Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, selesai sudah ride 3 hari 2 malam ke Kelantan dan cameron Highlands. Dan syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat pergi dan balik. Terima kasih buat semua peserta kerana sudi bersama-sama ride kali ni. So, selepas seminggu tempoh bertenang, barulah aku ada sedikit masa untuk storikan kisah ride ini. Jom.. Join kitaorang ride..
Ride ke Kelantan dan Cameron Highlands ni berlangsung pada 26.09.2014 hingga 28.09.2014. Ride kali ini adalah sempena nak ke Kelantan International Bike Week lah. Hehe.. Ride ni dah 2 bulan dah plan. Seramai 9 orang yang join untuk ride kali ni dan semuanya adalah dari Geng Carrot. Cuma Abang Amri akan join pada hari kedua iaitu dia akan terus shoot hingga ke Cameron Highlands. Dia ada hal pada hari pertama.. Tak dapat join ride.. Takpelah.. Hehe.. Jom..
Hari pertama
26.09.2014
26.09.2014
Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah bangun. Hm.. Mengikut rancangan, kami semua akan berkumpul di Shell Jasin seawal jam 6:45pagi. Ini adalah kerana kami semua dijangkakan masukgear jam 7:15pagi. So, aku pun bersiap-siaplah apa yang patut.
Dah bersedia untuk berjalan jauh.. Selepas panaskan enjin buat seketika, aku menuju ke tempat berkumpul hampir jam 7:00pagi. Pasti dah ramai kawan-kawan yang menunggu ni.. Hehe..
Yup, seperti yang dijangka, kawan-kawan dah ramai dah kat sini. Sorry geng, kawe lambat sikit. Wah, Fizul dengan Ijat pun ada? Hehe.. Terima kasih geng sebab sudi meramaikan majlis walaupun tak dapat ikut konvoi ke Kelantan. Nanti kita ride sama-sama lagi ye.
Sebelum memulakan perjalanan, kita dahulukan dengan bacaan doa semoga ride kita kali ni diberkati Allah dan dijauhkan dari bala dan malapetaka yang bakal menimpa. Bacaan doa dikepalai oleh Bro Azrul..
Cikgu Helmi, jap lagi boleh makan roti tu eh. Sebab nanti kita akan berhenti sarapan di Muadzam Shah.
Dengan lafaz Bismilla hirrahma nirrahim, kami mulakan perjalanan seawal jam 7:25pagi. Perjalanan kali ini adalah dari bandar Jasin - Pasir Besar - Palong - Muadzam Shah. Nanti kita akan stop kat situlah untuk sarapan pagi.
Cuaca agak sejuk pagi ni.. Nyaman je terasa. Eh, itu Azrul ke? Err.. Ya, Azrul bersama FZ150i nya. Penampilan istimewa untuk ride kali ni adalah bro Azrul akan join ride dengan menunggang Yamaha FZ150i. Haa.. Tak percaya ker? Believe it!
Pagi-pagi ni pelan-pelan je lah dulu. Hehe.. Cikgu Helmi beraksi bersama Faiz.. Selepas masuk jalan Palong, aku memecut agak laju sedikit sehingga ke simpang berdekatan Palong 8 kalau tak silap.
Sampai simpang nak menuju ke Muadzam Shah, aku stop sekejap menunggu kawan yang lain sampai. Selepas tu masing-masing semua pecut sehingga ke Muadzam. Sorry takde gambar sebab terlalu syok melayan cuaca pagi yang agak sejuk dan keindahan alam semulajadi di pagi hari.. hehehe
Kami tiba di Stesen Shell Muadzam kira-kira jam 9:05pagi. Isi minyak dulu lah. Kerugian pertama adalah RM 13.00. Setelah selesai isi minyak, jom lah kita isi perut pulak.
Kasi park dulu motor. Jom kita isi perut pulak. Semua dah lapor tu sebab ada yang belum minum pagi lagi tu.
Deretan motorsikal yang mengikuti konvoi ke Kelantan dan Cameron Highlands.
Jemput sarapan semua. Tai, jom le makan.. Hehe..
Semua lapar tu.. Makan dulu.. Nanti MJ settlekan. Haha..
Aku pun nak enterprem jugak lah.
Selesai sarapan, bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Haha.. Semua dah kenyang, jangan ada yang tidur plak atas motor nanti. Bro Azrul bersama FZ150i nya sedang bersiap sedia..
