Saturday, 20 May 2017

Ride Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum.. Selamat malam semua kawan-kawan dan teman-teman sekelian. Salam permotoran dua roda dari MasukGear buat semua pembaca. Pertama sekali, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang tiba minggu depan. Lagi 7 hari je lagi. Semoga puasa kita semua kali ni penuh sebulan ye.. Hehe.. Satu lagi, aku nak mintak maaf kerana lambat update stori ni. Huhu.. Kekangan kerja dan beberapa entri bilik satu lagi pun masih tertangguh. Ni pun dek kerana nak ride ke Bukit Fraser esok, aku gagahi jua cuba siapkan stori kari kambing ni. Hehehe.. Doakan semoga kami semua selamat pergi dan balik esok ye.. So tanpa membuang masa, jom kita ikuti kisahnya..


Saturday, 22 April 2017

Ride Sate Tulang Senawang, Negeri Sembilan

Assalamualaikum.. Selamat petang semua kawan-kawan. Alhamdulillah, ride ke Senawang pada 14.04.2017 lepas berjalan dengan lancar walaupun sekali sekala disimbah hujan. Sebenarnya ride ke Senawang ni semata-mata untuk pekena sate tulang je. Memandangkan partner ride aku (sudah semestinya Mr. Rider Karmen da CEO) nak mencuba sate tulang, so moh le kita ride ke sana.. Haha.. Jom kita..

Aku janji ngan Azman (da rider karmen) kat tol Ayer Keroh jam 8:00 malam. Kumpul sana dan terus geraklah. Jadi, lepas Maghrib terus aku bergegas ke sana..

Monday, 10 April 2017

Ride Ikan Patin Durian Condong, Bukit Kepong, Muar

Assalamualaikum selamat malam buat semua pembaca setia MasukGear. Hari ni aku ada 1 stori yang nak diceritakan. Hurm, cerita apa tu..? Cerita pasal ride lah. Hehe.. Sebenarnya aku dah lama plan dengan Azman pasal ride ni. Tapi dari hari ke hari asyik tertangguh je. So, di kesempatan yang ada ni, Azman dah setuju nak ride sama-sama dengan aku dan aku pun ada ajak juga jiran aku iaitu Cikgu Iswadi.. Apa tunggu lagi..? Jom lah kita ride dan kali ni destinasi ride kami adalah ke Bukit Kepong pula. Buat apa kat sana..? Kat sana ada restoran yang menyajikan masakan ikan patin yang amat sedap. Haa.. So, jom kita ride..

04.04.2017 (Selasa)

Sebenarnya aku dah janji dengan Azman dan Cikgu Iswadi untuk berkumpul depan taman kami jam 6:15 petang. Kemudian jangkaan kami akan gerak sana dalam jam 6:30 petang. Sementara menunggu Azman The Kamen Rider datang, kita posing dulu lah ye..

Friday, 31 March 2017

Ride Solo Santai NMax ke Klang dan Kuala Lumpur

Halop.. Halooppp.. Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana dengan rahmat-Nya, ride solo kali ni berlangsung dengan jayanya tanpa apa-apa masalah.. Ride kali ni bukan apa, hanya semata-semata untuk menguji ketahanan diri dan coccyx, juga untuk menguji jentera baru yang baru habis pantang, serta yang paling penting sekali adalah aku nak settlekan proses tukar nama motorsikal Yamaha TZM aku yang dah lama aku jual pada adik aku dulu. Dia dah jual kat kawan dia dan kawan dia pun dah jual pada orang lain dah. So, baru-baru ni orang tu ada cuba jejaki aku.. Haha.. Dan dia berjaya menghubungi aku. Dan sambil-sambil tu, boleh aku ride ke Kuala Lumpur sekali.. Jumpa kawan lama ke.. Makan kat Kg. Baru ke.. Haha.. Jom ikuti kisah ride aku kali ni.. Hehehe



Thursday, 9 March 2017

Selamat Tinggal Dunia Superbike..!!

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua teman-teman dan semua peminat MasukGear. Didoakan agar kalian semua dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Sebenarnya aku nak minta maaf kerana dah lama tak menulis dan update blog ni. Sememangnya aku agak sibuk dan kekangan masa membataskan aku untuk mencoret sepatah dua kata kat sini. Lagipun semenjak dua menjak ni, dah lama aku tak ride. Ya.. Dah agak lama aku tak sama-sama kawan-kawan yang lain untuk berkonvoi.. Dah rindu nak ride.. Sob.. Sob.. Sob.. Sebenarnya ada sebab mengapa aku terpaksa tangguhkan aktiviti ride.. Jom ikuti kisahnya..


