Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Alhamdulillah, selesai sudah ride 3 hari 2 malam ke Kelantan dan cameron Highlands. Dan syukur ke hadrat Ilahi kerana semuanya selamat pergi dan balik. Terima kasih buat semua peserta kerana sudi bersama-sama ride kali ni. So, selepas seminggu tempoh bertenang, barulah aku ada sedikit masa untuk storikan kisah ride ini. Jom.. Join kitaorang ride..
Ride ke Kelantan dan Cameron Highlands ni berlangsung pada 26.09.2014 hingga 28.09.2014. Ride kali ini adalah sempena nak ke Kelantan International Bike Week lah. Hehe.. Ride ni dah 2 bulan dah plan. Seramai 9 orang yang join untuk ride kali ni dan semuanya adalah dari Geng Carrot. Cuma Abang Amri akan join pada hari kedua iaitu dia akan terus shoot hingga ke Cameron Highlands. Dia ada hal pada hari pertama.. Tak dapat join ride.. Takpelah.. Hehe.. Jom..