Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah.. Selesai sudah ride untuk hari pertama. Jadi untuk hari kedua pula ini, kita akan ride terus ke Cameron Highlands. Destinasinya adalah Kota Bharu - Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands. Tapi sebelum tu, kita akan ke Pasir Mas dulu. Otai nak jumpa anak dia. Anak dia ada belajar kat situ. Total jarak kesemuanya adalah dianggarkan hampir 370km. So, jom le baca stori hari kedua yang nak aku ceritakan.. Hehehe..
Hari kedua
27.09.2014
Pagi ni, kita akan sarapan di Kota Bharu lah. Memandangkan semua setuju untuk sarapan di Kota Bharu, so aku plan nak bawak diorang sarapan di kedai makan Kopitiam Kita. Kedai ni terletak di kawasan Seri Cemerlang, dekat dengan Jalan Pengkalan Chepa. Jarak dari chalet ke situ tak jauh pun, dalam 10 km je. So, jom le siap-siap. Nanti kita akan terus check out dan terus ke sana untuk sarapan.
Semua dah bersiap-siap nampaknya.. Kena sarapan dulu.. Buat alas perut. Nanti lapar pulak. haha..
Jam baru menunjukkan pukul 7:50 pagi tapi cahaya matahari dah mula memanchorkan diri..
Apapun kita mulakan dulu dengan bacaan doa. Bacaan doa ini dikepalai oleh bro Azrul selaku ustaz Geng Carrot.. Hehehe..
Mengabadikan kenangan bersama FZ150i yang terbukti cukup gagah untuk sampai ke Kelantan..
Bergambar kenang-kenangan dulu sebelum masukgear. Ok, jom kita ke kedai Kopitiam Kita..
Selepas 20 minit perjalanan, kamipun sampai di sini.. Hm.. Ramainya orang..
*Gambar ni diambil dari Google Street View..
Sedikit info :-
Kopitiam Kita merupakan kedai makan yang boleh dikatakan paling top di kawasan Kota Bharu. Kedai ini menyediakan sarapan pagi dengan mengumpulkan semua jenis hidangan seperti Nasi Kak Wook, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Nasi Air Dingin dan banyak lagi. Menu lain yang popular adalah Roti Titab. Sedapkah Roti Titab itu? Apakah berbaloi untuk mencubanya? Anda cubalah sendiri.. Hehehe..
Alamat : 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia
Tel. : 019-9810888
Sumber : CutiKelantan
Mak aih.. Takde meja kosong ker..? Ramainya orang bersarapan pagi kat sini..
Nyum.. Nyum.. Kawe makan dulu deh.. hehehe..
"Roti apa ni? Sedapla.. Aku ambik satu lagi deh.." hehe.. Ok.. MJ punya pasal, tak kisahlah.. Amik le.. hehe..
Aku makan nasi Kak Wook.. Sedap jugak lah.. Sementara menunggu roti dengan telur tu, belasah nasi dulu lah. Huhu.. Jangan ngantuk atas motor nanti udah le.. hehehe..
Inilah dia rupa Roti Titab. Memang best roti ni. Sedap, sesedap harganya.. Hehehe..
Okay, semua dah kenyang? Rasanya semua kenyang kot sebab kena la dengan harganya kan.. Huhuhu.. Nak tau berapa kos sarapan pagi ni, boleh refer MJ a.k.a. Man Janggut. Haahaahaa.. Baru nak gerak, ada pulak peminat motorsikal berkuasa tinggi ajak sembang. hihi.. Bang, kami dah kepanasan dah ni.. Nanti kita jumpa lagi eh.. :-)
Konvoi menuju ke Pasir Mas kt tempat anak Otai..
Sampai Pasir Mas ni hampir jam 10:00 pagi. Sempat lah abadikan kenangan bersama anak Otai. Hehe.. Eh, bro Bob mana..? Alaa.. Dia dah agak dehidrasi dah. Dia p cari air mineral jap.
Yeah..! Aku pun nak amik gambar jugaklah kat sini.. Hahaha
Geng Carrot @ Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, Kelantan
Mercu tanda Bandar Baru Pasir Mas. Ok geng, jom kita p isi minyak dulu kasik full tank. Lepas ni nak terus shoot ke Gua Musang, Lojing seterusnya ke Cameron Highlands.
10:15 pagi : isi minyak kasi full tank jap kat Caltex Pasir Mas. Kerugian di sini adalah RM 23.00. Haaa.. Maklum le tangki dah nak kering dah ni. hehe..
Ok, on da bike. Lepas ni kita stop sekejap rumah mertua MJ. Sambil nak minum sekejap, sambil MJ nak ucap selamat tinggal. Hehehhe
Peace.. Steady.. Cuaca agak panas pagi ni.. Tapi bro Gmiey ngan Faiz nampak steady lagi tu..
Ececeh.. Main cuit-cuit pulak... Hahaha.. Echecehh..
Dah nak sampai rumah mertua MJ dah ni.. Jap lagi sampai lah..
Haa.. Dah sampai pun.. Sampai sini tepat jam 11:00 pagi..
Indra.. Nanti ikut macam Pak Long eh.. Besar nanti beli motor besar tau.. :-)
Sessi membasahkan tekak.. Aih.. Baru jam berapa ni.. Dah kering tekak dah..? Hahaha
Oklah, jom kita on da bike.. Dah lebih setengah jam dah kita lepak kat sini. Anyway, sekali lagi terima kasih buat MJ dan family kerana sudi melayan kami sekali lagi. Jasa kalian tetap dalam ingatan.. :-)
Golek-golek tayar bermula.. jam di tangan menunjukkan tepat 11:38 pagi.
Mula meninggalkan Kampung Padang Lengkuas, Melor, Kota Bharu, Kelantan
Sekarang ni konvoi menuju ke Kuala Krai, seterusnya ke Gua Musang.
Di Gua Musang nanti kita akan berhenti isi minyak sekali lagi. Lepas tu rehat sekejap.. Dan terus shoot ke Cameron Highlands
C'mon Faiz.. Hehehe.. Bahang mentari bukan menjadi penghalang bro..
Ada lebih kurang 100km lagi nak sampai Gua Musang. Steady.. Steady..
Keadaan trafik hari ini agak lengang sikit. Ditemani kehijauan pokok-pokok di sekeliling, dapatlah sedikit sebanyak menghilangkan bahang yang dirasai
Berenti jap tepi jalan depan stesen minyak Petron. Kawasan mana nie? Hm.. Tahlah.. Ada 2 ke 3 orang ahli konvoi yang isi minyak kat sini. Takpelah, aku isi kat RnR Gua Musang ajelah nanti
Steady Rul.. C'mon.. Ok eh..? Hehe..
Eh.. Otai.. Sapa kat belakang tu? Pakai helmet putih.. Hurm..
Selepas tu, perjalanan diteruskan lagi. Dah nak sampai RnR Gua Musang dah. Bertahan.. Sikit je lagi nak sampai.. Humm..
Okeh, akhirnya kitorang sampai RnR Gua Musang jam 1:25 tengahari. So, kasi full tank satu kali. Kerugian motor aku kat sini adalah RM 13.00.
Lepas tu sessi membasahkan tekak. Haa.. Dah kering tekak dah ni..
Sebelum tu kasik bergambar la dulu. Posing ala-ala cover album gitu
Anak beranak makan ais krim.. Penat agaknya tu..
Aih Bob, jeling semacam jer.. hihihihi
Aku..? Steady.. Minum teh o ais jer.. hahaha
Orait.. Kami basahkan tekak yang kering dulu eh.. Nanti jap lagi kita sambung lagi..
Ok, jumpa lagi selepas ni.. Chow..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment