Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Selamat Sejahtera buat semua pembaca setia MasukGear.. Alhamdulillah, syukur he hadrat Ilahi kerana ride bersama Kasha ke Kelantan tempohari selamat dan tiada sebarang masalah yang melanda. Sebenarnya sempena cuti Hari Raya Cina, aku ada bercadang nak balik kampung. Nak melawat ayah aku dan juga sedara yang tidak sihat. Mula-mula fikir nak balik dengan kereta. Tapi masa tu kan public holiday. Kompom jalan jem. So, aku bercadang nak balik dengan motor ajelah. Cuba juga aku cari kawan-kawan yang sudi nak teman aku ride sama-sama.. Hahaha.. Tapi... Hanya Kasha sorang je yang berani menyahut cabaran. Pehh.. Kasha nak ke Kelantan eh..? Jom.. Ikutilah kisahnya.. Ride santai dan lencun.. Kena hujan.. huhu.. Oh ya, cerita ride kali ni lebih banyak membebel dari gambar ye sebab masa balik ni aku tak bawa kamera.. So, no gambiran on da bike, cuma ada banyak gambar-gambar masa berhenti je la... Huhu.. So, jom kita ride sama-sama..
Saturday, 20 February 2016
Monday, 11 January 2016
Bike Week / Bike Event / Autoshow / Kustomshow 2016
Assalamualaikum.. Selamat sejahtera
buat semua pembaca MasukGear. Pertama sekali aku nak ucapkan selamat
menyambut tahun baru 2016 buat semua pembaca blog ini. Rasanya tidak
terlewat lagi untuk aku ucapkannya. Semoga tahun baru ini lebih baik
dari tahun sudah. So, dikesempatan yang ada ini aku nak listkan beberapa event atau bike week yang bakal dianjurkan untuk tahun baru 2016. Di bawah ini disertakan butirannya..
Sunday, 10 January 2016
Ride Pusing Melaka
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini.. Erm.. Apa ek episod kali ini? Haa.. Episod kali ini adalah menyambut kedatangan Abg Mazli dan rakan-rakannya dari Kuala Lumpur. Hoho.. So, kami dah dimaklumkan beberapa hari lepas berkenaan dengan hal ni. Dan abg Mazli cakap lagi best kalau dapat kumpul ramai-ramai.. Erm.. Aku Insya'Allah boleh..
So, pagi ni adalah tarikh yang dirancangkan. Mengikut Gabenor Jajahan Melaka Mr. Pian, kita RV kat Petronas Ayer Keroh menghala ke tol Ayer Keroh dulu lah. Jam berapa..? Jam 8:00 pagi. Oklah, jom ikuti my stori de mori ye..
Saturday, 9 January 2016
Ride Kapcai Kari Kambing 40 Hari
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Terlebih dahulu aku nak ucap selamat menyambut tahun baru 2016. Semoga azam anda semua tahun ni dapat dicapai dengan jayanya. Sempena tahun baru dan harga minyak turun ni, aku ada merancang untuk ride. Cuma ride kali ini kita ride guna motor kecik je eh. Nak ke mana tu? Hurm.. Jom kita pekena nasi arab kari kambing 40 hari!! Wah, macam best je.. Nak tahu best ke tak, jom follow kami!!
Ride kali ini melibatkan laluan sejauh 249km iaitu dari Taman Maju - Muar - Yong Peng - Chaah - Bukit Kepong - Tangkak - Taman Maju
Saturday, 26 December 2015
Ride Solo Kapchai Full Tank
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.. Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua pembaca masukgear.. Hari ini aku ada satu stori yang nak diceritakan. Sambil-sambil pula tengah bercuti ni, kita kasi layan ajelah ye.. Hehe..
19.12.2015
Hari ni, aku dah siap-siap nak pergi kerja. Maklum lah hari Sabtu pun aku kena kerja jugak. Tapi separuh hari saja. Jadi, malam tu aku dah siap-siap kasi full tank lah. Senang esok nak gi kerja dah tak perlu topup minyak dah.
Sekarang jam dah menunjukkan 7:24 pagi dah. Aku dah bersiap-siap nak pergi kerja. Jarak dari rumah aku ke tempat kerja tak la jauh sangat. Mungkin dalam 20++ km sehala..
Friday, 30 October 2015
Review Tayar Zeneos ZN62 (Kemaskini 04.10.2016)
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua.. Terima kasih diucapkan buat semua pembaca MasukGear kerana masih lagi sudi menjenguk blog ni. Hehe.. Aku harap korang tetap setia menelaah blog ni ye. So, untuk entri kali ini, aku nak buat sikit review pasal tayar yang aku baru beli kat Kajang tempohari iaitu Tayar Zeneos ZN62. Ok tak tayar ni..? Best tak tayar ni..? Hurm.. Takpe, mari kita berkenalan dulu dengan Zeneos. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bila dah kenal, jangan buat-buat lupa pulak ye.. Hehe.. Jom kita..
Wednesday, 14 October 2015
Ride Pantai Timur 2015 - Day 3
04.10.2015 (Ahad)
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini. Jadi, untuk hari ini, apa yang kami fokuskan hanyalah nak balik Melaka je. Hehe.. Tapi sebelum tu, ada beberapa perkara yang perlu disettlekan dulu. Hurm.. Tapi apa-apa hal sebelum tu, jom cari sarapan dulu lah.
Sebelum sarapan, aku ada bersembang dengan owner homestay ni. Saja sembang pasal makan. Dia ada cakap ada satu kedai makan pagi, yang sedap dan murah. Kat mana tu? Haa.. Dia cakap jalan menghala ke Kg. Padang Polis, selepas Caltex Batu Rakit. Kedai sebelah kiri. Ok, nanti aku nak cuba kat sana..
Saturday, 10 October 2015
Ride Pantai Timur 2015 - Day 2
Halop.. Haaloop.. Yall.. Yaalll.. Assalamualaikum semua pembaca MasukGear. Hari ni dah masuk hari kedua ekspidisi pantai timur. Jadi, hari kedua ini, kami akan gerak ke Terengganu pula. Tapi sebelum itu, diorang nak ke pasar Siti Khadijah. Nak beli keropok katanya. Oklah kalau macam tu, jom lah bangkit. Kita siap-siap.
Pagi-pagi lagi aku bangun. Erm.. Sementara menantikan yang lain bersiap-siap, aku lepak-lepak dululah sekejap. Hehe..
Friday, 9 October 2015
Ride Pantai Timur 2015 - Day 1
Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Halop.. Haaloopp... Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana semua peserta Ride Pantai Timur 2015 selamat pergi dan balik. Dan ride kali ni dipermudahkan oleh-Nya walaupun banyak halangan dan rintangan yang terpaksa diharungi. Ujian-ujian sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama peserta dan diharap ikatan ini akan berkekalan sampai bila-bila.
Friday, 14 August 2015
Tunggang Uji Jentera Triumph @ Bikers Pit Stop
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Minggu lepas Bikers Pit Stop, sebuah kedai motorsikal berkuasa tinggi ada menganjurkan event tunggang uji 3 jenis jentera Triumph. Dikesempatan yang ada ini, aku tidak lepaskan peluang yang ada untuk mencuba sendiri jentera-jentera hebat keluaran Triumph ini. Jadi, aku bersama Abang Amri dan Abang Salleh ke Bikers Pit Stop pada hari Ahad memandangkan hari Sabtu aku kerja.
Model-model yang disediakan untuk ditunggang uji adalah Bonneville T100, Street Triple R dan juga Tiger XCx
Subscribe to:
Posts (Atom)