Assalamualaikum.. Salam sejahtera semua pembaca Masukgear. Salam aidil Adha juga buat semua pembaca setia, semoga anda semua sentiasa di bawah limpah rahmat dari-Nya yang Maha Esa. Aku nak minta maaf buat semua kerana cerita ride ni sebenarnya dah lama. Oleh sebab aku bercuti raya, so cerita ni agak lama tertangguh dan tak sempat aku karang. So, sekarang ni dah ada masa sikit. Hehe.. Ride kali ini agak special sikit kerana ianya adalah kolaborasi bersama antara Geng NMax Selatan dan juga Geng Bawang. Haha.. Dan sebenarnya pada peringkat asal, kami semua plan nak ke Ikan Patin Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar. Namun beberapa hari sebelum kejadian, aku call kedai ikan patin tu dan aku diberitahu yang pada hari kejadian tu, kedai tutup. Huk alohh.. So, destinasi alternatif adalah ke Kopi Mansur Senawang.. Ni idea Ah Fook ni selaku peneraju utama NMax Selatan. So, di sini ada aku sertakan sedikit coretan untuk ditatap bersama-sama.. Moh kita..
Mengikut plan asal, kami semua akan jumpa kat Tol Ayer Keroh jam 4:30 petang dan 5:00 petang kami akan masuk highway menuju Simpang Ampat. Ah Fook ada kat sana nanti. So, ada beberapa orang ahli Geng Onion atau lebih dikenali sebagai Geng Bawang yang nak ikut.