Saturday, 15 October 2016

Kawasaki Ninja 650 2017

Baru-baru ini, beberapa model baru telah dilancarkan oleh Kawasaki sempena berlangsungnya Intermot ( International Motorcycle, Scooter and E-Bike Fair ) di Cologne, Jerman. Namun begitu, antara model yang menarik minat penulis kali ini adalah Kawasaki Ninja 650. Model ini bakal menggantikan model ER6F yang sedia ada sekarang ini.


Saturday, 8 October 2016

[Throwback] Ride 4 Bukit 10.04.2011

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua pembaca setia MasukGear. Eh, malam eh..? Haah la.. Masa tengah karang ayat ni dah malam. Hehehe.. Takpelah, lupakanlah dulu hal malam tu. Ok, untuk entri kali ni ada sedikit unik dari entri-entri sebelum ni.. Hehe.. Kenapa plak unik? Sebabnya untuk cerita ceriti ride kali ni, aku amik cerita lama untuk dikongsi bersama. Mula-mulanya saja bukak laptop alih-alih terjumpa gambar-gambar ride 4 bukit tahun 2011 dulu. Gambar tak banyak pun. Tapi ada la sikit-sikit untuk dikongsikan.. So, apa lagi..? Jom sama-sama kita menelaah ye..



Monday, 26 September 2016

Ride Duo Santai Balik Kerja Ego S & Sport Bonus

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera buat semua pembaca blog MasukGear. Yall.. Yaalll.. Alhamdulillah, ride motor kecik hari Sabtu lepas berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Sebenarnya ride kali ni hanyalah untuk pusing-pusing saja. Lagipun kebetulan orang rumah aku ada kelas, aku pula tak tau nak buat apa. Last-last ajak Azman Kassim ( selepas ini disebut Kamen Rider apabila perlu ).. Nasib baiklah dia takde apa nak buat. So, ride kali ni adalah ride berdua lah. Sebenarnya takde perancangan pun untuk ride kali ni. Cukup sekadar merentas lebuhraya dan juga liku-liku jalan kampung.. Haha.. Amcam..? Nak ikut..? Haa.. Jom le kita ride sama-sama..




Friday, 19 August 2016

Ride Duo Santai Kota Tinggi, Johor

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat lagi kita bersua dalam episod kali ini.. Syukur juga kepada Yang Maha Esa kerana ride ke Kota Tinggi kali ni selamat pergi dan balik tanpa sebarang masalah. Sebenarnya ride ni adalah perancangan di saat-saat akhir untuk mengisi masa lapang.. Hehehe.. Sambil-sambil tu juga, dapat la aku panaskan minyak enjin motor aku yang dah beku tu.. Hahaha.. Pastu boleh la juga aku melawat abang aku kat sana.. Erm.. Ada juga aku war-warkan ride ni kepada kawan-kawan kalau ada yang free yang nak ikut sekali. Namun begitu, hanya seorang je yang berani menyahut cabaran.. Huhu.. Lain? Masing-masing ada hal.. Hurm.. Oklah, dua orang pun jadi.. So, ride pada 14 Ogos 2016 minggu lepas hanyalah 2 orang saja peserta.. Hehe.. Aku dan Wan Semarak Api Membakar..!!! Haha.. Jom kita...



Monday, 8 August 2016

Ride TTS @ Awesome Kacang Pool Sentul

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca MasukGear. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, ride TTS @ Awesome Kacang Pool Sentul dua hari lepas berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Sebenarnya ride kali ni kami dah rancang agak lama dah. Nak repeat kembali selepas kesedapan kacang poolnya terbawa-bawa dalam mimpi.. Hahaha.. Masa ride sahur aritu kami dah mencuba keunikan Awesome Kacang Pool Sentul. So, kali ni aku rasa macam nak repeat lagi.. Hahaha.. Cuma tiada kesempatan je nak laksanakan ride ni. Bila difikir dan difikir, itulah hari yang paling sesuai.. So, apa tunggu lagi..? Jom kita menelaah cerita.. Haha.. Maaf sebab ride malam hari tiada gambiran on da bike.. Huhu...