Perjalanan diteruskan kira-kira 50minit selepas berhenti rehat. Laluan kali ini pula adalah Muadzam Shah - Gambang - LPT - Cheneh. Kita akan stop di Shell Cheneh untuk isi minyak.
Aksi bro Gmiey bersama jaket Taichi nya..
Er.. Err.. Ni bukan dari group kitorang tau.. Hihi
Perjalanan diteruskan lagi. Lagi 74km nak sampai Kuantan. Sang mentari pun dah mula memanchorkan bahangnya..
Sesetengah tempat jalan agak lengang. Jam ketika ini menunjukkan pukul 10:21pagi
Sampai di simpang Gambang. Diharap pihak berwajib dapat bersihkanlah signboard ni sebab dah tak dapat nak baca dah.
Bro Azrul dan Otai.. Steady Tai..
Amcam geng? Ok tak? Jauh lagi nie.. Hehehe
So, kita stop jap selepas tol Gambang. Setelah semuanya ada, jom lah kita MasukGear. Semua dah ready? Yeah..! Jom naik LPT. Sapa-sapa nak pecut, dipersilakanlah. Nanti korang tunggu lah kat depan eh..
Aksi Cikgu Helmi yang sempat aku ambik. Berjaketkan hijau biru, tampak kemas walaupun tiada sikat kelihatan di kocek belakang. mungkin sudut pandangan yang berbeza membuatkan sikat tidak kelihatan.
Aksi Faiz yang sempat aku snap. Hehe.. Steady.. Steady..
Ok ready eh Bro Gmiey dan Otai.. Test pikap ke nak test power tu?
Gooo..!!! Nampaknya Gmiey dah mula memecut laju.. Membongkokkan sedikit posisi badan bagi mengurangkan rintangan angin. Dapat up lagi 10kmj. Hehe..
Kebiruan langit dan keputihan awan yang mendamaikan. Damai ker..? Panas woo atas highway ni.. haha
Dah masuk jalan Jerangau - Jabor. Tiba-tiba beberapa bijik geng Ducati memotong Geng Carrot. Haha.. Takpe.. Potong le.. Geng Carrot steady je.. hihi..
Dah nak sampai Bandar Cheneh Baru
Ok.. Kami sampai di Shell Bandar Cheneh kira-kira jam 11:32pagi. Panas matahari dah mula terasa. Apa-apapun kasik full tank dulu lah. So, kerugian kat sini adalah RM13.00. Hah..? 13 hengget lagi? Macam sama je masa isi kat Muadzam Shah tadi.. Hehe,,
Inilah dia kesan vandalisme terhadap kemudahan awam yang diberikan. Katakanlah ada emergency pastu henpon pulak abis kredit. Macam mana? Hurm..
Ok dah sedia semua dah? Kat Cheneh ni kita berenti isi minyak je. Nanti sampai Bukit Besi nanti baru kita berenti makan eh. So, jom teruskan perjalan. Lebih 80km lagi nak sampai Bukit Besi.
Perjalanan diteruskan. Ada yang dah ke depan memecut laju. Tapi aku releks je.. Hihi.. Follow cikgu Helmi je lah.. Dia plak duk asyik follow VFR kat depan tu ha..
Follow lagi.. Rapat lagi..
Hah.. Tak sampai sejam kami dah sampai Bukit Besi dah. Siap nak amik order lagi. Hehe.. Takpe, order je.. MJ ada.. Nanti dia kasik settle..
Amcam bang? Ok eh? Takpe, kita settle kasi full perut dulu.
"Err.. Saya nak order airlebiyu ada tak? Eh, silap. Air apa ada eh..?" Haha..
Hm.. Pekena nescafe tarik di kala terik mentari menyimbah bumi.. Adeh.. Aku tak boleh.. Haaa..
Jom makan dulu.. Nanti kita sambung ride lepas ni eh.. Lapar ni..
So, bagi le aku makan dulu eh.. Nanti aku sambung lepas ni. Nanti lepas ni nak naik LPT2 pulak. Jalan yang akan kitorang lalu jap lagi adalah Bukit Besi - LPT2 - Kg. Gemuroh - Jerteh - Pasir Puteh - Kubang Kerian - Pengkalan Datu (tempat chalet). Jumpa lagi lepas ni.. Nyum.. Nyum..
-PokNik-
MasukGear
No comments:
Post a Comment