalau keadaan mengizinkan, Insya'Allah aku join. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, harap maaflah ye.

Orait.. Sampai sini dulu.. Ada umur panjang, kita berjumpa lagi eh..
Bye..

-PokNik-
MasukGear

No comments:

Post a Comment