Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Hai.. Bertemu kembali kita di episod 4. Hm.. Episod 4 eh..? Ha'ah.. Ye la.. So, jom lah aku sambung balik storinya. Selepas kitorang minum-minum sekejap di RnR Gua Musang, 40 minit selepas tu kitorang pun masukgear menuju ke Bandar Gua Musang, seterusnya ke Lojing dan Cameron Highlands. Jalannya agak cantik, cuma cuacanya agak panas sikit. Maklum le jam di tangan sudah menunjukkan hampir 2:30 petang.
Hari kedua
26.09.2014
Masih bersemangat walaupun tahap dehidrasi agak tinggi.. hm..
Steady bro Bob.. Jiwa kena kentell..
Beberapa minit saja, dah menghampiri bandar Gua Musang. Sekarang Gua Musang dah banyak membangun. Tak seperti dulu. Bak kata orang Kelantan, "tok serupo mulo"
Banyak tempat-tempat baru dibangunkan.
Kalau tak silap dulu kawasan ni hutan je..
Yeah..!! Dah sampai bandar Gua Musang dah.. Hehe..
Info ringkas :-
Gua Musang merupakan satu jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar berbanding jajahan lain yang ada dalam Kelantan. Jumlah penduduk di Jajahan Gua Musang ialah 90,057 orang (banci 2010). Peratusan penduduk Melayu ialah 76%, Cina 5%, India 1%, Orang Asli 13%, dan lain-lain (bukan warganegara) 5%. Dalam jajahan Gua Musang terdapat 10 mukim iaitu Mukim Batu Papan, Mukim Gua Musang, Mukim Ulu Nenggiri, Mukim Ketil, Mukim Kuala Sungai, Mukim Limau Kasturi, Mukim Pulai, Mukim Relai, Mukim Renok dan Bandar Gua Musang.
Sumber : Wikipedia
Rasanya ni kali kedua kot Cikgu Helmi lalu Gua Musang dengan motornya..
Selepas melepasi bandar Gua Musang, kami meneruskan perjalanan menuju ke Lojing. Jalannya ada sikit elok dan sikit-sikit tak elok. MJ beraksi di bawah terik sang mentari
Kereta tak banyak. Sekali sekala ada selisih dengan lori..
Ok.. Dah sampai simpang nak ke Kuala Betis dan Lojing. So, kitorang masuk kiri dan terus menuju ke Lojing. Jalan agak cantik.
Jalan agak lebar. Amat sesuai untuk kaki lefer yang nak asah lutut.
Konernya tak tajam sangat. Sesuai untuk dilayan dengan kelajuan yang agak tinggi.. Hehehe.. Akupun apa lagi, simpan kamera.. Siapkan diri.. Rugi woo jalan cantik tak layan. Pastu.. Shoot... (2:43pm)
Selekoh-selekoh diratah dengan lahapnya, sambil mengekori rapat teman seperjuangan di hadapan, bila awan nano mula kelihatan, jentera diperlahankan. hehehe..
Antara teman seperjuangan.. hehehe..
Kami stop sekejap untuk ambil angin dan meregangkan urat setelah menghayati selekoh-selekoh sejauh 73.4km (3:22pm)
Selepas yang lain sampai, amik gambar la sekejap. Abadikan kenangan di lereng bukit tu bro..
Nyaman je udara di sini.. Suhu dah agak sejuk dah.
Faiz dan Gmiey senyum tanda kepuasan. hehe.. Dah tak jauh dah dari simpang dekat Kampung Raja.
Hai.. Nama saya Man.. Man Janggut.. :-) Jom le kita masukgear.
Dalam perjalanan, hujan turun agak lebat. Tiada gambarlah nampaknya. Huhu.. Kami sampai di apartment jam 4:30 petang. Fuh.. Sejuk.. Hujan pun dah berhenti dah.. Lepak la kejap dulu..
So, malam ni kami akan menginap di sebuah apartment iaitu New Holiday Apartment - Greenhill Resort. Lokasi apartment ni adalah di Jalan Gereja, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Gambar kenangan anak beranak.. haha..
Semua kepenatan selepas berpanas dan berhujan sepanjang tahun perjalanan tadi. Orait.. Jom makan dulu.. Masing-masing dah lapar tu..
Selepas sejam merehatkan diri, kitorang pun keluar lah beramai-ramai ke pekan Tanah Rata mencari sesuap nasi. Dah kelaparan dah ni. Dah le cuaca kat atas ni agak sejuk. Hoho..
Bandar Tanah Rata..
Selepas semua mendapat order, apa lagi.. Kita bedallah.. haha..
Bro Bob macam dah kekenyangan dah tu.. Hehe..
Selepas makan, kitorang jalan-jalan sekitar pekan Tanah Rata ni.. Meninjau-ninjau kalau ada barang yang berkenan untuk dibeli. Aku pun nak posing jugaklah.. Hehehe..
Pusing-pusing sekitar kedai di Tanah Rata
Gerai ni ada jual macam-macam cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.
Geng Carrot @ Tanah Rata, Cameron Highlands. Yeah..!!!
Dapat call dari Abang Amri, dia dah sampai Tapah. So, tunggu dialah sekejap. Sementara tu, Gmiey hantar laporan dulu lah kot..? Hehehe.. Jangan marah Gmiey.. :-)
Anugerah motor terbersih.. Dimenangi oleh...? Hm..
Tepat 7:26pm, abg Amri pun sampai.. Yeehaaa...
Ketibaannya disambut meriah oleh Geng Carrot.. Haha..
Memandangkan abg Amri belum makan lagi, so kamipun sekali lagi teman dia makan. Tapi kami juz minum ajelah. Longgokan kepala yang bernilai tinggi ni..
Pekena nescafe tarik dulu..
Abg Amri dah kelaparan dah tu. Makanan dia belum sampai lagi.. Selepas makan, ada yang pulang ke apartment dan ada juga yang nak ke Brinchang. Akupun ada something yang nak dibeli.
So, malam tu aku ke pasar malam Brinchang untuk membeli sedikit benda yang nak dibawa pulang
Tawar-menawar dengan aunty ni. Dia cakap harga lelong.. murah-murah..
Rul, nak beli apa tu? Teh ke? Beli le.. Hehehe
"Mari-mari.. Harga runtuh.. Lelong.. Lelong.."
Bro Bob dan Helmi pun ada. Tapi dia lepak je. Katanya nak jaga motor.. Hihi.. Selepas tu kami pulang ke apartment dengan sedikit barang-barang yang dibeli. Esok dah nak gerak balik Melaka dah.
Oklah, sampai sini dululah ye. Kami nak rehatkan badan, tunaikan apa yang patut, pastu melelapkan matalah. Harap malam ni dapat tidur dengan lena.. Hehehe.. Esok nak jalan jauh lagi ni.. Ok, chow dulu.. Jumpa esok ye..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment