Thursday, 11 September 2014

Geng Carrot

Geng Carrot merupakan satu kelab permotoran yang ditubuhkan bagi mengeratkan silaturrahim antara penunggang motorsikal berkuasa tinggi dalam negeri Melaka. Kelab ini ditubuhkan pada tarikh keramat iaitu 14.02.2014 dengan bilangan ahli seramai 4 orang sahaja. Idea penubuhan kelab ini tercetus bilamana beberapa pemilik motorsikal sedang minum bersama-sama di sebuah gerai roti canai dalam daerah Jasin, iaitu di Bemban. 

Wednesday, 27 August 2014

Kawasaki ZX25RR - 4 Silinder sebaris?

Belum pun kehangatan pelancaran model 250SL reda, kini timbul pula desas desus bahawa Kawasaki bakal memperkenalkan model barunya dari keluarga Ninja. Dengan nama jolokannya iaitu ZX25RR. model yang berkapasiti 250cc itu dikhabarkan dilengkapi dengan enjin 4 silinder sebaris. Kehangatan desas desus ini makin membahang dengan kemunculan ZX25R / ZX25RR di muka hadapan majalah negara matahari terbit itu iaitu Young Machine.

Monday, 11 August 2014

Ride Open House rumah OCPD Jasin, Melaka

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Hai.. Selamat hari raya diucapkan buat semua pembaca blog masukgear. Sementara masih dalam bulan Syawal ni, ramai kawan-kawan yang buat rumah terbuka. Tapi aku nak minta maaf kepada kawan-kawan yang aku tak sempat nak hadir jamuan rumah terbuka. Maklumlah agak sibuk. Tapi beberapa hari lepas, ada kawan mengajak ke majlis rumah terbuka OCPD Jasin. So, macam mana tu? Erm.. Oklah, aku follow.. hehe..

Monday, 4 August 2014

Kelebaran, Profil dan Kod Pada Tayar Motorsikal

Apabila tiba masa penggantian tayar motorsikal kita, selalu kita terfikir apakah brand dan saiz kelebaran yang kita mahukan. Kadangkala ada orang cakap," Tukar la tayar lagi lebar. Koner sedap woo..". Ataupun ada juga yang cakap," Alaa.. Pakai saiz standard je bro. Koner lagi best". Sejauh manakah kebenaran cadangan itu? Apakah itu hanya kesan psikologi sahaja terhadap kita? Apakah pilihan anda?


Sunday, 3 August 2014

Ride Kota Tinggi kembali lagi

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua. Selamat Hari Raya juga aku ucapkan buat semua pembaca blog MasukGear. Semoga kalian semua sentiasa sihat dan ceria selalu. So, sementara menunggu waktu untuk melelapkan mata tu, aku belek-belek dulu lah gambar-gambar lama. Gambar ride bersama rakan-rakan. Tiba-tiba aku terjumpa gambar ride ke Kota Tinggi yang belum masuk blog lagi. Alamak.. Aku lupa la nak masukkan kisah ni. Hehe.. So, apa lagi, pemilihan gambar dibuat. Mana yang tak berkenaan tu kena buang lah. Lepas ni nak mengarang pulak. Jadi, apa lagi? Dah sediakan kacang dah? Haa.. Jom dengar cerita yang nak aku storikan.

Tuesday, 22 July 2014

Bike Gathering 2014 - Bike Week 2014

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua. Di sini aku ada sertakan beberapa Bike Week sehingga hujung tahun ini sebagai rujukan. Kalau korang atau sesiapa ada kelapangan, bolehlah nak pergi mana-mana bike week yang berdekatan mahupun yang berjauhan.. hehe..

Tuesday, 15 July 2014

2014 Yamaha FJR 1300AS - Jentera Pintar

Yamaha merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia motorsikal berkuasa tinggi di Malaysia. Banyak model-model kelahiran Yamaha yang kelihatan di atas jalanraya di Malaysia. Salah satu daripadanya ialah Yamaha FJR 1300. Model ini sudah tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat Yamaha di Malaysia.

Monday, 30 June 2014

Blade 250 vs Ninja 250 '13 vs Ninja 250 SL vs CBR 250R '14

Assalamualaikum.. Dan salam sejahtera buat semua pembaca blog masukgear ni. Agak lama dah aku tak update blog ni. Maklum lah agak sibuk sikit semenjak dua menjak ni. Pertama sekali, aku rasa belum kelewatan untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia kepada semua pembaca sekelian walaupun hari ini dah masuk 2 Ramadhan 1435H. Semoga amalan kita di bulan ini lebih baik dari bulan lepas.

Sunday, 8 June 2014

Kawasaki Z250SL

Pada bulan Februari lepas, Kawasaki Indonesia telah melancarkan sebuah model iaitu Ninja RR Mono / Ninja 250 SL. Dan model ini dikatakan mendapat sambutan yang agak menggalakkan samada di Indonesia mahupun di Malaysia. Selepas itu, beberapa bulan selepas Ninja 250 SL dilancarkan, sekali lagi Kawasaki Indonesia melancarkan sebuah model baru iaitu dalam keluarga siri Z. Modelnya adalah Z250SL.


Sunday, 6 April 2014

Test Ride MV Agusta @ Bikers Pit Stop

06.04.2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sejak kelmarin lagi sebuah kedai motorsikal berkuasa tinggi iaitu Bikers Pit Stop Melaka buat julung kalinya telah menganjurkan satu sessi test ride secara percuma untuk 4 jenis model iaitu MV Agusta F4, MV Agusta Rivale, MV Agusta Brutale 800 dan MV Agusta Brutale 1090. 

MV Agusta F4